Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 18

Anda rasa sulit menggunakan tandas awam? Kini tidak lagi....

Kaji selidik Kleenex mendapati tiga daripada lima rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk menggunakan tandas awam. Alasan yang diberikan ialah lantai atau alas tandas yang basah dan kotor, tandas tersumbat atau tidak dipam dan ketiadaan air bersih dan tisu tandas.  

Rungutan yang paling banyak diterima ialah hos air kotor (60%) dan ketiadaan air dan tisu tandas (37%). Empat daripada lima orang rakyat Malaysia yang menjalankan kajiselidik menyatakan mereka kurang meminum air apabila keluar untuk menghadkan penggunaan tandas awam. (This is what i actually practice kalau pergi ke luar negara. Saya tak sanggup nak masuk tandas awam mereka ...haaa tu readers kat luar tu dok tersenyum...sama la kita). Ada juga yang akan membawa bekalan air untuk membersih ke mana sahaja. (Ni pun saya buat kalau pergi ke negara yang takde paip dalam bilik air). 

Boleh tengok bagaimana Jihan menangani masalah menggunakan tandas awam. 



Melalui pengalaman saya travel di negara orang seperti Amerika, tandas mereka tidak ada paip ya jadinya ketika itu saya menggunakan botol air mineral di mana airnya saya ambil dari sinki di luar. Masa ni kami dalam perjalanan dari Los Angeles ke San Francisco. Ada la toilet stop in between. Perjalanan mengambil masa 13 jam menaiki bas nak sampai San Francisco (kalau tak 7 jam ajer. Ni sebab banyak tempat menarik berhenti drag jadi 13 jam). Tak kan kita nak tahan tak minum air sepanjang perjalanan?. Ye lah malas nak minum air sebab nanti nak kena gi toilet.  Kat bawah ni gambar perhentian macam hentian sebelah kita kat Malaysia. 


Punyalah ramai yang beratur kat sini. Kalau kita sibuk ambik air kat sinki luar mesti kita beratur paling belakang. Ada wet tissue dari Kleenex...problem solved! 



Ni kisah anak saya Dania di tandas awam. Ikuti kisahnya....

Dania pergi tandas awam dan tisu tidak disediakan. Ini sangat common. Tak semua tempat tandas awam ada menyediakan tisu. 


Tiba-tiba.....

Ummi : Tak ingat ke ummi ada sediakan tisu tandas basah Kleenex dalam beg?  


Dania pun memakai penutup hidung kerana tandas berbau busuk. Jangan lupa tisu tandas basah Kleenex ya kawan-kawan!. 



Kisah ni biasa kita alami dengan anak kita kan?....

Sertai lah Kleenex dan Jihan Muse hari ini untuk menangani kesulitan mengguna tandas awam. Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan tisu tandas basah Kleenex dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my Pengguna juga digalakkan untuk berkonsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag #KleenexSurvivalGuide







" Ia umpama kebersihan perbadi di dalam poket - Encik Raman Tarun ", pengarah pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. 

" Daripada menahan diri sehingga tiba ke rumah, saya boleh menggunakan Tisu Tandas Basah Kleenex untuk pembersihan mudah yang membuatkan saya berasa bersih dan segar sama seperti di rumah " - Jihan Muse, selebriti 

Tisu basah Kleenex boleh didapati dalam dua size - pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan di dalam beg (RM2.10), bungkusan nilai jimat 3 pek (RM5.80) dan pek dengan 40 helai (RM7.40). Boleh didapati di pasaraya di seluruh negara. 

Tisu tandas basah Kleenex selamat untuk dipam dan hipoalergenik kerana ia diformulasi dengan air yang ditapis sebanyak 9 peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit. 

Nak tahu lebih lanjut?

4 comments:

  1. Laa.. kat sana pun toilet nya takde air ye? parah kan? adoi.. sib baik ada tisu kleenex ye..

    ReplyDelete
  2. a very useful and innovative product indeed

    ReplyDelete
  3. tq suzz. Jom Tisu Basah Tandas Kleenex :-)

    ReplyDelete