Setelah 10 bulan balik dari Korea tahun 2018, barulah saya berkesempatan nak menonton drama Korea bersiri Goblin : The lonely and great god. Itu pun lepas Dania habis PT3. Kebetulan bukak Astro ada siri K Drama Goblin kemudian saya dan Dania marathon menonton la dari siri 1 sehingga 16 kat Netflix.
Barulah buka mata yang rupanya kami pernah pergi lokasi penggambaran Goblin : The lonely and great god. Haa meh saya tunjuk....
Barulah buka mata yang rupanya kami pernah pergi lokasi penggambaran Goblin : The lonely and great god. Haa meh saya tunjuk....
Source : Google
1. Depan Shinsegae Department Store, Myeondong
Ni lokasi di mana Grim Reaper bertemu dengan Kim Sun @ Sunny kat depan Shinsegae Department Store di Myeondong.
Source : Google
Haaa ni gambar yang saya snap sementara menunggu hubby pergi beli makanan. Saya dah sakit kaki dah nak berjalan lagi. Saya tunggu dengan Dania kat sini sesambil tengok pertunjukan lampu depan ni.
Ni lah pertunjukkan lampu yang saya cakap tu.
2. Gyeongbokgung Palace
Ingat tak scene Eun Tak pertama kali dapat ke Canada melalui pintu merah?. Kemudian Eun Tak sedar dia dah terlambat ke sekolah dan nak balik semula ke Korea kemudian, Goblin dah siap tunggu kat sini. Lokasinya adalah di Gyeongbokgung Palace.
Source : Google
Kan saya kata saya baru tengok Goblin ni lepas balik Korea, kalau saya tahu tempat ni memang la saya tangkap gambar dekat sikit. Niat di hati nak ambik gambar gong besar ni je. Tak sangka pulak belakang tu tempat Goblin tunggu Eun Tak. 😆😆😆. Masa ni kalau cerita pasal Goblin ke...saya memang tak ambik port 😅😅😅 sebab tak pernah tengok kan....
Ni lepas Goblin dan Eun Tak keluar dari pintu ni dan Eun Tak pun berjalan kaki ke sekolah...
Source : Google
Kat tempat ni juga scene zaman purba atau bermulanya kisah hidup Goblin zaman purba. Scene zaman istana diadakan di sini.
3. Yongpyeong Ski Resort
Eun Tak yang lari dari rumah Goblin kemudiannya kerja kat Yongpyeong Ski Resort. Rupanya masa saya ke Korea tahun 2018 memang saya ada pergi ke ski resort ni. Ada beberapa ski resort di Korea seperti Vivaldi tapi saya ke Yongpyeong Ski Resort.
Source : Google
Dania dan ayah Dania sibuk main ski. Kena berhati-hati sebab licin kat salji ni. Heyyy tapi kan...tapak kaki Goblin dan Eun Tak ada kat sini la. Kot la saya ada terpijak....
Kami tak naik kereta kabel. Tourist guide kata permandangan kat atas sangat cantik. Kalau tahu permandangan kat atas tu lokasi Goblin mau je saya naik kereta kabel ni haa....😉😉😉 sebabnya memang kami hanya plan nak main ski je kat sini.
Eun Tak naik kereta kabel dan berjumpa Goblin kat atas.
Source : Google
Kat Bukchon Hanok Village ni tak dapat jumpa pula tempat sebenar Kim Sun dan Grim Reaper berjumpa sebab kat sini memang banyak lorong. Kalau tengok batu kat dinding belah kanan yang warna putih sama dengan warna batu dinding kat gambar atas. Perkampungan tradisional ni dah berusia 600 tahun dahulu.
Drama ni bagi saya menarik sebab ada tema percintaan selain daripada lagu-lagu tema yang menyentuh perasaan. Diantara teraju utama drama ni ialah aktor Gong Yoo.
Inilah 4 tempat lokasi penggambaran Goblin : The lonely and great god yang saya pernah menjejakkan kaki di Korea. Kalau ada rezeki boleh la pergi ke lokasi lain drama Goblin ni. 😊😊😊.
