Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 1

Coursera | Dunia di hujung jari

Hi, lama tak bersiaran. Rasa lemau je PKP yang lama ni. Angka dijangkiti Covid turun naik ajer. Ok anyway, jangan lemau lama-lama, buat something yang berfaedah untuk keluarga. Macam saya, banyak memasak untuk keluarga. Alhamdulilah. 

Dalam pada Dania dengan PDPR online ni, nampak kadang2 stress juga kan dengan PDPR, tuition online, homework yang cikgu bagi banyak sangat, mana nak ulangkaji untuk SPM lagi. Tahulah kan time duduk kat rumah ni tak sama dengan mengadap cikgu sekolah. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Dania. Ok tak complain tapi untuk bagi tenang-tenang ajer, saya google kat internet nak cari something yang Dania boleh lari sikit dari rutin setiap hari belajar kan....

Taraaa....terjumpa website Coursera ni. Klik je kat Coursera ni. Nanti pergilah ke website tu. Haa apa yang ada kat sini?. Course yang sangat banyak kita boleh pilih. Since Dania enjoy 'bahasa korea', ok fine saya type je la korean kat atas tu, keluarlah course korea ni. Ada dari Yonsei University....psst University anak angkat Angelina Jolie yang bernama Maddox tu. Ada juga dari Sungkyunkwan University, one of the top university juga kat Korea. Jadinya saya pilih kursus A bridge to the world : Korean Language for Beginner 1. 

Credit : Coursera

Kalau, tak kenal tulisan Hangul lagi....jangan risau ada je kursus The Korean Alphabet : An Introduction to Hangul ni. Dania dah belajar tulisan Hangul sebelum ni jadi tu yang pilih kursus Beginner. 

Credit : Coursera

Haa ini adalah course Dania yang saya enrol tu. FREE ajer tau. Ada kursus sampai Week 6 kat sini tapi boleh ajer habiskan secepat mungkin. Macam Dania, dia akan tengok Coursera ni bila dia dah agak free, semua tugas dah selesai. Nampaknya Week 1 dah selesai semalam. Ada latihan juga at the end of the class which Dania kata dapat 100%. Memang Dania minat tu yang saya menggalakkan lagi. Belajar ilmu baru ni tak rugi. Bahasa Korea ni diajar oleh lecturer dari Sungkyunkwan University menggunakan Bahasa Inggeris jadi ok lah kan. Dania kata orang korea panggil negara India tu 'Indo'. Satu ilmu baru untuk saya jugak hehe. Jangan kita ingat Indo tu 'Indonesia' pulak. Salah tu. 

Credit : Coursera

Setiap kali dah selesai akan ditunjukkan kat sini. Nampaknya banyak lagi week nak kena habiskan tu. 

Credit : Coursera

Eh kat Coursera ni ada kursus bahasa korea je ke?. Eh tak lah banyak sangat kursus yang lain juga seperti anatomy, communication, forensic bla bla bla. Kursus pula ada yang dari Universiti terkemuka dunia. Dunia ye....type je kursus apa yang kita nak sebab kursus pun percuma. Nak nak zaman ni, Kita boleh tambah ilmu untuk diri sendiri.....

Ok, berbalik kepada kursus yang Dania ambik ni, akhir sekali ada kuiz untuk menentukan tahap kefahaman Dania untuk kursus Beginner ni. 

All the best sayang!. 

Credit : Coursera

Saya pun dah beli online Topik 1 dan Topik 11 kat shopee untuk Dania. Apa maksud Topik? Topik ialah Test in Proficiency in Korea. Peperiksaan ni boleh diambil di UKM. Tak silap saya peperiksaan Topik ni kalau kat Malaysia hanya dijalankan di Pusat Pengajian Bahasa dan Lingustik, FSSK di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Peperiksaan ni diadakan pada bulan April dan Oktober sahaja setiap tahun. 

Insya allah ada rezeki, boleh Dania ambik exam Topik ni. Dekat ajer dengan rumah...hehe....Oh ya....harga exam tu 35000 KRW untuk Topik 1 dan 40000 KRW untuk Topik 2. Kita bayar dalam duit Malaysia la. Peperiksaan ini diselia oleh NIIED (National Institute of International Education,Korea). 
 
