Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, August 26

Promosi bufet hidangan oriental di China Treasures

Kalau sedang tercari-cari hidangan makanan oriental untuk makan bersama seisi keluarga saya syorkan di China Treasures yang terletak di Sime Darby Convention Center. Kalau dari tempat letak kereta basement boleh tekan lif ke tingkat 1. 


Wahhhh dah ada bendera malaysia tergantung di siling menandakan sambutan hari kemerdekaan yang semakin hampir. 


Ni lah menu yang diberikan. Ada 70 pilihan kesemuanya. Ni terdiri daripada sushi dan dim sum. Banyak pilihannya. Nak order jangan order banyak-banyak tapi order setakat kita boleh makan. Lepas habis, kita order lagi. Panggil ajer pelayan pasti mereka akan membawakan menu dan kertas pesanan. 


Ni meja buffet yang disediakan. Sementara pesanan dim sum tiba boleh pilih makanan kat sini buat lapik perut. 

Kalau nak order dim sum ni order dulu setakat mana boleh makan. Bila dah habis, baru order yang lain pulak. Ayam yang digunakan di dalam masakan di sini juga menggunakan ayam kampung. Lebih menyihatkan selain dim sum ini dikukus. 

Kalau kita order, baru dim sum disediakan jadi akan mengambil masa dan paling best dim sum kita tu dimakan panas-panas. Benda yang baik kena sabarlah menunggu ye tak?

Jadi, kita kena faham konsep kat sini. Dim sum bukan sedia ada macam buffet biasa tu. Mereka akan sediakan jika kita pesan. Kita pula kena plan dari order, makan, kemudian order lagi supaya takde la kita makan cepat-cepat untuk menikmati keenakan dim sum. Makan slow and steady ajer. Nak datang sini pun di awal waktu supaya kita boleh kejar last order pada jam 3.30 petang ye?.


Apam berwarna-warni. 


Kuih bom. 


Makanan kegemaran orang Malaysia.....satay....


Nak makan kuay tiaw ke nak makan mee?....


Kek strawberry...


Cucoq kata orang Kedah. 


Anak-anak pasti tak tolak ayam goreng ni. 


Saya sedang khusyuk menikmati sup yang sangat sedap. Dania pun cakap sedap sampai bertambah sup.


Dalam pada itu, pesanan radish cake pun dah tiba. Siapa yang suka ini?....


Kalau datang sini, memang tak pernah ketinggalan order salted egg charcoal bun ni. 


Nak makan salted egg charcoal bun ni pun ada caranya kalau tak, menjejeh je isi salted egg tu. 


Fried fish ball ni besar berbanding fish ball yang biasa. 



Dim sum anyone? Minum pula dengan teh bunga panas. Memang kenalah....

Pulak tu bila teh bunga habis, rajin pelayan tuangkan dalam cawan. Terima kasih Cik Puspita.


Ini pula steamed rice roll with shrimp. Ada sayur pak choy juga selain sos tiram. Sedap...saya suka.


Dania dengan kreatif makan fish ball dengan cara cucuk dengan chopstik. 😂😂😂. Good idea...

Terima kasih En. Mustaqim tolong sediakan sudu dan garfu buat kami. 


Sijil halal Jakim.


Cantik deko tembikar ni.


Ni spring roll. 


Tempura dimakan dengan sos. 


Lepas dah makan-makan hidangan utama boleh la mencuba pemanis mulut pulak. 

Saya berkesempatan mencuba.....

Aiskrim avokado

Aiskrim avokado ni ada 2 rasa. Satu, rasa manis vanilla dari rasa aiskrim vanilla itu sendiri dan kedua, rasa lemak-lemak dari buah avokado. 


Ini pula pancake durian. Ya ampun sedap sungguh pancake ni. Di luarnya tepung manakala di dalamnya buah durian yang sebenar. Buah durian ini dari gred D24. Diulangi....D24 ok?....Memang semata-mata buah durian ajer. Takde dicampur bahan lain. Peminat durian.....ini untuk anda....👍👍👍



Suami bergambar dengan Mr. Eric. Mr. Eric melayan kami dengan sangat baik. Cepat sembuh ya Mr. Eric....seorang yang gigih menjalankan tugas.



Sempena hari kemerdekaan yang ke 62 dan hari Malaysia yang ke 56 tahun, ada promosi Oriental Brunch Buffet di Sime Darby Convention Centre

Harga asal RM89 ++ seorang tetapi jika pakai pakaian dengan warna bendera Malaysia boleh dapat 31% off tau. 

