Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, February 27

Promosi berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara

25 Feb 2020 berkesempatan ke Ramadhan Food Review yang bertempat di Halia, Sime Darby Convention Centre. 


Haaa tudia standee dah menunggu untuk di snap gambarnya.....


Kita selfie muka dulu. Jap lagi snap gambar food selalunya muka kita yang takde. Terlupa nak ambik 😍😍😍.



Kalau nak grab harga RM59 nett per person....

Kena beli voucher dari 24 Jan 2020 - 27 April 2020 tetapi voucher diperuntukkan hanya untuk 1000 pax sahaja. Siapa cepat dia yang dapat. Benda baik jangan tunggu lama2 ye?.

Boleh tebus hanya untuk 4 hari bermula 24 April 2020 - 27 April 2020 tidak boleh digunakan untuk hari lain voucher RM59 ini. 

Beli awal, penjimatan hebat. 


Nak tau apa lauk yang akan dihidangkan?...
Mari kita lihat....
Lauk pauk mengancam la. 


Bulan puasa ni selera kita lain macam. Kalau teringin gulai kepala ikan. Tu diaaa....


Nak simple, satay pun ada. 

Seleksi nasi pula, nasi bukhara, nasi saffron berlemon dan banyak lagi. 


Saya dah try ni memang sedap. 


Resipi berasaskan ikan. 


Siapa yang suka udang kita geng. 


Itik ni dimasak ala masakan cina. 


Satu lagi menu yang tak harus dilepaskan. 


Bubur ni menarik bukan?. 


Tapai pulut ni saya suka sangat. 


Ikan patin in da house yo...


Udang masak telur masin. Jangan lupa try yang ni sebab memang hit sungguh. Asal refill habis. Habis je refill. 😀😀😀


Centre piece panjut ni ala ala nak raya kan?. 


Bulan puasa ni jarang la nak jumpa nasi lemak kan?. Bila dapat makan nasi lemak...hati pun puas. Selera bulan puasa ni kan lain macam sikit. 


Bihun dan mee ni buat mereka yang tak nak makan nasi. Boleh la makan dengan seleksi daging atau ayam kat sebelah ni. 


Bubur lambuk berherba ni makan dengan sambal. Rasanya tak macam rasa bubur lambuk yang selalu tu. Uniknya sambal tu buat rasa bubur lambuk ni pedas sikit dan lemak-lemak. 


Orang Malaysia ni dah pandai makan kambing golek. Ni pun jadi tumpuan. 


Kalau teringin nak berbuka dengan steamboat, boleh juga makan steamboat kat D Atap Gazebo di Sime Darby Convention Center ni. 

Harganya untuk early bird RM39 nett per person.
Promosi : 24 Jan 2020 - 23 April 2020 (Pembelian voucher)

Harga asal RM50.00++


Ni antaranya. Bukan ini sahaja tapi banyak lagi pilihan sebenarnya. 



Kalau nak makan dim sum pun ada juga promosi bulan puasa.

Bermula dari RM69 nett per person. Beli awal jika nak harga yang menarik. Lagi lambat beli voucher, harga akan tambah RM10. 

Harga walk in pun ada iaitu RM114.85

Kata kunci kat sini beli voucher awal-awal kalau nak kan penjimatan. 



Kalau la nak menganjurkan majlis berbuka puasa pun ada dengan minima 1000 orang, bermula 24 April 2020 - 21 Mei 2020 dengan harga RM69++ per person. 

Info selanjutnya boleh la menelefon di 03-2089 3799 
Email :halia.sdcc@simedarbyproperty.com 

Pertanyaan bangkuet : 03-2089 3688 
Email : enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

Jalan lupa...jadikan Sime Darby Convention Centre salah satu lokasi iftar anda !!!




13 comments:

  1. Wah menarik juga menu buffet ramadhan yang disediakan disini. Harga pun berbaloi. Terliur tengok hihi. Mereka yang berdekatan boleh grab promosi early bird tu dan plan berbuka puasa dengan orang tersayang. Sekejap je dah nak masuk bulan puasa kan

    ReplyDelete
  2. menarik nya.. bubur warna-warni tu nampak best. time buka puasa suka makan dessert macam tu kan... dah mula rasa bahang nak sambut ramadahan ni..

    ReplyDelete
  3. bermula dah review utk berbuka puasa. less than 2 months kan.
    harga is ok ok la. standard. makanan tu jgn cakap la. time Ramadhan memang semuanya nak dirasa.
    moga dipanjangkan umur kita hingga dpt berjumpa Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. banyak jugak menu yang best. harga pun murah jugak. Boleh usulkan kepada HR ni mintak berbuka puasa dekat sini hehe

    ReplyDelete
  5. Rahmadan is coming soon already!? Wow time sure flies by. The food looks good and price is reasonable too. Have to recommend to my Boss hehehe

    ReplyDelete
  6. What a good package and the food looks good too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. patin masak tempoyak ke tu. wah sedapnya, favourite saya tu. best la buka puasa kat sini nanti.

    ReplyDelete
  8. Wah... saya paling teruja bila baca part dim sum ! Maklumlah memang suka sangat makan dim sum. Harga memang affordable sangat.

    ReplyDelete
  9. Haaa sis nasib baik sempat beli yang promosi RM54 tu..beli for anak2 bujang dan mak tiri diaorg. Sesekali bagi le diaorg makan sedap2..x kan kita je nak makan sedap kan

    ReplyDelete
  10. wahh bestnya dapat berbuka kat Sime Darby hurmmm kita pun tak dapat pergi lama dah mengidam nak makan bufet Ramadan tahun ni kembali lagi. Tengok kat sini banyak makanan sedap-sedap dan harga pun ok berpatutan lah untuk orang KL buat pilihan berbuka kat Sime Darby ni...

    ReplyDelete
  11. Rawlins suka gila dimsum set dia! Kawan Rawlins nak tak sabar nak tempah untuk sesi gathering kami kelak

    ReplyDelete
  12. Ramai betul kata buffet ramadhan sime darby sedap. Tiap tahun mesti x terlepas utk datang. InsyaAllah tahun nie pasti akan buka kat sini dgn family.

    ReplyDelete
  13. Sedap sangat semuanya...kalau makan time puasa, kalau boleh semua nak makan. Harga pun boleh tahan juga tu..sebab tempatnya memang femes ni..

    ReplyDelete