Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 7

Happy ke nak bimbing rakan?

Ujian bertulis personaliti dah selamat diadakan pada bulan Februari (tak ingat tarikh) kemudian pada 6 Februari kena interview pula untuk memilih calon sesuai untuk Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Kena bagi talk pasal moisturizer dan 1 minit masa untuk talk pasal tajuk duit selain interview 1-1. Actually masa Dania Tingkatan 1, Dania bagi nama untuk jadi pengawas tapi bila time nak interview tu clash pulak dengan robotik. Masa tu Dania mewakili sekolah untuk robotik peringkat kebangsaan kat Putrajaya. Takde rezeki la nampaknya. 

Tahun ni masa Dania tingkatan 2, ada pula pemilihan untuk Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Dania pun try lah. Bila tanya kenapa tak nak jadi pengawas dah? Katanya banyak kali meeting nanti ummi susah nak hantar pagi2. Errr alasan apakah?. 😜😜😜

Tara.....dah selamat dah keluar senarai Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya yang baru tahun 2018. Punyalah Dania berdebar-debar tunggu senarai nama sebab memang nak sangat2 jadi PRS ni. Alhamdulilah nama Dania ada. Ni ummi yang snap nama dalam sekolah. Gigih ummi....😄😄😄


Pakai macam ni kalau ada sukan. Cuma tudung je tukar dari putih kepada ungu. 



Ni uniform lengkap PRS. Baju dan tudung tu senang la cari tapi kain warna kelabu ni jenuh ummi cari. Dekat 5 kedai takde jual. Jadi ummi beli kain kelabu kat Jakel dan tempah kat tukang jahit. 


Pakai siap vest pulak kalau kena bertugas. Ni Dania bertugas masa majlis penetapan target dan PIBG baru2 ni. 



Ikutkan banyak juga spend untuk uniform Dania ni macam baru masuk sekolah since dari atas sampai bawah kena tukar warna. Nasib baik masa Tingkatan 1, tudung putih dan baju kurung putih tu kebanyakkan baju kurung dan tudung yang lama ajer. Kasut putih Dania pun buat hal, tercabut tapak dan koyak. Kena sangat la terus tukar kasut hitam tu. Merajuk tu tuan dia nak pakai kasut lain....😛😛😛


***boleh tambah markah kepimpinan dalam sijil berhenti sekolah tingkatan 5 nanti....

42 comments:

  1. warna purple nampak cantik... hehe~~
    It's a great pleasure able to guide anyone...
    It proofs that we ownself are self worthy...

    ReplyDelete
  2. Tahniah PRS. Jalankan tugas dengan penuh semangat keakraban hubungan sesama rakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....bimbing diri sendiri dulu untuk bimbing rakan lain....

      Delete
  3. Masa time saya dulu dah ada gak PRS ni. Tapi tak join pun sebab saya kurang sabar org nye. Whoa! cantik gak uniformnye.Color violet lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purple is my favourite color...hehehe....

      Delete
    2. Wah,Baiklah memakai baju yang berwarna.Sungguh istimewa.

      Delete
    3. baiklah ada baju yang berwarna.saya mahu baju sekolah yang berwarna itu.

      Delete
  4. My Dania pun salah seorang ahli PRS, baju dia kaler pepel sama sebiji macam your Dania..harap yang terbaik untuk anak- anak kita sebab bagusnya PRS ni membentuk anak kita menjadi seorang pembimbing dan ilmu kepimpinan in the future..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Dania kita berjaya dunia akhirat ye....Aamiin....

      Delete
  5. Waaa.. semoga Dania cdmerlang dlm membimbing dan membentuk menjadi prlajar terbaik.. antara cara menaikan keyakinan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....nak bimbing orang lain tu susah juga kan...tapi kita dapat belajar daripadanya....

      Delete
  6. Wah masa kita sekolah dulu mcm xda kan PRS ni...tapi uniform ni mcm uniform pengawas kt sekolah saya dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman akak pun takde de PRS ni cuma Pengawas ajer...

