Jumaat, April 22

Baju raya ke Baju kenduri ni?

Kain baju kurung ni memang dah beli kat Jakarta. Kain tu cuma 2 meter ajer. Nak kena match dengan kain baju kurung. Masa Jakel ada buat jualan murah, saya sekeluarga pergi la ke Jakel Seksyen 7 Shah Alam. End up dengan warna pink dua beranak. Disebabkan kosong, match pulak dengan lace berwarna biru untuk dua beranak cuma Dania punya lace simple sikit, Manis la untuk Dania. Saya punya ada sikit ajer beads. Siap pesan kat sales girl nak beads yang sikit ajer. Saya ni tak suka keterlaluan. Make it simple and sweet. 

Kalau tengok kainnya macam corak Pua Kumbu Sarawak. 


Lepas dah pilih kain bagai terus hantar tailor kat Kompleks PKNS Shah Alam. Zul & Ana Collection. Selesa sungguh Kak Ana ni jahit baju. Serasi dengan saya lah. Saya ingat lagi masa tu bulan 1 tahun ni. Bila Kak Ana tanya bila nak siap? Saya kata bila2 pun takpe sebab bukan nak rushing pun. Tarikh siap bulan 2. Saya kata ok lah. Saya tempah baju kurung pahang untuk kami berdua. 

Disebabkan tak pergi2 berambik sebab dah siap baju bulan 2, baru2 ni saya pergi ambik baju kurung ni. Bulan 4 la kiranya. Kalau ambik lebih daripada 3 bulan alamatnya kena jual la baju ni....dalam slip cuma ada kain baju sahaja. Plain ajer kan? Kak Ana tau pulak yang mana baju saya. Padahal cuma kain plain pink ajer kat slip kertas tu. Siap tahu yang ada manik kan?. Sekarang pulak....kedai Zul & Ana dari sekecil-kecil kedai jadi sebesar-besar kedai kat Kompleks PKNS Tingkat 1 tu. Stok baju dan tempahan kemain banyak. Respect la Kak Ana!. 

Pastu Kak Ana tanya...baju ni nak pakai kenduri ke?. Kuang Kuang Kuang saya jawab...nak pakai raya  sebab tahun lepas Kak Ana tak terima baju saya. Ha kauuuu advance....

Amacam? Bulan 4 dah siap baju raya saya dan Dania  Anda bagaimana??? Siap cepat2 senang. Last minute tailor pun surrender. Ni pun Kak Ana kata ambik tempahan baju kurung biasa ajer padahal baru bulan 4 kan?. Hubby punya baju melayu selalu beli siap ajer. Omar Ali selalunya menjadi pilihan. 

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...