Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, February 24

Hanna & Luqman

Semalam berkesempatan saya adik beradik satu family attend majlis kahwin anak sepupu saya Tajul Azwa kat Istac. Ini pertama kali saya menghadiri majlis kahwin di Istac. Istac ni International Institute of Thought and Civilisation di bawah Universiti Islam Antarabangsa. Dari sini dah nampak bangunan yang cantik. 


Walimatulurus Hanna dan Luqman ni punyalah cantik lukisannya. Saya rasa sepupu saya yang melukisnya sebab sepupu saya ni memang suka melukis. Kiranya ayah kepada Hanna ni lah sepupu saya. 


Belum masuk dewan lagi dah terserempak dengan Meor. Meor ni anak sepupu saya yang lain. Selalu ada dalam kamera saya sebab Meor ni kawan kepada kawan2 Dania. Dulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan di Bandar Baru Bangi tapi sekarang ni SBP kat Putrajaya. Yang saya kata, ada kawan Dania kata muka Dania mirip Meor. 


Kedudukan meja kat sini agak unik kerana meja panjang ala ala kat rumah dan dihiasi center piece gubahan bunga di tengah. Macam ala ala gaya inggeris. Tudung merah kat sini Aishah sepupu saya dengan suaminya. Dengan budak kecik tu sepupu saya Sofiah punya suami. 


Kenal ke idok?. Baju melayu kuning tu Loque kumpulan Butterfinger zaman saya dulu. Siapa yang tahu kumpulan ni memang zaman saya 😝😝😝. Beliau merupakan abang ipar pengantin lelaki. Kalau nak tahu Loque ni penyanyi lagu Kekanda Adinda dengan Atilia. 


 Sebelum balik kenalah ambil gambar satu family dengan family maksu saya. 


Adik saya, saya dan ibu pengantin perempuan. 


Sepupu saya Kak Woih yang dah lama tak jumpa. Dr yang buka klinik kat Johor. 


Sepupu saya Abang Mai dengan cucu pertama dalam keluarga bernama Laiqa. Sepupu saya kata Laiqa pakai macam ni pun ada yang tanya lelaki ke perempuan? 😏😏😏. Sabo je lah kan?. Abang Mai lecturer kat UTM, KL. Memang terer bab design / gubahan. Abang Mai ni adik kepada sepupu saya Tajul Azwa. 


Ni makanan rare masa kenduri kahwin. Selain tu ada kambing golek, cendol dan kuay tiaw. Hidangan utamanya nasi bukhari lauk daging dan ayam. 


Cantik kan senibina dewan ni?. 


Inilah pengantinnya Hanna dan Luqman. Sweet dan handsome pasangan ini. Sepupu saya kata menantu dia jurusan Kejuruteraan Elektrik mesti pandai tukar mentol lampu....😅😅😅. Luqman ni dan kakaknya pengasas kosmetik So.Lek. Saya kata aunty akan support produk So.Lek. Luqman kata kalau nak beli pm tepi 😄😄😄. Yes saya pun memang pakai produk So.Lek pun. Produk halal jadi saya support la kan?. Actually tertunggu juga kehadiran Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusof dan Alisa tapi rupanya Hanna ni dah pindah kerja ke Fashion Valet pulak kata ibunya. Ada saya update blog kisah saya ke majlis tunang Hanna yang Hanis dan family datang. Boleh ke link http://www.eznakhalili.com/2019/07/seharian-bersama-selebriti.html

Dan.....pada malam harinya dijangka Hanis Zalikha dan family bersama Vivy akan attend majlis sebelah malam yang khas untuk kawan-kawan Hanna. Alaaa melepas nak jumpa selebriti. Sepupu saya yang lain yang tak sempat jumpa Hanis Zalikha masa majlis tunang dah frust dah. Anak-anak mereka teringin nak jumpa Hairul Azreen sebab penangan filem Paskal. Dania pun suka Hairul Azreen dalam filem Paskal. 

 

Ni kakak Hanna, namanya Fatina Aysha. Funny gambar candid, mama papa tak sempat bersedia dengan 2 anak. Ini biasa terjadi. Nak nak anak kecik. 


