Khamis, Februari 6

Prosedur Wang Tak Dituntut

Macamana kita nak check Wang Tak Dituntut?. Ini mengikut pengalaman saya la ni. 

1. Click egumis.anm.gov.my. Kena click semakan dan isi details. Kena tunggu link kat email sebelum kita dapat buat semakan kat web. Kalau ada WTD (Wang tak dituntut) boleh ke step No. 2

2. Sediakan : 
a) Fotostat I/C 
b) Surat bank mengesahkan nombor akaun kita. Kena akaun yang aktif ye.  (Letterhead bank, tandatangan bank, cop bank). Saya dari Maybank. Surat ni pun mungkin kena ambil masa juga kat bank tapi Maybank ni pergi kaunter dia check terus dapat surat ni. Cakap la nak tuntut kat Wang Tak Dituntut (WTD). 


3. Bila check dan ada Wang Tak Dituntut, sila la ke cawangan Jabatan Akauntan Negara. Macam saya terus ke Jabatan Akauntan Negara kat Putrajaya. Dapatkan borang UMA-7 ni. 


Borangnya seperti di bawah.


4. Pegawai akan check samada kita perlu dapatkan letterhead seperti di bawah atau tidak kat bank / institusi yang berkenaan. Kalau tak ada boleh proceed ke step No. 3 kat atas dan terus hantar borang dan dokumen diperlukan. (Itulah kena siap2 prepare fotostat I/C dan surat bank pengesahan nombor akaun).


Macam saya kena dapatkan pengesahan 1 transaksi saya dari CIMB. Boleh dapatkan dari mana-mana cawangan CIMB yang terdekat (bank lain pun mungkin boleh dapatkan dari mana-mana cawangan terdekat). Kalau mengikut format di atas, inilah format dari pihak bank yang perlu dihantar ke Jabatan Akauntan Negara. Kena tunggu dalam 2 minggu juga dari pihak bank. 


5. Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi boleh la dihantar ke Jabatan Akauntan Negara atau cawangan yang terdekat. Wang akan dikredit terus ke dalam akaun dalam 1 bulan - 3 bulan dari tarikh hantar borang. 


Sekian la step2 Wang Tak Dituntut. Agak renyah la juga tapi kalau ikut step kat atas tu mempercepatkan proses jugak la. 

23 ulasan:

  1. Kita check takda satu sen yang tak dituntut, nampak sangat kita guna licin duit kita dalam bank. hahaha

    BalasPadam
  2. Dah check untuk seisi keluarga - adik seorang je yang ada Wang Tidak Dituntut. Dia pun dah mulakan proses tuntutan semula.

    BalasPadam
  3. Hehe saya punya ada rm16 je hahaha..so biar dulu tunggu je la dulu hahahah

    BalasPadam
  4. tak pernah check lagi. Nanti nak check mana tahu ada. Thanks share steps ni ye. Membantu sangat di masa akan datang.

    BalasPadam
  5. Mula2 pikir ade ke duit yg tak tuntut lagi?.. Malas nak check, tp bila rajin check.. Alhamdulillah.. Ade jugak buat shopping2.. Hehhehee

    BalasPadam
  6. nice sharing,memang ramai kot tak tuntut ni.. maybe sebab malas nak check bagai.. tp fikri2 balik duit tu.. boleh gak buat bayar itu ini

    BalasPadam
  7. Not reacheble pula memalam ni. Maybe waktu opis je ke boleh cek? Tak pernah tahu, ingat lebur terus je ke bank negara. Esok sis cuba cek lagi. Tq for info Kak.

    BalasPadam
  8. Dah check..adalah bawah rm10, klu banyak tue rajinlah nak pergi..ini duet minyak pun x lepas..hahaha

    BalasPadam
  9. saya tak buat semakan lagi. haritudah buat secara online. tp takda apa2. diorang suh p check kt office yang berkenaan.

