Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, November 13

Legoland Hotel dan Legoland Water Park

Sebelum gi breakfast saya kumpul semua ni. Simpan dalam beg dulu. Comel kan? 


Ni wallpaper berdekatan lif ni. 


Tray exit ni kat Bricks tempat kami makan breakfast. Ini pun daripada Lego. 


Kita ambik gambar dulu kat sini. Kami duduk dekat ngan lego ni. 


Warna Warni kan? 


Sebab comel sangat kat sini, saya kena jugak ambik gambar. 


Ada tempat duduk macam nak picnic kat sini. 


Lego Bunga. 


Bahan-Bahan ni untuk bubur nasi. Pilih mana yang berkenan di hati. Ni first time saya tengok lauk2 yang banyak untuk bubur nasi. 


Bubur nasi saya ni. Hijau2 mesti ada. 


Lepas makan pergi ke hotel lobby. Ada kaunter untuk tukar suka sama suka minifigure ni. Dania kan dapat 3 ketul minifigure ni dalam treasure chest. Dia sayang lak nak tukar. Saya nak soh swap minifigure dia dengan lego mermaid tu. 


Kat dalam ni pun penuh berisi Lego. 


Lego sana sini sinun...


Ni apahal anak ummi kena kurung ni?. Nakal sangat kot....


Sesambil tu ayah Dania sibuk memasang lego kat dinding. 


Sementara nak tunggu water park buka, mandi kat swimming pool hotel dulu. 


Syok tu Dania sorang conquer satu swimming pool ni. Ada lego jugak kalau nak main-main. 


Ada guard kat sini. Keselataman anak2 dititikberatkan. 


Ni pool orang dewasa. 


Lego kat swimming pool floor bertema pirate. 




Masa ni ayah Dania gi ambik towel kat bilik. Kalau menginap kat hotel legoland, bawak la towel sendiri ya sebab sewa towel ialah RM60 (RM30 duit sewa towel + RM30 lagi deposit sewa) Kalau pulangkan towel baru dapat balik RM30 kita balik. Bayangkan kena sewa 2-3 towel? Kali kan dengan RM60. 


Lengang pagi ni. Kalau duduk hotel legoland, boleh masuk jam 9.30 pagi. 


Anak gajah dan Dania. 


Syoknya tunggu bawah air dalam bucket besar Legoland.....


 Mandi kat sini baru ada ayah Dania. 


Nak gelongsor kat sini buat saya cuak. Beberapa kali tanya life guard tu. Hehehe....Dania dah selamat turun 2 kali tu...


Weeeeeeee.....gayat oh. Sekali ajer naik ni. 


Naik ni pulak. Tumpang family ni sebab saya dan Dania tak cukup korum. Minimum 3 orang. Ayah Dania memang tak mandi pun. 


Lepas tu dalam pukul 11 pagi dah keluar dah dari water park. Waktu check out pukul 12 tengahari. Ambik gambar dengan Lego yang besar ni. 



Masuk dalam Big Shop dapat ni....Lego Friends kecik tu dapat free sebab beli Lego Friends berharga >RM100. 


Ayah Dania dan Dania main roller coaster dragon apprentice pulak. 


Jangan kacau la guard ni nak tidur. Guard ni curi tulang. Orang soh jaga castle dia zzzz......


Albert Einstein. 


Robot ni macam Wall-E jer. 


Setakat ambik gambar je kat sini. Nak main jangan sekali. Serik pernah main tahun 2012. Kecut perut weihhh....


UUUUUUUUUUUuuuuuuuuuu hantu yang comel. 

  
Ni yang ambik gambar ni photographer Legoland. Tak beli pun photo kat Legoland ni. Mahal. 


Tamatlah cerita Legoland. :-) 



10 comments:

  1. Dapat merasai keterujaan tu....
    bestnyer.....

    ReplyDelete
  2. ok kak..akak memang bagi semangat saya nak pegi thn dpn la kak! Saya mmg tgh kumpul duit nak bawak anak-anak ke legoland sebab dah janji lamaaaa sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh....sikit sikit simpan. Lama2 banyaklah simpanan. Insya allah....

      Delete
  3. wah syok gk hotelnye..ni yg waterpark la ye...oh mhlnye sewa towel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak towel sendiri ajer lah aimi.....save banyak tu....

      Delete
  4. Replies
    1. Best sangat. At least ada sekali ajer pengalaman kat hotel legoland. Kalau dania dah besar keterujaannya mungkin kurang sikit....

      Delete
  5. uncle tak pernah sampai lagi. ramai cakap best :D

    ReplyDelete