Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, September 23

Teruja jumpa BTS di Malaysia

Iklan BTS selalu la keluar kat IG visit seoul. Saya berkesempatan ke hari terakhir Seoul Culture Showroom di My Town Mall, Kuala Lumpur pada 22 September 2019. Event ni bermula dari 20 September 2019. Event untuk memperkenalkan Seoul, Korea Selatan sebagai destinasi pelancongan. Jom tengok apa yang menarik....

   
Poster BTS ni punyalah besar. Tukang pegang ni staff Seoul Culture Showroom. 


Kalau nak redeem snack kat sini kena subscribe la VisitSeoul TV! 


Ada mee ni. Saya tak ambik pula ni. 


Pepero. 



Susu pisang ni memang sedap. Pernah rasa masa kat Seoul tapi susu melon ni tak pernah rasa lagi. 


Kat Seoul Culture Showroom ni ada 3 station kena complete baru boleh redeem goodie bag. 

1. Berpakaian Hanbok. 
2. Menonton VR. 
3. Create experience kat Seoul dengan mengumpul 10 gambar.  


Sesambil tu TV besar ni menyiarkan iklan Korea Tourism. 


Kenapa ada BTS kat iklan Korea Tourism ya?
Ini kerana Kumpulan jejaka jambu BTS merupakan duta I Seoul U atau Seoul Tourism. 


Inilah standee BTS kat sini. Tu pasal ramai BTS Army kat sini. Dapat saya snap gambar takde orang atas pentas ni sebab baru je habis performance kat pentas ni. 


Jungkook. 



Jimin.


Jin. 


RM. 


V. 


J-Hope. 


Suga. 


Tudiaaa peminat Jungkook....😊😊😊


Jimin ni kawan baik Dania yang suka. This is for you Zalilah....


Dania diapit oleh Jin dan Jungkook. 


Lepas dah snap standee BTS, marilah kita beratur untuk ke 3 station. 


Ini memang peminat BTS ni dengan patung Mattel Jungkook, light stick dan muka J-Hope kat situ. 


Yeahhh beratur lagi....memang nak kena sabar, sabar dan sabar beratur. 


Dania tengah khusyuk baca pamplet Korea. Hello awak yang senyum kat kamera tu....


Sementara itu, sebelah line beratur ni ada kedai Calliope. Brand ni dari Itali. Saya tahu pun sebab tanya cashier. 



Ada diskaun ni takkan nak tengok luar je. Saya masuk la ke dalam nak tengok apa yang menarik. 


Ya masuk bukan dengan tangan kosong. 2 seluar panjang ni setiap satunya harga RM23.20 (Harga asal RM29 tapi discount 20%). 1 hijau army dan 1 light pink. Both Dania punya. Anak ummi dah makin meninggi. Sempat lagi shopping tu heh 😄😄😄.


Keluar kedai Dania masih beratur. Line beratur panjang mana? Macam ular ok.....


Ni dah dekat sangat ni. Ayah masa ni dah tawaf 1 mall. 😁😁😁.


Ummi dan Dania beratur kat tempat nak pakai Hanbok. Ummi join sekali jugak. 


Hanbok Dania berwarna biru dan hitam. Kiranya masuk kali ni 2 kali lah pakai Hanbok. Sebelum ni pakai kat Korea. 


Ummi pun pakai Hanbok tapi nak bergambar kat sini susah la nak kosong. Merah menyala pulak tu warna Hanbok saya. 😄😄😄.



Ni baru kosong tapi dah terpotong seorang anggota kumpulan. Suga tak masuk frame. 


Since dah pakai Hanbook ambik kesempatan la bergambar. 


Lepas pakai hanbok ke station VR pulak.


Kat sini la kena redeem goodie bag dengan syarat 3 station diselesaikan dan lepas selesai setiap tempat kena mendapatkan cop. Jadi kena ada 3 cop lah. Masa redeem goodie bag kena isi pulak borang lucky draw. 


Semua ni la selamat diredeem. Bergulung tu poster BTS sama macam paper bag ni. Bunga tu rupanya sticky notes yang berbau wangi. Mula-mula cium ingat apa...bila Dania kata ummi...ni sticky notes la. Ohhhh baru ummi tahu...😃😃😃.


Masa tengah beratur ada BTS Army pass 2 barang ni. Bagi for free ajer. Thank you. Ada seorang BTS Army kata setiap kali event ada je Army akan bagi goodies for free. Bagi saje saje. Kiranya ada mutual interest diantara peminat BTS ni. Lagi pun saya ni mulut ramah tanya itu ini. Rezeki la kan...Dedua ni Dania punya la of  course. Apa kes saya pulak nak simpan? 😆😆😆.


Masa ni saya pergi solat dulu sementara Dania dengan ayah dia. Masa turun escalator ni lah ada event lucky draw. Masa announcement tu dia sebut....ok the first winner....Dania Yasmine. Saya bersorak dari escalator tingkat atas ni. Masa sibuk bersorak ni Dania pun dah habis ambik hadiah...😆😆😆. Ada 2 kali sesi lucky draw. Dania menang ni untuk sesi yang kedua. 


