Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, May 2

Buyer Beware

Credit : Google

Saya ingat movie ni movie Hong Kong tapi sebenarnya banyak adegan dibuat di Malaysia dan pelakonnya juga ada pelakon cina dari Malaysia. Ok Buyer Beware ni diterajui oleh pelakon handsome Carlos Chan sebagai Charlie. Charlie menghadapi masalah membayar bil hospital kerana ayahnya terlantar koma dan kebetulan pada masa yang sama putus cinta pula dengan teman wanita yang materialistik bernama Shermaine. Bagai jatuh ditimpa tangga pula. 

Charlie diterima bekerja sebagai agen hartanah untuk sebuah syarikat yang terkemuka. Charlie sebenarnya ditugaskan untuk menjual hartanah yang berhantu. Ada sebuah apartment yang dijual oleh Charlie kepada pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil. Rumah itu pada mulanya nampak macam normal tetapi pada suatu hari, sedang ibu memasak dan ayahnya mandi. Tiba-tiba air pancuran di bilik mandi menjadi panas. Ibu pula ternampak anak perempuannya yang memanjat palang di balkoni. Rupanya anak perempuannya ternampak bayangan anak patungnya di kawasan balkoni sedangkan sebenarnya anak patung itu di luar balkoni. Ibu dan ayah yang bergegas keluar untuk menyelamatkan anak perempuan mereka gagal kerana pintu cermin di balkoni terkunci dan tidak boleh dibuka menyebabkan mereka gagal menyelamatkan anak perempuan mereka. Akhirnya anak perempuan mereka terbunuh. 

Credit : Google

Charlie juga turut menjual rumah flat yang berhantu kepada kawan baiknya bernama Earnest. Bila Earnest memberitahu rumahnya berhantu lalu Charlie mencari informasi di dalam internet dan menemukan rupanya rumah tersebut pernah terbakar dan ada mangsa yang mati kebakaran di dalam kejadian tersebut. Ada juga kelibat entiti yang terbakar ditunjukkan di dalam rumah tersebut. 

Ingat tak awal tu ada saya cerita fasal teman wanita Charlie bernama Shermaine kan?. Shermaine ni dah berkahwin dengan hartawan dan Charlie ada menjual sebuah rumah banglo kepada Shermaine dan suaminya. Walaupun banglo tersebut cantik tetapi masih simpan misteri. Terdapat kelibat entiti di dalam rumah tersebut. Shermaine juga turut dirasuk dalam rumah ini. 

Siapakah pemilik syarikat tempat Charlie bekerja?. Haa kalau nak tahu kena la tonton ya. 

Jalan Cerita : 3.5 / 5.0 Setelah tengok bagaimana setiap rumah yang dijual mempunyai entiti tersendiri. Takut dan terkejut la jugak. Ada adegan Charlie kena tumbuk, siapa yang menggunakan ilmu sihir, akhirnya ending laaa.....😃😃😃. Ok tak nak jadi spoiler movie. Kena la tonton. 

Pelakon : 3.5 / 5.0 Teraju utama filem Buyer Beware ni Carlos Chan ni pernah menang pelakon terbaik Huading Awards. 

Keseluruhan : 
Filem yang agak menarik untuk ditonton bagi peminat filem seram kerana ia merupakan filem yang ada unsur seram dan sihir. Jarang tengok sihir dalam filem cina kan?.  Haa dalam Buyer Beware ada. Banyak entiti dalam satu masa. Selalunya entiti tu mungkin sejenis je kan dalam filem yang lain. Disebabkan setiap rumah yang dijual ada kisah tersendiri jadi banyaklah entiti yang terlibat. 




15 comments:

  1. Kat Netflix ke? Nanti nak try ajak Suami nengok, tapi dari rating Ezna tu macam tak berapa menarik je cite ni...tak pe try tengok dulu nanti ..

    ReplyDelete
  2. menarik ni, ezna.
    aida & famili suka genre horror / thriller gini gini. best! takut ramai2 :) ha ha ha ha...
    now, anak2 tgh abiskan drama korea.
    abis tu nanti, boleh layan movie ni.

    ReplyDelete
  3. Baru rasa nak layan tapi bila tengok rating.... Salam Ramadan dan Stay Safe ye.

    ReplyDelete
  4. saya suka movie genre seram dan misteri camni. thanks sharing nanti bokeh tengok

    ReplyDelete
  5. Bagus review filem ini. Rasa tak sabar nak tahu kesudahan filem ini. Biar kisah nampak macam seram tapi ada messages yang nak disampaikan.

    ReplyDelete
  6. Uittt cam best je. Baca sinopsis ni terus sis suh anak cari kat Netflix, harap2 adalah. Sis suka cite2 seram cam gini

    ReplyDelete
  7. wah kena tengok ni. okay masuk list dulu. filem bergenre seram ni memang saya suka. hope filem ni kenalah dengan citarasa saya hehe.

    ReplyDelete
  8. Dah tengok dah citer ni ezna. Sisyat bukan jenis suka tengok cerita seram, tp bila dah tengok awal cerita tu mcm ada perasaan bak tahu what next..so hbs la juga tengkoknye..hehe

    ReplyDelete
  9. Baca sinopsis mcm best filem ni. Lama x tonton filem Cina.

    ReplyDelete
  10. Ala baca sinopsis cerita dah tahu memnag best movie ni tapi dak Mimi sejenis penakut yakmat. Memang cerita seram pangkah habis. Kalau baru tengok pun movie hanyu kak limah sebab lawak dan tak menakutkan.. Boleh PM tepi tak spoiler kovie ni?? Hahahaha

    ReplyDelete
  11. Cerita filmnya seru tetapi menyeramkan, Abby tak kuat nonton film tema horor. Tetapi jujur ceritanya sungguh bikin penasaran.

    ReplyDelete
  12. Ok nanti nak tengok. I x perasan cerita kat netflix tapi macam menarik.

    ReplyDelete
  13. Lama tak tengok cerita hantu versi filem cina. Kalau dulu hantu cina jenis yang lompat2 tu je kan. Zaman skang macam dah berubah je hantunya, nampak gaya kena tengok ni...

    ReplyDelete
  14. Ok boleh tgk nnt. Jarang nak suka cite genre thriller hantu cina ni sbb tak pernah best. Harap2 ni menepati citarasa movie fanatic cm za ni

    ReplyDelete