Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 26

Pengalaman menarik steamboat dan grill di D Atap Gazebo

Sabtu malam baru ni kami sekeluarga berkesempatan mencuba steamboat buffet yang disediakan oleh D Atap Gazebo di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara. Baru je beroperasi D Atap Steamboat ni tau...

Dengan harga promosi RM39 / pax dewasa atau RM30 / pax kanak-kanak (7-12 tahun). Manakala kanak-kanak 6 tahun ke bawah percuma. Promosi ni bermula sekarang sehingga 15 Mei 2018 ajer.  Kena cepat-cepat grab peluang ni sebab selepas tu harga akan naik menjadi RM50. 


Kebetulan pada 24 Mac 2018 baru ni ada Earth Hour jadinya bersempena dengan menyokong Earth Hour lampu dipadamkan di D Atap Gazebo bermula jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. 


Setelah lampu dipadamkan, lilin pun dipasang. Idak merabalah kami di dalam kegelapan. 😅😅😅. D Atap Gazebo ni juga boleh menempatkan 170 pengunjung satu masa. Pada 28 Mac 2018 ni seramai 150 pengunjung datang makan kat sini. 

Ni lah keadaanya bila lampu dipadamkan. Terang sikit kat sini sebab flash dari DSLR ni. 


Ada 2 jenis kuah yang disediakan. Boleh pilih diantara sup ayam atau tomyam. Tu dia 1 pinggan saya dah settle dengan pepahat dan lala. 


Ni kat buffet counter ni. Ada dim sum bagai....


Ni area buffet counter di mana lampu dibuka juga masa earth hour. 


Saya tengok banyak juga seleksi steamboat kat sini. Pepahat, lala, kepah dan lain-lain. Pilih2 nak yang mana. 


Seleksi mi pun ada. Saya ada rasa sejenis mi ni. Tak tau nama mi tapi bila digandingkan dengan tomyam. Marvelous sangat. 


Kat sini boleh pilih buah-buahan segar. 


Sekarang ni memang musim panas kan?. Pekena ABC ni adalah sangat heaven. 


Segala macam boleh dipilih. Anda nak yang mana?.....


Hubby bertemankan flash light handphone. 


Bila lampu terpasang balik kita wefie satu family dulu. 


Best juga 1 gazebo ni makan satu family. Tambah menarik kalau malam tu dipagari bulan dan bintang. 


Cantik sungguh kat sini sebab berkonsep open air dan terletak pula di rooftop. Kalau naik lif tu tekan ajer di tingkat 'R'. 


Kami 3 beranak pula....agak blur sebab guna phone ajer ðŸ˜…😅😅


Kalau nak try makan steamboat & grill kat sini bolehlah menghubungi :-

03 2089 3688

03 2089 3688

03 2089 3688

atau boleh ajer email ke :-

halia.sdcc@simedarbyproperty.com

Ingat tau nak grab harga pengenalan RM39/pax tu dari sekarang sehingga 15 Mei 2018 je ye. 


36 comments:

  1. wahh uniknya sambut earth hour sambil menikmati juadah yg nampaknya enak2 belaka! banyak pilihan pula tu. Bolehlah nak ajak kawan-kawan cuba di D Atap Steamboat ni. Harga pun macam berbaloi! :D

    ReplyDelete
  2. Suasana meja makan terasing begini sesuai untuk sekeluarga dan ianya tidak ganggu pelanggan yang lain. Bagus dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Keselesaan kat sini memang dititikberatkan...

      Delete
  3. harga dia not bad , kira murahla juga sis. alahai sweet sgt makan sambil layan earth hour...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Yanty. Nanti bole try sebelum harga dia naik...

      Delete
  4. bestnya steamboat and grill..nmpk menu sedap2...comelnya lilin waktu earth hour...sayang suami tak suka makan pulak..kena cari geng nak pergi makan ni..kalau anak dah besar boleh bawak anak teman..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kena cari geng kaki makan baru berbaloi nak makan buffet.

      Delete
  5. Seronok layan steamboat ni..husband pon kaki makan memang seronok makan banyak2 ni..tp anak2 dia charge camne ya? Anak2 saya xkuat makan..rugi bawak..hahaha

    ReplyDelete
  6. best suasana tempat makan dia macam ni. ada privacy sikit, taklah rapat-rapat kan. Boleh try pergilah. memang suka makan steamboat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah....suka steamboat. Kalau rapat2 tak selesa sangat...ni ok sangat....

      Delete
  7. Bestkan steamboat kat sini. Macam2 ada pling beat daging perapan tu semuanya sedap dan enak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Betul. I setuju kata2 u. Memang sedap....

      Delete
  8. kak sedapnya steamboat. dah lama tak makan steamboat stail macam ni. hehehe. kalau ada geng, memang saya datang kedai akak rekemen ni. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa geng Ruby boleh terjah sini sementara harga pengenalan lagi...hehe

      Delete
  9. Menarik..takde la mahal sangat kan..macam- macam ada ha...SA suka makan macam ni..bayar kje ikut package then makan sampai lebam..steambot selalu pilihan kuah tomyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kuah tomyam jugak SA. Kuah ayam tu bagi Dania kot2 tak tahan pedas tapi nampaknya kuah tomyam pun Dania makan.

      Delete
  10. wah macam best jugak yea makan steamboat & grill kat situ, suasana pon nampak macam menenangkan jee dengan gazebo open air macam tu, cantik jugak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik. Kalau banyak bintang dan ada sinaran bulan lagiiiii cantik...

      Delete
  11. Bagus kedia nih amalkan earth hour walaupun gelap tapi sesekali makan dengan suasana mcm nih nampak romanyik pulak kan.kreatif sumgguh owner kedai nih. Makanan pun nampak sedap belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman pertama makan bertemankan lilin di steamboat.

      Delete
  12. Lama tak makan steamboat ni. Konsep menarik dan tengok seafood dia fresh sangat. Makan dengan family takpun pasangan best ni.

    ReplyDelete
  13. Wahhh bestnya makan di rooftop kak ezna. Mesti angin malam sepoi2 bahasa. Best ! Harga pon berpatutan, boleh lah try dtg sini nanti

    ReplyDelete
  14. Byk viler pilihan makanan disni. Harga pun sangat berpatutan tidak terlalu mahai la . Boleh la makan santai2 denvN keluarga.

    ReplyDelete
  15. airah memang peminat steamboat kalau boleh nak pergi semua steamboat yang sedap dan murah.nanti nak pergi sini pula

    ReplyDelete
  16. Bestnya makan steamboat. Banyak pilihan yer. Mesti sedap kan. Harga pon kira ok jugak lah ni. Dah lama tak makan steamboat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu memang semestinya. Banyak pilihan pulak tu.

      Delete
  17. Steamboat yang begitu enak sekali..

    I sekeluarga paling suka steamboat...

    Yummy!

    ReplyDelete
  18. menariknya makan steamboat dengan suasana macam ni. Harga pun boleh tahan murah. kena ajak satu family makan sini sebelum habis event ni. terima kasih kongsi tempat makan best ni

    ReplyDelete
  19. Nak suruh papa bawak satu keluarga pergilah...murah je kot untuk makan buffet macam ni...best!

    ReplyDelete
  20. Lepas baca ini macan nak pergi hujung mimggu ni la. Dah lama tak ajak family pergi makan steamboat & grill, sekali sekali ok la especially time gaji.

    ReplyDelete