    BalasPadam
  10. Dah check, tapi takda satu pun..hahaha..nampak rumit juga ye..tapi kalau dh ade wang tu, kene tuntut juga..ehee

    BalasPadam
  11. Ok kena pinned post sis ni.. Dr hari tu nk check kt egumis yp xlpas3.. Geram je kita

    BalasPadam
  12. thanks sharing info ni. saya tak sempat2 nak tengok ada tak wang tak dituntut tu.

    BalasPadam
  13. Leceh jugak ye step dia. Kalau wang tidak dituntut nya banyak, berbaloi la jugak. Husband emi punya wang tidak dituntut ada la beratus jugak check haritu, tapi renyahnya la hai nak menuntutnya pun.

    BalasPadam
  14. Dah buat tuntutan 14 may..so pihak wtd ckp 28 may dah proceed kat bank..so kena tunggu 2 minggu..baru check kat akaun...

    BalasPadam
  15. Nk dptkan srt pengesahan dr cimb tu mcm mne? Ade kene isi form ape2 ke sblm dpt srt pengesahan tu? Or direct kaunter ckp isu wtd trus dpt srt tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pergi kat CIMB dan bawa format surat dari Jabatan Akauntan Negara sebab kena ikut format Jab Akauntan Negara betul2 tau. Kalau tak, Jab Akauntan tak akan release duit kita. Kena suruh CIMB ikut betul2. In my case CIMB tak ikut. Dah satu hal kena pergi CIMB mintak surat yang lain. Geram juga. Sebabnya bukan dpt dan dan tu. Kena tunggu seminggu dua.....

      Padam
  16. Boleh buat tuntutan secara online tak? Tanpa perlu pergi ke kaunter

    BalasPadam
    Balasan
    1. Reason pergi kaunter tu sebab ada transaksi yang perlu surat dari organisasi yang tertentu. Macam saya, akaun CIMB perlu issue satu surat kepada Jabatan Akauntan Negara. Kalau online tu saya tak pasti lah.

      Padam
    2. rasanya boleh sebab dah ada statement kat bawah tu https://egumis.anm.gov.my/
      1. Serahan
      2. SEMAKAN
      Carian Rekod WTD secara atas talian yang diserahkan oleh pihak Syarikat/Firma.

      Log masuk untuk Carian Rekod dan ""Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian.""

      Padam
  17. Antara contoh wang terlupa nk tuntut mcm kes sya ni, accident moto masa otw pegi keje. So time tu bwh claim socso, klu cacat permanent aje boleh claim.. sya patah bahu.. Ler... xderla gi claim. Tau2 tahun ni cek, dia dh automatik luluskan claim... (12++ tahun punya cerita)... Aderla dkt 1k... Alhamdulillah... claim la.

    And for updated info, skrng dh boleh buat online kalau setakat kes kecik mcm kes sya ni, just need ic's pic dpn blkng n bank statement which u can download from ur online account. Other cases, well just register ur info n proceed with checking, n if u do have uncollected money in there, just proceed dgn tuntutan n from there u will know wat kind of ducuments needed.
    Jgn takut/malas/segan utk cek, ingat... kebanyakan kes adalah wang hasil rezeki & keringat kerja kita..
    @@isaz97@@

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bank statement tu still perlukan pengesahan/cop dari bank ke?

      Padam
  18. Macam Mayba

    Bank statement tu perlu cop bank. Kalau Maybank you mintak je kat staff yg bagi nombor kat depan. Syaratnya you bagi ic kat dia untuk semakan. Kalau takde cop bank takut Jab Akauntan tak terima statement tu.


    BalasPadam
  19. Nak tanya sekarang dah boleh tuntut online kan..mcm saya,saya dh muatnaik dokumen yg di minta melalui online..lepas tu ada terima email dr egumis..dan bila baca soalan lazim tu kena buat serahan dokumen asal di kaunter 7 hari dr tarikh permohonan kita tu..memang perlu ke kaunter juga ke buat serahan dokumen asal?

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...