Pernah tak anda semua pergi mesyuarat PIBG sekolah anak?. Jawapan saya untuk sekolah rendah tak pernah sekali pun. Kali ni masa Dania Tingkatan 2, saya dan hubby pergi kebetulan Dania pun kena pergi sebab ada penetapan target untuk PT3 (awal sungguh sebab pelajar Tingkatan 2 wajib datang nak penetapan target tahun 2019). Mulanya saya tak datang cuma hubby jer tapi since Dania pun wajib datang saya ikutlah sekali. Dania pun alang-alang datang kena bertugas pula selaku PRS. Kena kutip kertas penetapan target. Awal2 lagi Dania dah suruh sign penetapan target untuk dirinya. Biasalah tu kalau nak tetapkan target kena letak A untuk keputusan. 😓😓😓
Bila sesi melantik AJK PIBG dan KSIB (Kumpulan Sarana Ibu Bapa) haa tu dia baju hijau dok kat belakang tu kena lantik AJK KSIB. 😉😉😉. Kebetulan berdiri sebelah housemate masa saya ambik degree kat UITM Shah Alam. Masa tu kalau ambik Degree je kena menyewa kat luar. Asrama untuk bebudak Diploma ajer. Sempat la bertanya khabar. Lama dah terputus hubungan dengan Kak Zu ni. Tak sangka pulak anak Kak Zu sekolah sama dengan Dania. Cuma bezanya anak Kak Zu ambik Kelas Aliran Agama (KAA).
Actually, tudung kuning yang diapit oleh kedua lelaki ni guru besar sekolah Dania. Barisan depan tu kebanyakkan berjawatan Professor di Universiti. Ada UKM, UPM dan Uniten. PIBG pula diterajui oleh seorang Dr pakar mata yang juga ada klinik mata berdekatan dengan sekolah Dania ni. Wah semuanya gah gah ajer....kita kat belakang ajer la....😊😊😊. Boleh la tolong-tolong sikit-sikit macamana nak memajukan sekolah. Meeting pertama nanti katanya bulan April 2018 nanti. (Macamana la nanti ye...meeting2 ni memang allergic sikit 😅😅😅)
Photo oleh Mr hubby. Thank you hubby! 😍😍😍. Terpaksalah Dania dan hubby tunggu sampai habis ye. Ramai juga yang dah balik awal.
Sekolah Menengah ni kena aktif sikit sebab sebagai sekolah terakhir sebelum menggapai cita-cita ke Universiti.
dh besar dh dania..time really flies
BalasPadamAssalam puan. Saya berminat utk masukkan anak saya ke SKBJ memandangkan sekarang anak saya tu di private islamic school jadi tahun depan sudah darjah 5. So far how's the school yer? Sebab tgk Dania juga pernah bersekolah private juga kan? Compare to method and technique that the teachers in both schools used. Beza banyak tak eh?
BalasPadam