Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, August 4

Bila kena berkhemah online | The 18th Girl Scout International E-camp Korea

Bila Dania bagitau yang dia akan join e-camp Korea ni, saya tak membantah pun malahan menggalakkan ajer. Selalunya memang saya tak kisah pun nak join apa-apa janji tak membelakangkan pelajaran. Nak nak bila ada peperiksaan besar tahun depan. Patutnya tahun ni tapi ditangguhkan ke tahun depan. 

Zaman kita dulu masa masuk pasukan beruniform, kalau join aktiviti perkhemahan tu diadakan di alam realiti kan?. Kali ni disebabkan pandemik telah melumpuhkan seluruh dunia, pihak penganjur mengadakan di alam maya. Nama event ni The 18th Girl Scout International E-camp Korea anjuran Girl Scout dari Korea Selatan. Ia disertai oleh badan beruniform Tunas Puteri / Pandu Puteri satu dunia bermula 1 Ogos 2021 - 20 Ogos 2021. Temanya 'Apart and Together'. 

Ini adalah website dia. Canggih jugak la ada burung terbang, keretapi bergerak, dan ada aktiviti di setiap tempat. Peserta kena log in nak menyertai aktiviti dalam ni. 


Ni diantara negara yang mengambil bahagian. 
 

Kalau perasankan, tengok khemah Malaysia kemain banyak bunga berbanding khemah negara peserta yang lain. Ada 4557 orang peserta dari negara Malaysia dan 620 pemimpin Pandu Puteri dari Malaysia yang turut serta. 👏. Ramai kan?, Padan la setiap aktiviti yang diadakan ni memang penyertaan dari negara Malaysia ni paling meriah. Terus rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Katanya Pandu Puteri Malaysia ni diantara yang aktif di arena antarabangsa. 💪💪💪. Daebak! Pandu Puteri Malaysia. 

Kat sini bunga pun tak banyak berbanding negara kita. Di bawah ini khemah maya setiap negara peserta. Peserta Korea ni mengikut daerah di Korea Selatan.

Salah satu aktiviti yang kena join ialah Girl Matter. Tulis pendapat kita secara ringkas tentang soalan yang ditanyakan. Ini hashtag yang pilihan dari soalan ini. Amboii dah pakai SKII tu....


Ni aktiviti kena upload apps ni kat phone. Phone saya la jadi mangsa. Phone Dania dah tak cukup memori. 😄. Dah masuk uni nanti baru la beli yang ok sikit. Ni phone yang bagi ada je la time emergency. 


Ada reward juga yang disediakan tapi Dania buat bagi ada je lah aktiviti ni. Aktiviti ni pasal recycle.  Idak la beriya sangat sebab busy kan tapi busy-busy pun sampai Platinum jugak level Dania. 


Setiap peserta kena mencantikkan page dia. Inilah page Dania. Dia letak gambar dengan cikgu Pandu Puteri sekolah dan kawan-kawan. Masa ni program kat sekolah lain. Dania dan kawan-kawan dapat No. 3 untuk persembahan ini.


Bila dah buat semua aktiviti atau mission dapat la badge online. Hari ni dah naik dah markah Dania tu.


Ni diantara mission yang dijalankan. Banyak lagi la sampai selesai e-camp ini. Ada nampak kena menari jugak. Hmmm siap la tu mungkin Dania suruh bear dia ajer yang menari. 😂. Tak koser. Janji upload ajer mission tu. Kira selesai la. Ada dua benda kena selesaikan. Mission Participation dan Activity Participation.  Hari ni Activity participation ni nak kena kait menggunakan jari untuk buat gelang tangan. Bukan kena kait macam kait biasa tu tapi nak kena buat gelang tangan. Jenuh juga la saya kena mencari benang kait. Mana ada kedai jahit bukak....nasib baik ada satu kedai jahit tu boleh pick up dari kedai. Gigih juga saya mencari benang kait ni....


Inilah hasil gelang dari benang kait. 


Ni jadualnya. Boleh katakan hari biasa kena tengok live kat website untuk aktiviti yang telah ditetapkan. Waktu Korea bermula jam 5 petang tapi kita kena tengok jam 4 petang sebab Korea awal sejam daripada Malaysia. Dalam 1/2 jam selesai la. Lepas tu boleh sambung mission atau activity. 


A Night of International Peace ada persembahan dari Malaysia. Persembahan khas dari rumah masing-masing tapi ni rakaman ni. 





Ada peluang macam ni grab ajer sebab susah juga nak dapatkan markah kokurikulum zaman pandemik ni. Moga dipermudahkan sehingga selesai e-camp ni. E-camp Dania ni mission dan aktiviti kena selesaikan sehingga 12.01 am sebab esoknya ada mission dan aktiviti yang baru. Pandai2 kena bahagi masa untuk semua. Pulak tu 16 Ogos - 26 Ogos 2021 ada exam sekolah online pertengahan tahun. Clash dengan e-camp ni tapi boleh ajer bahagikan masa. 

