Saya enrol Dania dalam kelas memanah yang dianjurkan oleh Thamim Archery. Memang ada mencari juga kelas memanah yang affordable. So far setelah compare 3 kelas memanah ini yang paling menarik in terms of fees. Pengasas pula pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan memanah berkuda di Korea.
Bow and arrow pun disediakan juga. Kalau kelas memanah yang pernah saya survey sebelum ini, bow and arrow tu nanti kita kena beli sendiri ya. Bow and arrow punya harga pun tak la murah. Boleh mencecah minima ratusan ringgit. Kalau yang bagus tu ribuan ringgit untuk bow sahaja.
Lagi satu faktor tempat yang saya ambil kira sebab buat kat Cyberjaya. Nanti kalau berpindah nanti tak la jauh nak travel ke Cyberjaya tu. Cyberjaya ni tempatnya tenang sangat. Tak le busy macam Bukit Jalil tu....Kelas juga diadakan 2 kali je dalam sebulan. Ada kelas memanah yang saya survey tu diadakan setiap minggu. Jadi setiap minggu la kena commit. Untuk memahami teknik memanah ni sebanyak 6 kelas diperlukan untuk dihadiri. Maknanya untuk kategori umur Dania...RM210 boleh cover 6 kelas. Setiap kelas 2 jam dan diadakan 2 kali dalam sebulan.
Boleh call la nombor tertera kalau berminat ya...
Photo ni diambil masa kelas yang kedua untuk bulan April. Ni group pemanah cilik berumur 4-7 tahun.
Ni group pemanah berumur 8 - 12 tahun. Dania dan sepupunya semua dalam group yang sama.
Coach Shah tengah coaching pemanah kategori umur 8 - 12 tahun. Kali ni saya nampak Dania mula kuat menarik bow sehingga ke pipi.
Kena ke tak kena target ni soal kedua kerana pemanah ni perlu berdiri di posisi yang betul sebelum memanah. Memanah juga perlu ada teknik yang betul.
Dania tengah target untuk posisi memanah cara duduk.
Coach Shah tengah tunjuk cara yang betul meletakkan arrow. Satu arrow ni ada yang berharga RM20.
Sepupu Dania bernama Sofiah punya turn pulak. Adik Sofiah bernama Adlina dah dibawa balik oleh adik saya Erma sebab badan kena gigit semut agaknya. Senang la nak balik dan datang balik sebab rumah sekangkang kera je dari sini.
Jom hidupkan sukan sunnah seperti memanah, berkuda dan berenang. Diantara ketiganya....berenang...dania macam takut2 pula, berkuda dania suka juga tapi fees selalunya tinggi. Tinggal la memanah....fees juga banyak tempat yang saya survey mengenakan fees yang tinggi. Kena survey2 dulu ya sebelum membuat pilihan. Bagi saya Thamim Archery ni kena dengan budget saya.
menarik dan murah je pun fees nya ☺️☺️ teruja nak enroll anak-anak saya juga 😆😆
BalasPadamSo far ini kelas ni yg fees sangat2 affordable. Siap alatan juga diberikan semasa latihan. Kelas lain...alatan cuma masa kelas pertama. Kemudian alatan kena beli sendiri. Uihhh alat memanah ni bukan murah pulak tu...memang berbaloi....
Padamarea mna ya sis... shah alam ada tak
BalasPadam