Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, October 18

Minum kopi di He & She | Universiti Putra Malaysia

Ada sekali tu hubby ajak pergi minum kat He & She Coffee. Kat mana He & She dalam UPM ni? Ia terletak bersebelahan Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Bangunan bata merah ni.  He & She Coffee ni banyak cawangan kat dalam Universiti kat Malaysia ni juga. Mungkin ada juga kat dalam universiti anak-anak anda. Boleh check kat sini


He & She Coffee kat UPM ni tidak la besar mana. 


Bila teringin nak makan kek memang order kek tapi saya nak makan yang lain. 


Kedai kopi ni berwarna hitam. Teringat dulu ada kedai kopi nama Zawara Coffee. Pun sama tema warna hitam jugak. 

Kat atas tu ada deretan botol sebagai props kat kaunter. 


Boleh tengok la senarai harga kat sini. Saya cakap dengan Dania kalau teringin nak makan pergi la sini tapi kalau boleh jangan la selalu (haa ada sambungan tu. hehe....kena la berjimat sama). Menu pasta ni memang favourite Dania la. 


Apa ke sedih mukanya ni? Nak suruh ambik gambar dengan pasu je pun....😁. Dania kata selalunya kalau Dania lalu tepi kedai kopi ni yang minum selalunya macam orang berumur. Ye lah...harga kat sini pun bukannya murah untuk pelajar. Selalunya pelajar yang dah bekerja atau lecturer mungkin la makan kat sini. Pelajar macam Dania ada tapi mungkin tak ramai. 


Kerusi dan meja agak limited kat dalam ni. Dania kata ada seorang kawan sekelas dia yang lelaki, belanja semua kawan sekelas yang lelaki kopi kat sini. Untung la ya. 


Deko kat dinding. 


Ambik gambar dulu sebelum makan ya. 


Roti dengan sausage tu saya punya dan hubby pilih sardine puff. 


Dania suka kek red velvet ni. Saya memang tak berkenan kek RV.         


Caramel Macchiato hubby punya. 


Saya dan Dania pilih ice blended vanilla. Sedap juga. Saya bukan penggemar kopi sebenarnya tapi kopi hitam yang arwah Pah saya buat saya minum pulak. Cicah dengan biskut Jacob. 


Hari lain pulak....


Masa datang tu order yang ni. Blueberry Cheesecake. Sedap. Macam rasa kat Starbucks. 


Bagi saya kalau sesekali nak minum petang kat sini ok la. Harganya tidak la semahal Starbucks tu tapi walau tak semahal Starbucks pun nak minum petang selalu pun tidak la. Ni kalau terasa nak bersantai dengan rakan-rakan sesuai juga. 😀

Lepas tu dah ada kat sini, memang ajak Dania tunjuk dewan kuliah dia tapi sebelum tu kami ke Fakulti berdekatan iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Ada Restoran L'Apprenti. Rasanya student Perkhidmatan Makanan yang akan buat praktikal kat sini. Dekat ajer dengan Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Kat sini tak try lagi. 


Bangunan ni pun dicat baru. Kalau tak warnanya tak seterang ini. 


Ok next....Dania tunjuk kat sini la terletaknya kelas Dania di salah satu bilik. Bangunan ni pun nampak macam baru. UPM masih dalam kategori young university sebab berumur 50 tahun. 


Dania kata ni namanya Bangunan Asasi 1 yang ada cafe Rasa Asper tapi selalu penuh. Dania selalu makan sandwich untuk lapik perut. Mana la tak kurus anak ummi ni. 


Nampaknya dah ramai la pelajar kat UPM ni sebab pelajar ijazah dah masuk dah. Kalau tidak hanya pelajar asasi je yang ada. Dah Dania kat sini, nak kena explore lagi apa yang menarik kat sini. Ada padang Golf pun tak reti main....😆 tapi kawan2 Dania pernah nampak ada seorang kawan sekolah menengah Dania (sama Asasi juga dengan Dania kat sini) bawak golf set kat padang golf Uniputra....Wahhhh...dia dikenali sebab masa minggu perkasa siswa, jadi pengiring VIP.






XOXO,
Ezna

8 comments:

  1. Replies
    1. Oh ye ke?. Tak pernah lagi minum kopi kat richiamo.

      Delete
  2. Teringat dulu ada berkawan dgn budak UPM. Dia selalu cerita pasal UPM, tapi kita tak pernah masuk UPM, So terbayang2 aje la rupa UPM macam mana.. hehehe.. Cafenya nampak hispter. Kawasan U, nampak damai aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kawan dengan student UPM ya?. Sebenarnya saya pun bukan student UPM. Ayah + anak je rezeki kat sini. Ya setuju kat sini mendamaikan sebab memang banyak pokok2. Ada rezeki datang sini boleh tengok pokok besar simbolik kat ladang UPM.

      Delete
  3. dlm uia ada richiamo coffee -- i lom singgah lg pun, tp ari tu my student belanja minum iced choc (tapau) sbb i tak minum coffee

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun tak minum coffee sangat suzz. Nescafe I minum. I tengok senarai outlet, kat UIA Gambang ada He & She ni. Oh kat Gombak Richiamo ye?....

      Delete