      Delete
  7. My akid dulupun pilih prs. Tanya dia knp tak nak jadi pengawas dia kata poin merit sama tapi prs lagi relaks hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh point merit sama eh...macam kat sini. PRS ni jatuh bawah Pengawas. Bawah PRS pulak Pengawas Pusat Sumber dan akhir pulak Pengawas SPBT.

      Delete
  8. Alhamdulillah... Tahniah Dania. Kalau dah minat kan. Semoga dapat menggalas jawatan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Manis je Dania... Zaman sekolah dulu PRS ada tapi xdela baju khas.. cantik pula tu kaler pepel.. tahniah Dania.. belajar rajin2 ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi dia memang suka sangat la kaler purple ni....hehehe....terima kasih atas nasihat belajar rajin2 itu....

      Delete
  10. tahniah dania.
    kalau semangat ada, surely boleh jadi pembimbing.
    in shaa Allah... kena byk membaca la ni, pembimbing kena luas ilmu pengetahuan.
    mcm anak aida, form 1 thn ni. awal2 da kata, nak jadi pengawas perpustakaan next year.
    aida tanya kenapa?
    dia kata, saje saje. boleh baca buku byk byk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....kena ikut minat anak la kan...kalau baik...kita sokong ajer...jadi pengawas pusat sumber mmg boleh baca buku banyak2....

      Delete
  11. Insya Allah akan jadi pembimbing yg baik. jadi anak solehah. mudah-mudahan training dari sekolah macam ni bawak keyakinan!

    ReplyDelete
  12. Tahniah dania terpilih jadi PRS. Semoga menjadi inspirasi dan model yg baik kepada kawan2 yg lain. Cantik lah nanti sijil berhenti sek nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana Suhana. Tugas yang besar jugak tu. Moga dipermudahkan....

      Delete
  13. tahniah.. bukan senang tu. PRS salah satu kelab yg popular di sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nik. Moga Dania dapat menggalas tanggungjawab ini.

      Delete
  14. baca artikel ni teringat zaman sekolah dulu. Masuk pembimbing rakan sebaya, datang lawatan di kuala lumpur tengk wayang. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi kenangan tu yang tak boleh dibeli dengan wang tu....

      Delete
  15. Baguslah Dania join aktiviti macam ni. Memang penting masa belajar join je semua aktiviti yang ada. Dulu saya semua join sampai orang naik meyampah sebab asyik naik pentas! Haha. Sampai merajuk tak nak join apa-apa dah. Kegiatan mcm ni penting nak tambah markah. Hope dania dapat bimbimg rakan-rakan yang lain dengan hemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow aktifnya Bella. Alahhh kalau nyampah tu biasa la kan. Mereka jeles kat Bella la tu...

      Delete
  16. Comel je mak mak ada anak macam ni. Mesti bangga kan ada anak Prs. Btw purple my second fav colour !

    ReplyDelete
  17. tahniah dania. selamat menggalas tanggungjawab. btw cantik baju sekolah purple tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling best warna baju purple ni tak la sejarang kalau warna putih. Kalau putih pun susah juga nak jaga baju tu. Senang kotor. Ummi pun lega la juga. Hehe...

      Delete
  18. wah jadi pembibing rakan sebaya ya dulu i jadi pengawas perpustakaan, tapi sangat teringin nak pakai baju purple sebab warna yang unik dan terang time perhimpunan nampak ketara je warna heeee apa pun jadilah rakan yang terbaik ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah pengawas juga Syafiera ni. Best la boleh baca banyak buku. Selalunya pengawas perpustakaan ni dipilih dari murid yang rajin....

      Delete
  19. When I was in high school, I also join PRS. With nice vest and badge been given. I enjoy the moment helping the students.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good for you Betty because not only you help yourself but you help other people too....

      Delete
  20. dh remaja dh dania..errr sgt seiras dgn ur hubby hehhehe

    ReplyDelete