Terima kasih guru Pandu Puteri sekolah Dania yang aktif menghantar wakil Pandu Puteri sekolah Dania untuk menyertai aktiviti Pandu Puteri di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan dan antarabangsa. 


***gambar semua kredit kepada The 18th Girl Scout International E-camp Korea


XOXO,
Ezna




30 comments:

  1. Wahhh bestnya perkhemahan online, maklum nak keluar mmg tidak lah kan so online je lah, tapi menarik sgt ni..mcm2 boleh buat walaupun online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Online pun menarik juga la sis program dia 20 hari ni. Jenuh nak tunggu habis ni. 20 hari tu.... Hahaha...

      Delete
  2. segala benda pun virtual kan sbb pandemic...zharfan pun ari tu join online camping jugak, yg national (nadwah) sek2 menengah agama seluruh msia..ada part qiyam, dia tak bangun pun alahai..sedar2 subuh kalut2 tgk dh ngaji quran sambil berzoom/gmeet :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Suzz. Tak boleh dah nak camping macam biasa. Ada persembahan dari Girl Guide Taiwan, sedih pulak ayat dia kata bila nak dapat jumpa kawan2 dia. Dia nak tahu pasal kawan2 dia...harap kawan2 dia pun nak tahu jugak pasal dia....alehaiii sedihnya....

      Ye lah Suzz, kalau dengan kawan2 semangat sikit nak qiyam pun.

      Delete
  3. Yes. Begini la rupa new norm untuk semua now. Even ada pelajar UKM yang tak pernah jejak kaki ke dalam UKM lagi nie. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Rawlins sambung belajar lagi ye?. Tahniah!!!

      Delete
  4. Comelll je smua participate ❤️
    Last time I joined splendour concert tu, quite nice jugak, concert pun online je skrg 😁
    Tapi tu la, lama gilaaa tak pergi concert betul2 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun online sekarang ni. Nasib baik juga ada aktiviti macam ni boleh juga terisi masa kita kan?.

      Delete
  5. Menarik betul khemah online. Walaupon pengalaman berbeza tapi still sporting semua ya.

    ReplyDelete
  6. Even online, new norm ni banyak juga positif side sebab anak-anak masih boleh menonjol even berada dirumah. Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye setuju!. Sekurang-kurangnya boleh juga tengok ahli2 Pandu Puteri / Tunas Puteri satu dunia dengan culture yang berbeza.

      Delete
  7. Semuanya online since pandemic ni. Tapi meriah juga perkemahan secara online ni. Banyak aktiviti. Jadual pon padat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye jadual setiap hari ada aktiviti tapi 1 hari tu depan computer tak lama. Janji siapkan misi yang ditetapkan. Lepas tu upload dalam page kita. Ini untuk dapatkan markah dan akhirnya sijil penyertaan.

      Delete
  8. Wahhh camping pun boleh secara online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh....sekarang ni semuanya online tapi agak baru la bagi kita kan....walaubagaimanapun aktiviti sesama rakan berkhemah lagi best berbanding di alam maya. Apa pun patut bersyukur. Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti kat rumah.

      Delete
  9. wow so much fun at The 18th Girl Scout International E-camp Korea. I first time know about virtual camping so many activities to join and have fun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fun untuk remaja la. At least lari topik dari asyik belajar sahaja. Hehe

      Delete
  10. Akak, Dania sekolah kat mana? Seronoknya ada aktiviti camni. Tak semua sekolah buat. Nanti nak interview akak lah pasal sekolah. I pening dengan online registration dan pemilihan sekolah. Wuwuuw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah kat SMK Jalan Empat kat Bandar Baru Bangi ni.

      Delete
  11. menarik pula berkhemah secara online.. first time i dengar hehehe.. unik bila semua bangsa menunjukkan pakaian tradisi masing-masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul Ayu. At least ada gak aktiviti Pandu Puteri ni sekarang.

      Delete
  12. Wah... Serius seyhh! Camping pun online. Menarik nya aktiviti. Bagus terisi masa dengan something interesting. Sure fun kannn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camping betul lagi best. Tapinya camping online je le sekarang ni. Kalau camping Korea ni dia buat 2 tahun sekali ada berkayak la dan macam2 aktiviti.

      Delete
  13. Bestnya camping walaupun online... teringat zaman sekolah dulu, selalu join camporee... memang bestlah, lebih-lebih lagi untuk yang suka aktiviti luar... memang ini merupakan antara pendedahan yang bagus untuk anak-anak dalam mengharungi kehidupan di masa akan datang... syabas untuk anak kak Ezna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Zaman dulu best je dapat pengalaman camping yang sebenar. Sekarang ni online pun boleh la...

      Delete
  14. ok first time khai baca and tau pasal ni. ingatkn dorang punya aktiviti terbatas. fuhh rupanya berjalan secra virtual. kalau dkat sekolah tu dorang buat camne je akak koku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat sekolah ada la khemah kena dirikan, masak guna kayu api etc....

      Delete
  15. Wow this is so unique, first time i get to know about the online camping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This online thingy dah kebiasaan kan? I pun tak pernah experience online camping.

      Delete