Nuff

Berseleranya di "Selera Muhibbah" di TPC,KL

Bila dapat pergi ke food review sempena Ramadhan ni, terasa seronok pula sebab ini bermakna tak lama lagi Ramadhan bakal tiba. 

Kali ini saya bersiaran dari TPC KL dengan buffet ramadhannya yang bertemakan "Selera Muhibbah". TPC Kuala Lumpur berazam untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM10,000. Ini untuk didermakan kepada rumah-rumah kebajikan dengan setiap RM1 yang kita bayar untuk harga buffet ramadhan. 

Chef yang akan menyediakan masakan yang enak-enak ini terdiri daripada Chef Abu Zaren Bin Bakri, Chef Abdul Aziz Bin Abdul Rahman dan Chef Azmin Bin Mohamed Burhan. Mereka akan menyediakan masakan asli tradisional seperti gulai ikan patin tempoyak, rendang hati lembu, daging masak merah, telur itik masak lemak cili padi dan paling istimewa terdapat juga masakan kegemaran ramai seperti kambing panggang, lidah bakar, 'seafood kava', asam laksa, 'fried carrot cake', popiah dan juga asam pedas lok lok dan banyak lagi....haihhh dengar pun dah terliur kan....😋😋😋

Meh la tengok gerai-gerai yang saya sempat rakamkan ni. Ada gerai buah-buahan. 🍉🍊🍋🍌🍍🍎🍏🍐🍑


Apam Balik ni kalau bulan puasa ni mau teringat-ingat ni. Rangup sangat apam balik ni. 


Kaunter mee rebus. 


Assam pedas Lok Lok ni macam steamboat la ni. 


Mashed potato ni ala ala inggeris. 


Senyuman manis dari chef yang buat onde-onde. 


Kak Mah goreng-goreng ni macam familiar je nama Kak Mah tu ye? 😊😊😊


Ini 'Fried carrot cake'. Siapa pernah cuba? 🙋🙋🙋


Cantik sangat ukiran burung ni. Rasanya macam diukir dari sengkuang. 


Kuay tiaw goreng ni memang nampak menyelerakan.....


Satay.


Ini bagi saya sangat rare sebab jarang ada hidangan ni. Lidah bakar ni dicicah dengan air asam ataupun sos kicap bercili. Dah rasa juga buat pertama kali. Not bad....


Inilah rupa lidah bakar. Saya dah cuba. Sedap!!!


Kambing panggang pilihan ramai pun ada. 


Ni seleksi kuih muih tempatan. 


Gambar dua kat bawah ni seleksi dessert yang disediakan. 



Kudapan seperti jeruk-jeruk dan keropok pun ada. 


Seleksi hidangan utama. Kali ni ada nasi putih bersama nasi tomato. Kalau bulan puasa kekadang tekak kita nak selain daripada nasi putih kan....


Ulam-ulaman berserta sambal-sambal untuk membuka selera. 


Kerabu yang mana menjadi idaman kalbu?....


Kalau sesiapa yang berkenan nak makan buffet ramadhan di sini....boleh rujuk harga dibawah ni...

Early Bird Voucher

1 March 2018 while stock last RM68 nett (member)
1 April - 18 May 2018 RM80 nett (member) / RM95 nett (visitor)

Full Buffet Price

19 May - 12 June 2018 RM95 net (member) / RM110 nett

*****Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah percuma

Boleh menghubungi nombor 
03 2011 9187 / 189

Ni lah tempat saya makan tu. Rasa cozy je kat sini. Tapinya masa buffet ramadhan itu nanti, pengunjung akan ditempatkan mengadap kolam renang bersize olimpik dan berkonsepkan pula al fresco buffet dinner. Ada 22 stall juga akan ditempatkan di sekeliling kolam renang. 


Snap & Win

Kalau nak memenangi voucher selera muhibbah ni senang ajer. 

Follow TPC KL (Facebook, Instagram, Twitter)
✅Snap gambar anda bersama makanan atau minuman yang anda nikmati di Golfer's Terrace. 
✅ Share di social media 
✅ Tag @tpckl #TPCKLContest #SeleraMuhibbah
Screenshot gambar dan hantar melalui aplikasi whatsapp di 019 263 6548

Cepat-cepat masuk contest ni...

Takeaways

Kalau anda semua yang takde masa nak makan kat TPCKL tapi masih boleh berbuat demikian dengan 'Special Takeaway Menu' yang bermula dari 19 May - 12 June 2018 bermula jam 4.00 pm - 6.45 pm. Banyak pilihan tau. Nak tahu pilihannya boleh la menghubungi 03 - 2011 9187 / 189. 

Pakej bangkuet istimewa

Nak mengadakan majlis berbuka puasa di kalangan teman satu office pun boleh. Dengan minima 50 orang boleh direalisasikan. Bermula dari RM45 nett sehingga RM89 nett / pax. 