Topik 1  - Listening, Reading.
Topik 2 - Listening, Reading, Writing. Mencabarnya pada Topik 2 ni nak kena tulis esei di mana nak capai tahap 3 dan 4 tu kena tulis 200 - 300 perkataan. Tahap 5 dan 6 pula kena tulis 600 - 700 perkataan. Kalau nak belajar kat Korea kena at least mencapai tahap 3 ke atas. 

Nak beli buku kat Malaysia ni, kedai pulak tutup. Nak tak nak beli kat shopee ajer lah. Insya allah dalam 10 Julai dijangka tiba. Bukan dari Malaysia tapi terbang dari Korea. Buku ni saya pilih sebab ianya English Edition. Kalau beli tanpa English Edition nanti nak belajar macam ayam dan itik pulak. Tak tahu belajar apa 😅.

Dah chat juga dengan seller kat shopee ni. Nasib baik dia faham bahasa inggeris sebab orang korea ni tak semuanya boleh berbahasa inggeris ye...

Credit : Shopee Malaysia

Jom la Coursera!...belajar di hujung jari....


***Latest update kawasan saya kena PKPD selama 2 minggu 😭. Bermula 3 Julai 2021....hmmmm...PKP PKPB PKPP PKPD......entah la 😣



XOXO,
Ezna

23 comments:

  1. bagus ni...boleh la saya yang join... persediaan kot kot dapat menantu korea nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala....tak payah tunggu dapat menantu Korea....kita belajar untuk senang bila tengok K Drama tu ha...hehehe....

      Delete
  2. bestnya.. boleh belajar macam macam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye macam macam boleh, anatomi?, bahasa mandarin?, sejarah?, forensik?.....

      Delete
  3. Free? Ok. Nak check it out la. Haha.
    Bukan apa, sementelah kita WFH je nie, baik la tambah skill kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la tambah skill Rawlins....PKP P ke B ke D ke entah PK apa lagi ni entah sampai bila....

      Delete
  4. Saya tengah fikir nak belajar bahasa baru juga ni kak. Macam menarik je kelas akak ni. Bahasa Hangul Korean tak mahir lagi. Asyik baca subtitles. Hahaha. Nak juga mahir bertutur. Bleh nyanyi lagu BTS selamba. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....ye lah Ruby...apa apa yang Ruby nak belajar pun boleh. Type la situ...untung2 apa yang Ruby nak belajar ada. Hehehe....Kalau nak belajar bahasa korea ni tulisan dia kena mahir dulu sebab senang le nak jadikan satu ayat.

      Delete
  5. woow...thanks for sharing this free resources, am gonna check out more for my own development. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Percuma? Menarik ni. Bolehlah belajar macam2 perkara sementara menunggu Covid 19 reda di Malaysia ni. :)

    ReplyDelete
  7. best jugak ni. boleh belajar sesuatu yang baru. pkpd ni pun macam lama je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe.....hmmmm entah le bila nak bebas macam biasa...

      Delete
  8. Bagus website coursera ni kak untuk mereka yang plan nak upgrade skill yang ada. Lagi2 masa PKP/PKPD ni. Terisi lah juga masa tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana....bole upgrade skill kita juga. Kursus pun percuma.....

      Delete
  9. Wow thanks for sharing this website, now i know where to look for when i want to learn korean language.

    ReplyDelete
  10. Pernah dgr juga ttg Coursera ni. Sekarang senang, ilmu ada di mana2, percuma pulak tu. Cuma rajin atau tak je.

    ReplyDelete
  11. Ala bestnyaa, lepas ni tengok kdrama tak payah buka subtitle dah la ye. Seronok belajar bahasa baru.

    ReplyDelete
  12. first time dengar! bagus ni kalau nak belajar or faham foreign language! tq for sharing kejap lagi nak survey pasal ni hahaha teruja

    ReplyDelete
  13. Menarik ni Ezz.. tengah x bz boleh ricky lagi tyg website ni.. manfaatkan.masa sebaiknya

    ReplyDelete
  14. Waa sama anak Sis laa.. baru habis kelas mandarin, now tengah kelas korean pulakk..
    Tkae care Ezna..

    ReplyDelete
  15. Menariknya. Ika nak cuba explore jugak la nanti :) terimakasih atas perkongsian

    ReplyDelete