Citer ni Dania sikit punya suka, siap rakam..mama dia ni tgok tak faham..hahahha...tapi SA suka tengok citer Im Not A Robot...citer tu layan...
BalasPadamDania pun suka. Ada scene sedih siap menangis. Hehe.....marathon tengok kat Netflix semua siri dia....
Padamtempat kat korea ni semua cantik2 jer kan.. teringin nak pergi
BalasPadamAah mmg canti saya penggemar Kdrama, mula ingat diorang shooting dkt Studio. Bila saya pegi Korea tgk tempat diorang mmg cantik dan bersih macam dalam drama dia. Kagum sangat rasa. Saya dah 4 kali pegi ke Seoul, insyaAllah akan dtg ad rezeki saya nk pegi lagi. Sb saya mmg suka pergi Korea.
PadamTak tengok citer Goblin ni jadi tak bole nak bayangkan tempat si Korea tu haha... dah g Seoul je blm sampaj kat lokasi mi.
BalasPadamjalan cerita memang best dan tempat2 pun menarik, hehe. memang feveret semua lah drama ni ^_^
BalasPadamWow peminat tegar goblin ni. Bestnya dapat lawat tempat di mana lokasi pergambaran berlaku. :)
BalasPadamYay!!!!!!!} me also been 3/4 of these locations. I miss Seoul. Dah 2 tahun x pergi sane. Thank you for bringing back the beautiful memories.
BalasPadammasa cerita ni hangat, kerap juga tengok member2 update pasal goblin ni. ingatkan apa.. rupa-rupanya drama korea. hahaha
BalasPadamFav korean drama! Untungnya dapat pergi location shooting dia.
BalasPadamTak tengok cite goblin so tak boleh nak tahu hehe untunglah sis dapat merasa pergi tempat mereka shooting
BalasPadamTak pernah tengok Goblin tapi selalu nampak orang ulas best. Hehe. Bestnya dah sampai Korea. Tak sangka tempat2 yg dilawat masuk scene drama.
BalasPadamI suka tengok k drama ni. Sebab pelakon dia hehhee. Tapi korea byk tempat cantek2 kan untuk shooting kan. Best sangat!
BalasPadamWahhhh.. Bestnya da sampai ke South Korea.... Kita gak x sampai lagi... South Korea skrg ni byk terima pelancong dari Malaysia kan...
BalasPadamQiss pun tak pernah tengok siri Goblin ni tapi selalu dengar nama tempat-tempat menarik kat Korea yang depa berlakon tu. Bila baca entri ni tetiba nak layan Goblin pulak..hee
BalasPadamAlaaaa bestnyaaa dia pegi satu satu location cerita Goblin 😱😱😱. Real life byk orang rupanya kan banding dalam cerita tu I tgok. Hehe
BalasPadamDrama goblin ni antara yg saya tonton dan sampai sekarang masih ingat. Selepaa tu rasanya dah kurang sikit layan drama sebab sibuk hahha.
BalasPadamso bila u nak repeat cuti2 korea ni ezz..this year kerrrr alang2 dania abih PT3 nanti hhehehhe
BalasPadamKesimpulannya kena lah tengok cerita Goblin sebelum pergi ke Korea!! Hahaha. Tapi saya pernah dah cuba tengok citer Goblin ni. Cuma saya tak terus tengok sebab macam bosan je!!! Hahahaha. Mungkin awal2 je bosan. Kena gak try tengok. 16 episod je ok lah!
BalasPadamSeronoknya. Airah suka gila kdrama Goblin ni sebab sweet entah berapa kali dah ulang tengok
BalasPadamYongpyeong tu kalo x silap jadi location Winter Sonata juga. sebab taburan snow situ tebal..
BalasPadamhehe seronok kan.. citer Goblin ni saya tengok sket je tka habis pun..
bestnya dapat ke Korea. seronok sekali boleh hayati pulak k-drama yang kita tengok
BalasPadam