Jumaat, Mac 23

Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe

Terpergi cafe Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe secara tak sengaja ni sebab saya nak mencari rubber stopper untuk pandora gold saya. Saya pergi cari kat Uptown Kajang kat Jalan Reko tu. Nama kedainya Owl Skool Vintage. Bukaknya pukul 10 malam. Kami gi cari petang dalam kol 6. Mana la nak bukaknya.....😆😆😆.

Pernah singgah Pandora. Dia kata boleh cuba cari rubber stopper tu kat kedai DIY.  

Tak ingat macamana kami ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi tersinggah My One Shop. Sekali dongak ada cafe kat atas My One Shop. Nama cafe ni Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe. Kemain panjang namanya ni haa....kami pilih tempat yang berbumbung. Ada je tempat open air. 

Kat sini pulak boleh tengok deco yang unik kat cafe ni. 


Spaghetti oglio olio ni sedap dengan sotong dan udang. 


Ni lamb beserta mashed potato, grilled vege dan butter rice. Hubby kata rempah kat lamb ni overpowering rasa lamb tu. Mashed potato, grilled vege dan butter rice tu sedap. 


Ni pilihan Dania ni. Fish and chips. Sedap....


Ok....berbalik pada rubber stopper ni. Hubby ajak keluar jam 11 malam. Jumpa jugak rubber stopper ni kat Owl Skool Vintage. Gerainya depan Hafiz Jewels kat Uptown Kajang (Jalan Reko). Haishhh payah nak jumpa. Terus ambik 10 biji rubber stopper. Cecampur warna hitam dan putih. 


Kalau nak cuba Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe click je link. Sedap juga food dia. 

31 ulasan:

  1. Panjang betul nama cafenya.. nampak pun sedap menu yg diorder. Bila ke sana bolehlah singgah nanti. Tq share.

    BalasPadam
  2. Menarik juga cafe nie. Nampak menyelerakan. Harga dia mcm mna yer kak ezna ? Teringin cuba spaghetti olio tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga dia tak mahal sangat dan tak la murah sangat. Sedang2 ajer Zharif. Oglio Olio tu memang sedap!.

      Padam
  3. Just checked their fb page, I really love the outdoor section, it's so pretty, I'll check this place out, the food looks good too but most importantly I like the ambiance.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes....pretty especially at night where they have the warm light....

      Padam
  4. Pernah lalu area ni dan nampak nama restoran tu, tp tak pernah singgah lagi. Nampak menarik juga hidangan yg ada. Tertarik juga nak menyinggah klu ke sana lg nanti. Thanks sharing info :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab restoran ni kat atas. Kalau tengok bawah je memang tak perasan. Try la kat sini...

      Padam
  5. Wah, cantik. Suka betul kedai-kedai yang konsepnya macam ni.
    Hopefully harga dia tak mahal lah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga dia tak la murah sangat dan tak la mahal sangat. Sedang2 aje ni...

      Padam
  6. Fish and chips tuh nampak sedap plak. Cantik pulak konsep restoren nih. Nanti kalau pergi boleh cuba singgah dan makan. Bab bab makan western ni sy nombor satu

    BalasPadam
  7. Tak pernah dengar lagi pasal restaurant ni..nnt boleh cikidaut...

    btw, rubber stopper tu actually untuk apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rubber Stopper tu utk tak nak bagi pandora kita tu gerak2.

      Padam
  8. lamb tu terliur la...kita pencinta lamb...jrg plak jmpa set lamb ada nasi..menu lain pn menarik juga tu...yummmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 side menu tu boleh pilih ala ala Kenny Rogers gitew....

      Padam
  9. Thank you for sharing.. jarang dpt pergi kedai2 mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan dongak atas...idak tak perasan ada kedai kat atas...hehe

      Padam
  10. Aglio olio tu mencongkam kalbu..bestnyaa...fav SA ngan my Dania tu..memang SA selalu masakkan untuk dia..menarik cafe ni...thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke?. Kalau masak sendiri lagi best sbb portion seafood tu kita leh bagi banyak....

      Padam
  11. Panjang nya nama di dia hahaha..to mknan dia sedap ke kak? Tp hilma jarang nak ke area sana sbb kat sini byk kedia mkn pun ade je lagi yg x penah try hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panjang sungguh. Sampai tersilap2 masa nak type nama kedai ni. Hahaha

      Padam
  12. yay finally dapat juga kan rubber stopper tu, hihihih, penat cari sekitar kajang nasib baik ada budak kat metro kajang cakap uptown kajang ada jual rubber stopper tu, ugh at least charms dah tak annoying golek sana golek sini kan, weeee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandora bagitau ada jual gak rubber stopper kat kedai DIY. Cari2 tak jumla pon. Kat owl skool vintage gak yg jumpa. Thanks to U !!!

      Padam
  13. Lamb tu nampak menyelerakan, lagipun lengkap set dia. Siap ada nasi.
    Kalau makan di outdoor best jugak kan. Nampak pemandangan cantik-cantik, sambil makan..

    *baru tahu rubber stopper tu apa. Hihi. Dari tadi dok fikir. Untuk pandora rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha....untuk pandora..makan outdoor pun cantik especially waktu malam. Leh makan di bawah sinaran bulan dan bintang...

      Padam
  14. menu dia nampak sedap.airah kalau pergi cafe macam ni mesti nak rasa pasta diaorang
    terliur tengok pasta dia

    BalasPadam
  15. cantik la nama cafe ni. makanan western mamcam macam ni mmg jadi pilihan ramai.

    BalasPadam
  16. Rajin u jalan jalan cari makan. Tapi mmg tengok hidangan kat sini semuanya best2 giler. Cantik pulak tu cafe ni... best kalau dapt terjah

    BalasPadam
  17. The aglio olio looks so tempting. My favourite spaghetti. Not too dry or too oily but still can feature the light spiciness. The lamb also look nice. Yum Yum

    BalasPadam
  18. Well the food presentation looks simple and maybe its taste good. I m tempted to try the Ni lamb beserta mashed potato, grilled vege dan butter rice.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...