Ok...ni view dewan dari arah depan. Klasik ala mediteranian dan kolonial inggeris. Haa dah boleh masukkan dewan ni dalam list you alls yang nak kahwin?....


Sebelum keluar Istac bergambar dengan bekas guru SK TTDI. Teacher Awin. Pernah mengajar anak-anak Ayu Rafikah. Teacher Awin ni adik ipar sepupu saya kiranya aunty kepada pengantin Hanna. Photobomb kat belakang tu kakak pengantin Hanna nama Lina Azura. Hehe. Sempat lagi ye?. Saya pun tak perasan bila Lina ada kat belakang saya ni....


Selamat pengantin baru Hanna dan Luqman.  Pernikahan mereka sempena tarikh cantik 20 Februari 2020. Majlis kenduri kahwin pula diadakan pada 23 Februari 2020. 

Luqman....jaga anak saudara aunty baik-baik....💓💓💓. Moga ikatan perkahwinan ini diberkati......

Haaa ni selepas siap post ni. Tengok Instagram anak saudara dan Instagram Hanis. See ada Hanis dan Vivy lagi attend majlis waktu malam di tempat yang sama. 

Kredit : Hanis Zalikha 

Hanis Zalikha dan anak saudara saya Hanna. 

Kredit : Hanis Zalikha 

Hanis dan sepupu saya Kak Tura (ibu Hanna) 

Kredit : Hanis Zalikha

Hehehe sempat lagi buat tambahan post ni 😄😄😄

15 comments:

  1. Wowww serba serbi semua cantik dan meriah..suka nengok pelamin dan tempat majlisnya..tersusun kemas dan cantik..pengantin perempuannya pun lawa..tahniah buat mereka..

    ReplyDelete
  2. Wah!!!!!!! Hanna dan Lokman pasangan sama cantik sama padan. Suka kita tengok. Tahniah Hanna dan Lokman. Semoga bahagia dan berkekalan. Good post.

    ReplyDelete
  3. memang cantik dewan majlisnya...pengantin pulak sama cantik sama padan...tahniah buat Hanna dan Lokman..semoga bahagia sampai Syurga!

    ReplyDelete
  4. baru tahu di ISTAC pun boleh buat majlis wedding yer. Tahniah kepada pasangan pengantin baru semoga bahagia rumah tangga sampai syurga

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada pengantin baru, selamat pengantin baru dan semoga berkekalan dan berbahagia hendaknya... luas dan cantik juga tempat ni kan....memang sesuai untuk buat majlis perkahwinan. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  6. The bride and groom looks so perfect together. And the wedding looks very beautiful too.

    ReplyDelete
  7. Minggu ni memang banyak lak kemduri kahwin Sis pun ada anak buah perempuan yg kahwin. Selakat pengantin baru semua!

    ReplyDelete
  8. Memang meriah majlis kahwin Hanna dan Luqman. Dewan besar dan selesa. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.

    ReplyDelete
  9. cantik juga dewannya tu. yang butterfingers tu diorang still nyanyi lagi ke? teringat juga grup ni

    ReplyDelete
  10. Cantik sangat dekorasi dia..bangunan dia pun cntik..memng tema english ni..pengantin pun cntik..meriah sangat tengok..tahniah kepada pasangan pengantin

    ReplyDelete
  11. bestnya siap ada churros dekat wedding ni. Memang cantik sangat dewan dengan meja tetamu. Hanis Zalikha cantik sangat! Dress dia pun cantik. Semua lah cantikkkk!

    ReplyDelete
  12. Istac ni mmg cantik bangunannya. Suka dengan deko dia u ik...cikgu awin tu still maintain muda lagi kan

    ReplyDelete
  13. i pernah pegi ISTAC ni few times (sbb ada course)..bangunannya jenis antik gitu

    ReplyDelete
  14. cantiknyaaaa tempat ni, mmg sesuai nk buat event. and i love your bajuuu <3

    ReplyDelete
  15. Cantik dewan dia. Selamat Pengantin Baru buat pengantin. Cantik bagai pinang dibelah dua. Seronok ya dapat jumpa artis. Semoga berbahagia semuanya

    ReplyDelete