Kalau ada teman-teman office minimum 220 orang, TPC menawarkan bilik di mana harganya bermula RM78 nett ke RM129 nett / pax. 

Jangan risau semua, pastinya ada beberapa ruang solat yang disediakan. 

Promosi Golf Bulan Ramadhan

Kalau la ada yang bermain golf bulan ramadhan ni, promosi bermula dari 17 May 2018 - 17 June 2018. Golfing berharga RM253.30 dan RM335.30 untuk 18 lubang untuk weekdays dan weekends / public holiday. Fees ni termasuk 'green fee', 'buggy fee' (twin sharing), 'insurance' dan GST. Boleh menghubungi 03 - 2011 9111 / 269 untuk tempahan. 

Banyak betul kan promosi menarik kat TPC KL ni.....jom la berkunjung ke sini. 

TPC Kuala Lumpur 
(Kuala Lumpur Golf & Country Club Berhad)
10 Jalan 1 / 70D Off Jalan Bukit Kiara
60000 Kuala Lumpur

03 2011 9188


Comments

  1. Ada menu lidah bakar.. Fav tu.. Jrg ada menu ni utk buffet ramadhan.. Kalo p buffet ramadhan mmg rambang mata.. Byk pilihan menu yummy

    ReplyDelete
  2. good to know this can say to dear now where to dine. Love to eat buffet lot choice

    ReplyDelete
  3. Good CSR project done by TPC. Hope they able to collect more than RM10k for charity.

    ReplyDelete
  4. Radish cake ngn kueytiaw goreng tu fav saya sgt tu...adoiii kambing tu pun sama..sedapnya!

    ReplyDelete
  5. Menarik bila ada stall banyak macam ni.Boleh pilih kita nak makan apa.Makan sambil menderma,apa salahnya.Lagipun harga yang ditawarkan tu berpatutan sangat.

    ReplyDelete
  6. Bestny. Banyak pilihan makanan. Semua hidangan-hidangan tu nampak sedap. Tak pernah lagi makan lidah bakar.

    ReplyDelete
  7. Aduhai. Skit lagi Ramadhan tiba ekk.
    Wajiblah at least skali berbuka di hotel kan, ezna. Barisan makanan nyer memang menggoda! Boleh kenyang sampai ke sahur :)

    ReplyDelete
  8. To be honest everytime ramadhan mmg akan ada buffet session dgn family. Bonding mcm tuu katakan. Restaurant ni boleh letak dalam wishlist utk ramadhan nnt, ada kambing bakar mmg mengiurkan lah cerita diaa

    ReplyDelete
  9. wow..semua nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  10. Lidah bakar lol sedap ni..rasa dia mcm perut sikit la liat2 gitu..waduhhh harga pun berpatutan x la mahal sgt compare if buka pose kat hotel..

    ReplyDelete
  11. comelnya yang ukiran burung dari sengkuang tu..menu2 pun nampak menarik..baguslah kira mkn kat sini nati support tpc kl untuk menderma 10k bagi golongan yg memerlukan..

    ReplyDelete
  12. Menu lidah bakar tu memang rare rapi sedap sangat..SA suka..tp selalunya nak makan kena pi makan sensorang atau pi ngan kawan- kawan yang memang biasa makan...sedap..mee rebus pun SA suka..

    ReplyDelete
  13. Ala rugi tak join semalam. Kalau tak boleh rasa semua makanan yg sedap ni. Lidah bakar tu memang rare. Kena cuba ni. Harga pakej dia murah sgt tu. Boleh rekemen pada kawan2 ni.

    ReplyDelete
  14. Betul ! Rasa tak sabar nak masuk bulan Ramadhan. Okaylah tempat nie sbbnya bawah seratus ringgit utk satu kepala. Menu2 yg ada pon banyak yg dihidang. Konfirm rambang mata

    ReplyDelete
  15. menarik nya, tak pernah lagi rasa berbuka puasa di hotel. Nampak menyelerakan juga makanan dia. Bgusnya, dapat derma sekali pada yang berkemampuan. thanks share info

    ReplyDelete
  16. Nampak menatik dan sedap sedap menu yang disediakan. Macam macam pilihan memu yang ada. Rambang mata terus nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  17. alamak dah nak puasa la. kalau makan buffet mesti puas hati dengan harga yg kita bayar

    ReplyDelete
  18. uzu pon dah mula sibuk nak g food ramadhan review. Tak start puasa lagi memasing sibuk je. macam biasa lah mcm ni lah tahun2 jadi blogger. nak dekat raya memasing genok sbb food review. Btw rm68 not bad juga

    ReplyDelete
  19. Kambing panggang yang kak paling suka...

    ReplyDelete
  20. wah banyaknya seleksi pilihan makanan i teruja tengok kambing panggang.. harap berjayalah mereka dapat kutip dana sehingga rm 10 k untuk anak-anak yatim..... semoga dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts