Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, July 26

What you give you get back

Wallflower plug dari Bath & Body Works all the way dari Arab Saudi sebab saya ada menang kat facebook jualan barangan dari Arab. Orang Malaysia yang tinggal di Arab Saudi yang buat business jualan barangan terus dari sana di Arabian Souq Yanbu-Malazi (facebook). Saya dapat wallflower plug ni yang bentuk macam matahari ni dan wallflower refills (refills yang saya menang tu saya dah guna). Wallflower plug ni saya tak pernah pakai pun. Ok memang ada la dalam simpanan saya sehinggalah awal tahun ni saya tarik diri dari PIBG. Dalam ramai2 ni Puan ni yang paling awal telefon saya nak tanya kenapa....kemudian bersungguh nak jumpa saya. Suami pun cakap kalau yang telefon yang first tu la yang betul2 terasa kita dah tak jadi PIBG. Betul tak?. Yang paling concern pasal kita. 

Nak dijadikan cerita kami pun berjumpa di Bandar Baru Bangi ni di sebuah restoran. Saya menghadiahkan beliau wallflower refills A Thousand Wishes (sentiasa ada dalam stok saya refills dari BBW ni sebab kalau habis, gantikan ajer. Jadi tak terputus la bekalan) dan wallflower plug yang saya menang ni. Saya ajarkan beliau bagaimana nak menggunakannya. 


Baru-baru ni, beliau call saya nak order pulak wallflower refills ni. Cuak juga saya sebab beliau minta tolong kat saya belikan pewangi yang saya hadiahkan dulu. Kadang2 takde stok kat online BBW ni kalau nak spesifik yang 'A thousand wishes' ni. Beliau minta belikan 4 refills dan bauan tu beliau beri freedom untuk saya pilih. Beliau percaya pilihan saya tepat. Alehaiii lagi suspens tak?. Dup dap dup dap je.

Jadi, inilah pilihan saya tapi wangian yang saya suka la :


Credit : Bath and Body Works

Kebetulan ada promosi beli 3 percuma 2 (beliau kan nak 4 bulb refills) jadinya beliau hanya bayar RM126 + kos pos RM10 =  RM136. Refills ni berharga RM42/bulb. Saya uruskan semua jadinya beliau cuma tunggu barang je lah. The thing is paling cuak sebab BBW ambil masa 21 hari nak hantar barang zaman PKP ni. Udah berpeluh gak saya. Akhirnya semuanya selesai bila beliau menerima barangan BBW ni dengan selamat. Email saya letak email saya supaya saya boleh track delivery ni. Hahaha...adoii kalau adik beradik tak kisah la sangat ni sebab bukan adik beradik. Orang yang berharap untuk mendapatkan barangan dari kita. Phewww...

Mungkin juga disebabkan saya tolong belikan saya dihadiahkan dengan wallflower bulb ni all the way dari US. Masih menunggu wallflower refills saya ni. Dah lepas kastam malaysia dah pada 17 Julai 2021. 

Ada sekali tu saya ada buat post pasal Nuck Fruits kan?. Saya ada hadiahkan rambutan kat kawan saya yang tak berapa sihat....ini gambar yang kawan saya whatsapp. Rambutan budak sekolah yang kawan saya dapat. 


Esoknya, saya dapat whatsapp dari jiran saya kata dia sangkut plastik rambutan kat pagar. Saya dapat  rambutan kuning dan merah. Rasa macam magic pun ada sebab semalam saya happykan kawan saya. Hari ni ada jiran pulak bagi rambutan kat saya. 


Rambutan ada dua warna ni. Merah dan kuning. Alhamdulilah. 


Ni pulak rambutan budak sekolah dari pokok sendiri. Masih ada lagi kat pokok. Tak banyak la tapi boleh la nak makan 3 orang ni. Sedap....buahnya lekang dan manis. 


Rambutan ni pulak ada jemaah surau bagi. Hubby kata dia ambik segenggam je tapi kalau tengok ni macam bukan segenggam je...😅. Jemaah surau suruh ambik lagi tapi hubby tak bawa plastik. 


Baru-baru ni ada kawan Dania satu family kena Covid-19. Saya tanya kawan baik Dania tu nak makan apa?. Mana tahu saya boleh hantar. Kawan Dania kata makan pizza pun rasa masin. Deria rasa dah tak ada katanya. Hidung pun rasa sakit. Jadi, saya order online kat AzZain untuk hantar beberapa barang kat rumah keluarga kawan Dania ni. Diantaranya kawan Dania ada sebut boleh la masak ketupat yang aunty bagi. Kebetulan nak dekat raya haji pulak. 

Esoknya, saya tengok pinggan saya bukan hanya ada ketupat nasi tetapi sate, timun dan bawang. Hubby saya beli. Macam magic saya rasa allah cukupkan keperluan saya. Tak specific suruh pun hubby saya beli. Tau2 dah tersedia ajer. 


Moral of the story kat sini berilah walaupun sedikit. Insya allah kita tak akan miskin dengan memberi. Apa-apa pun yang kita boleh beri walaupun sebiji buah kurma. Kalau tak boleh beri barangan...senyuman pun boleh sebab senyuman juga satu sedekah. 😊. Saya beri pun bukan beri banyak pun. Ada orang beri lagi banyak. Nak nak zaman pandemik ni kan dengan orang tak boleh keluarnya....kalau ada yang memberi kita rasa bahagia kan?. Kadang rezeki bukan barangan ajer...mungkin juga datang dari segi kesihatan yang baik....etc....



XOXO,

Ezna

22 comments:

  1. rambutan tu bila dh kupas..letak dlm fridge,,heaven btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sangat betul....hehehe....suka betul makan rambutan sejuk2.

      Delete
  2. Betul tu. Baru-baru nie Rawlins ada bantu seorang kakak tu, tak banyak pun. Tetiba esok tu ada insan yang bayar hutang yang kita tak ingat pun. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Ezna.. jangan berkira dalam apa je kita buat.. insyaAllah nanti akan ada je rezeki yang Allah nak beri kannn.. kat rumah ni ada sebekas rambutan yang dh kupas tu hehehe..

    ReplyDelete
  4. Rezeki dapat jiran yang baik. I suka juga bbw.. wangi dia mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah I suka BBW ni. Rezeki dapat tebus kat Amazon tu.

      Delete
  5. yer.. power of sedeqah .. mcm tu la kan. tak tau mana pulak datang lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye....moga kita semua memberi dan terus memberi.

      Delete
  6. Yeah betul what you give is what you get, so be kind and its better to be the one giving kan. semoga murah rezeki.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, berbuat baik pada orang. Btw, dkt rumah saya pun ada banyak rambutan. Dari pokok sendiri, tahun ni banyak berbuah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambutan pokok sis tak banyak sangat.....tapi ok lah untuk 3 orang makan.

      Delete
  8. Sentiasa , setiap apa yang kita beri pasti kita akan dapat kembali. Buat baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Jadi lebih baik kita pilih untuk buat baik supaya dapat balasan baik juga , tak didunia diakhirat itu pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Saidila. Buat baik insya allah baik juga datangnya.

      Delete
  9. Suka dengan produk BBW.Semua wangiii hee. emsedapnya tengok rambutan tu kalau letak peti ais memang ekstra sedap hee

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah ada jiran baik camni. Saya pun bersyukur ada jiran yang ambil tahu. Kadang tanya okay ke? Kadang kami bertanya khabar. Jumpa juga orang time PKPB ni. Hehehe.

    ReplyDelete