Jumaat, Ogos 27

Bagaimana nak memindahkan wang dari Paypal ke akaun kita

Ini saya belajar sendiri ni bagaimana nak memindahkan duit dari akaun paypal ke akaun kita (Maybank ke etc...) melalui pengalaman sendiri. Jenuh godek2 ok 😁. Kalau idak saya pun tak reti nak buat macamana. 

1. Caranya log in akaun Paypal kita. Kadang ada yang masukkan duit melalui Paypal kan macam pembayaran survey Triaba, saya masukkan ke dalam akaun Paypal saya. Link kan akaun bank kita kat Paypal. 


2. Ketik transfer fund ke akaun bank. 


3. Pilih akaun bank yang kita nak masukkan duit Paypal. 


4. Pilih amaun yang kita nak pindahkan ke bank kita. Ada minima amaun yang boleh transfer ye. Kalau amaun yang kita nak pindahkan di bawah minima, akan keluar di situ kita tak boleh pindahkan amaun tu ke bank kita. Bila terjadi tu, kena stop la kat Step 4. Ni saya transfer semua amaun AUD (Australian Dollar) dalam Paypal saya. 


5. Jadi bila kita ketik lagi akan disiarkan bayaran yang terlibat. Akan terpapar kat situ. Kemudian kita ketik transfer. 


6. Kalau dah ke page yang ni maknanya kita dah berjaya pindahkan duit ke akaun kita. Tunggulah 2-3 hari duit masuk akaun.


 Haaa macam tu lah kalau nak pindahkan duit dari Paypal ke akaun bank kita...dengan adanya step by step ni harap boleh la membantu. 


XOXO,
Ezna


17 ulasan:

  1. kdg2 guna jugak paypal sbb terpaksa tp agak serik sbb i pernah kena hack paypal ni masa kat UK...and ari tu, kena hack credit card maybank via airbnb, i suspect sbb paypal jugak sbb i save/link dgn credit card maybank tu...so ari tu dh remove link tu...memang i was2 lah dgn paypal lps tu hahhahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahayanya Suzz. I rasa maybe u terclick mana2 ni. I pun baru2 ni ada terima email dari entah sape2 dia claim dia Paypal. Dia kata akaun i akan suspended kalau i tak verify akaun ni. Kalau tengok email dia depan tu Paypal tapi email address tak menggambarkan Paypal.... apple.com Dah kenapa??? Nasib baik tengok betul2....

      Padam
  2. I used to do paypal. Tapi realize I don't really use them, cause also do transactions within Malaysia. So those maybank app atau touch n go je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begini caranya ye untuk guna paypal…tq for sharing …

      Padam
  3. Dulu masa masyuk dapat review luar, ada la guna PayPal. Pun guna step yang sama. InsyaAllah, ilmu nie akan membantu ramai.

    BalasPadam
  4. tq for sharing.. akn dtg kalo memerlukan blh rujuk entry ni.. =)

    BalasPadam
  5. dah lama tak tengok akaun paypall, tunggu banyak baru transfer, bagus ada paypall ni sebenarnya. thanks sharing

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang bermanfaat...iena pernah sekali je transfer duit paypal ke account bank local..Biasanya iena guna balik duit dlm paypall untuk shopping hehe

    BalasPadam
  7. Senang sebenarnya nak transfer pakai paypal kan. Ada member yg suka tunggu rm naik baru transfer. Lagi untung kan.

    BalasPadam
  8. saya pun selalu kalau job² dari oversea, pakai paypal je. mudah je nak transfer² duit ni. :)

    BalasPadam
  9. i xde akaun PayPal.. kalau ada job yg dia byr ikut PayPal i pinjam akaun cik lily atau kid hehe

    BalasPadam
  10. Saya pun mula guna PayPal baru-baru ni. Agak senang juga nak transfer ke akaun kita. Satu lagi tip, kalau kita transfer RM400 ke atas, takde transaction fee. Cuma tak tahulah yg tu untuk first time transaction ke macam mana. Apa-apa pun info ini berguna untuk pengguna baru.

    BalasPadam
  11. Dulu paypal ni seronok guna sebab banyak payment melalui paypal. Convert ke bank di Malaysia banyak juga cukai kena sedut. Sudahnya saya buat paypal tu tabung USD kak. Dr situ saya beli premium template blog, shopping kat Amazon dan etsy. Hehehe. Pernah juga masa muda beli mekap dr Sephora. Masa mereka belum masuk pasaran Malaysia. Hahaha. Kenangan.

    BalasPadam
  12. Ni buat melalui web or apps kat mobile phone ye? I kena transfer mine juga tapi until now tak jumpa jalannya... my only option available is transfer to my credit card.. hurm... excited bila terbaca artikel ni yang transfer to Maybank..

    BalasPadam
  13. oh cmtu rupanya. x prnh nk transfer duit kt paypal, nmpk simple dan secure. boleh lah try lain kali utk memudahkan oversea transfer. thanks for sharing the steps! :)

    BalasPadam
  14. Mmemang dah lama ada akaun PayPal dan buat direct transfer ke akaun kita dalam Malaysia. Cuma sekarang ni kena berhati-hati guna seba tak silap macam ada kes tahan duit dan ambik duit pelanggan apa tah dekat PayPal. Tapi akaun PayPal ememang memudahkan . Lagi satu boleh guna kad BigPay juga kalau nak buat beli apa2 barang dekat oversea.

    BalasPadam
  15. Am i the only one here who's not using Paypal kah? haha..

    Punya akun tapi tak pernah pakai. Tapi baca pengalaman akak neh, saya ntar coba deh.

    Nice to visit your blog kak. Salam kenal dari Indonesia, Chaycya.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...