Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, July 9

Kokurikulum sekolah online zaman pandemik

Pada 9 Julai baru ni, sekolah Dania ada mengadakan aktiviti kokurikulum online untuk pelajar sekolah Dania. Kita ambil maklum yang aktiviti kokurikulum pun terbatas kan sekarang ni. Masih PDPR kat rumah. Sekolah pun tak buka lagi. Bila la sekolah nak buka?. 😰.

Ni aktiviti pelajar Islam, pelajar bukan Islam Dr Thomas yang handle pada waktu siang. Waktu malam ni pula diisi dengan Takirah oleh Dai'e Hifdzi Zaim iaitu Program Al Mulk di Hati. Dai'e Hifdzi Zaim ni anak kepada ustazah yang mengajar Dania Pendidikan Islam masa Form 4 dan Form 5 ni. Hifdzi Zaim juga bekas pelajar sekolah Dania. Kira senior Dania la ni. 

Bila chat box buka alehai bebudak ni chat pulak kat situ. 😂. Ibu dan ayah boleh juga join dan nanti link akan diberikan untuk mendaftar kehadiran. Cikgu kata kehadiran aktiviti kokurikulum pada tahun ini hanya akan dikira sebanyak 5 kali sahaja. Jadi, penyelaras kokurikulum kena merangka aktiviti online untuk penglibatan para pelajar. Sekolah anak you alls buat aktiviti apa?. Dania saya tengok ada aktiviti perjumpaan online dengan Persatuan Pandu Puteri Ranjer jugak. Ketua dan Penolong Pandu Puteri keduanya kelas Dania. Hehe. Kelab Sejarah pun ada buat jugak tapi Kelab sukan petanque, ada sekali la kot perjumpaan. Nak main dah tak boleh. Pengawas aktif la juga beberapa kali nampaknya mengadakan perjumpaan online. 

Ok berbalik pada aktiviti takirah Surah Al Mulk oleh Dai'e Hifdzi Zaim ni, tak lama pun masanya. Kurang dari sejam la kot. Bacaan Surah Al Mulk oleh saudara Jalil ni alehai sedapnya. Anak siapalah la ni ye?. Handsome pulak tu. Kemudian Dai'e Hifdzi Zaim akan menerangkan ayat tersebut. 

Ni saya la ni, sesambil snap gambar Dai'e Hifdzi Zaim (gambar besar) dan saudara Jalil (atas kanan). Cikgu Yazid yang gambar kecik bawah tu jadi moderator. 


Amboii syok dia landing kat bahu ummi ye?. Selesai je program ni, sibuk kata nak join online tuition yang tengah on. Komited sungguh!. Sebelum tu isi la form kehadiran. Nak dapatkan markah kokurikulum. Ingat....5 je kehadiran dikira tahun ni jadi kalau dapat 5 kira markah penuh dah tu. Tak macam kalau bukan zaman pandemik kena menghadiri banyak juga perjumpaan tu. Ye lah time tu sekolah buka kan...

Moga boleh la Dania bersemuka dengan cikgu-cikgu dengan kawan-kawan nanti. Dah la tahun terakhir kat bangku sekolah menengah....nak juga ada majlis graduasi, ada jamuan perpisahan......😥



XOXO,

Ezna

2 comments:

  1. kesian anak2 zmn covid ni...schooling experience yg sgt2 berbeza dari zmn2 sblm covid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kesian Suzz. Ada sekali tiba2 Dania baring i tanya kenapa?. Dia kata pening. Terus i urut2 bahu, tengkuk dan kepala...habis urut terus dia bersemangat nak sambung online class balik. Kesian sangat....tapi i buat la part i bagi semangat...

      Delete