Alamat : Sime Darby Convention Centre
1A Jalan Bukit Kiara 1, 
60000 Kuala Lumpur.

Tel : 0320893788

Email : chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

Let's Oriental Brunch Buffet!

20 comments:

  1. Wah, the food looks quite good, especially my favorite is kuih bom. The place also look really cozy and pleasant. So good la the 31% discount, will surely let my friends and family know.

    ReplyDelete
  2. ermm sedapnya dimsum, la ingatkan dimsum je rupa-rupanya ada menu makanan cina lelain ek. bila dah ade tanda halal ni senang nak makan kan tanpa was was

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!! I memang suka makan oriental food terutamanya Dimsum and sushi. Bukan setakat hidangan oriental dia jer nampak tasty. Desert2 dia pun nampak tasty. Thank you for sharing this review dear. Have a goo day.

    ReplyDelete
  4. oriental food memang sedap. dimsum tu surely aida amik byk. paling suka. paling gemar.
    aida jarang makan2 di hotel ni if takde function pe pe.
    satu, mahal lah kan per kepala. yg utama, anak-anak karang nak makan pe? diorang surely tak brape suka. terutama izzat.
    izzat akan tanya, "ijat nak makan apa ni? takde pe pun?". ha ha ha ha...
    so, makan gini, aida gi dgn bff jer. ofismet.

    ReplyDelete
  5. Wah. Naseb baik perasan boleh dapat diskaun 31% tu ���� contoh pakai warna biru sahaja dh boleh la kan? Semangat merdeka kian terasa ni. Dtg sini mesti berkobar2

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana share tempat yang menarik . Lepas ini jika berpeluang ke Kuala Lumpur Naim tidak lepaskan ke sini. Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tambah2 satay tu. Saya dengan satay mmg tak boleh dipisahkan haha. Satu lagi udang tenpura tu. Sedap tuuu. Teringin jugaj nak try dimsun tu.

    ReplyDelete
  8. banyak juga pilihan makanan tu. yelah, kadang nak jugak tukar selera kan. tapi alang alang nak tukar selera nak jugak yang sedap di tekak, kan.

    ReplyDelete
  9. I tengok hidangan kat sini semuanya nampak sedap. Persekitaran pun nampan sangat cosy. Nak tryla makan kat sini sekali

    ReplyDelete
  10. Liez kalau bab makan mmg suka.. kalau chinese food lagi suka sbb mostly tak oily kan.. dan byk macam light foods. Dimsum tu and fried carrot cake tu mmg mengujakan la

    ReplyDelete
  11. Wahhh.. makanan oriental. Menarik. Syira pun jarang makan. Tapi nampak sedap. Udang tempura tu nampak menarik

    ReplyDelete
  12. lama dh tak makan menu masakan cina... aduh sedap sedap nampak semua.. selalu dok makan dimsum best plak tengok menu menu lain mcm kat atas tu... tempat lawa, makan sedap.. hmmm apa laggi yg kurang =D

    ReplyDelete
  13. Lama tak makan makanan cina.. Tapi selalu makan nasi semua.. Tak pernah makan steamed rice tu.. Nampak menarik la.. Nampak sedap semua.. Dimsum feveret... Wah 31% utk yang pakai baju merdeka.. Banyak tu

    ReplyDelete
  14. Walahhh..nampak sedap semuanya tu. Gigil tahan terliur ni ha.. 😊

    ReplyDelete
  15. Wow... Oriental food.. Lama xmkn mknn style cina.. Lg2 dimsum.. Tgk menu2 dia pun menarik semuanya kan..ehh de diskaun bg yg pakai baju merdeka ke.. ?? Terbaik.m

    ReplyDelete
  16. Suka makan makanan china, banyak berasaskan sayur dan menyihatkan, makanan semua nampak menarik, yang penting halal

    ReplyDelete
  17. Enjoy tgmcm2 menu dia, suka mkn dinsum blhlah tray nti

    ReplyDelete
  18. sedapnya makan dim sum.. boleh tahan banyak pilihan menu tu. BBL suka juga makan dim sum terutama sup dumpling tu. oh craving tetiba

    ReplyDelete
  19. Oriental food ni mostly nampak so healthy. Dan sedap. Mungkin sebab kurang masakan yang tumis tumis macam masakan melayu kita kan hehe

    ReplyDelete
  20. Mmm nice tempat ni. Ambience dalam tu pun nampak bright tapi peaceful. Kalau harga berpatutan, bella memang suka cuba makan kat tempat2 macam ni!

    ReplyDelete