Ni yang Dania menang ni. Ada 4 orang pemenang kesemuanya untuk lucky draw kali kedua. Hadiah yang diberikan lain-lain. Ada yang mendapat blue tooth microphone. Dania pula dapat Discover Seoul Pass yang expiry date 5 tahun lagi ie 2024 dan boleh digunakan percuma di 34 tarikan pelancong di Seoul pulak tu setiap tarikan pelancong tu boleh spend selama 24 jam selain dapat discount di beberapa tempat di Seoul kalau nak shopping dan dapat potongan untuk naik train dari airport (AREX). 

Info lanjut di discoverseoulpass.com


Ni lah kad Discover Seoul Pass tu. Ada juga kad yang menampilkan ketujuh-tujuh anggota kumpulan BTS. Dania dapat yang pinky pinky lembut ni. Nampaknya ada yang nak kena repeat ke Seoul kalau ada rezeki lagi. Insya Allah. 


Ini sebagai balasan Dania work hard selama cuti sekolah jerebu. Sesekali ummi bagi reward. Reward yang macamana? It depends la. Menghabiskan masa bersama pun reward juga kan?. 
Hari ni banyak kali Dania cakap thank you ummi....thank you ummi.....
Ummi pun ada sedikit pesanan kat Dania juga. 

Thank you kepada suami yang sangat sporting!

Post ni akan live pada hari Dania akan menghadapi peperiksaan PT3 mendengar Bahasa Malaysia. Moga berjaya anakku!...💜💜💜

Anak-anak PT3 yang lain pun Moga Berjaya! 💓💓💓

24 comments:

  1. seronok dania dpt bergmbr ngan patung bts tu..nk plak menang lucky draw tu..tisya smlm tgk abpbh ada kategori artis korea, bts menang, kemain die bersorak..good luck dania utk pt3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tisya boleh tengok TV. Kak Dania dah tidur dah sebab esoknya (hari ni) nak exam mendengar BM PT3. Terfikir juga trofi BTS tu bagi kat BTS ke BTS Army Malaysia yang pegang?....

      Delete
  2. PErggghh! siap bergambar dgn hanbok! yang x tahan tu,. siap staff tolong pegangkan poster untuk buat snap picture. hahahahaha

    Errr...x minat sgt kpop ni. mungkin sbb dah tua kot.hehe

    ReplyDelete
  3. Wah! Ini peminat tegar BTS ni. Sesuai la dapat kucky draw semoga bila ke Seoul nanti dapat terserempak dgn idola anda tu.

    ReplyDelete
  4. Sporting habis la Ummi ni.. Support minat anak, temankan tengok K-pop BTS pulak lagi. K-pop pun k-pop la.. saya rasa sweet sebab ni bonding time Ummi & Dania. By the way, ni baru saya kenal ahli-ahli BTS.

    ReplyDelete
  5. Peminat kpop mesti suka datang sini kan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Dania - maknanya ummi dan abah dia kena rancang nak ke Seoul la untuk memanfaatkan pass tu. Hehe

    ReplyDelete
  7. seronoknya tapi lagi best kalu pergi Seoul tengok konsert BTS. Kemain ye sakan posing dengan gambar BTS tu

    ReplyDelete
  8. wah, peminat BTS, sama macam adik saya. Di minat Jimin. Adik saya minat sampai pergi Thailand pergi konsert BTS. Tapi kalau BTS dtg Malaysia, tak boleh lepaskan peluang ni.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh!!! Seronoknya Damia... My Kaisah, Thaqif, Nuha and Khairah pun minat bebeno dengan BTS ni... namely Jung Kook dan Jimin... the entire steps of their dancing pun dah macam diphotostat dah... hehehehe... happy sungguh Damia dan Ummi ya... cantik pulak tu pakai hanbok...

    ReplyDelete
  10. Meriahnye event nih, peminat kpop harus datang sini.. Tahniah Dania dapat Pass Konsert BTS..

    ReplyDelete
  11. Seronok dania keluar berjalan dengan ummi dia. Jumpa bts lagi hehehe. Tapi mmg anak muda skrg minat betul dengan group ni kan

    ReplyDelete
  12. Menarik event camni. Senang orang nak tahu lebih lanjut tentang Korea. Tahniah menang. Boleh guna masa pergi Korea kan

    ReplyDelete
  13. Wahhhh. Dania ni Army ke? Nur suka J-Hope opaa hihihi. Tahniah Dania menang lucky draw. Bestnyaaa anak dah besar kan? Boleh buat kawan.

    ReplyDelete
  14. Anak sis kalau tahu bts ada sini suka le..sure merengek nak gi..tapi mama diam je, malas nk gitau dia..hehehe. Tahniah Dania menang lucky draw..bertuah betul. Lps ni kena plan ke Korea le ya..:)

    ReplyDelete
  15. best juga ni. aktiviti kalau bersama anak (subject kepada minat anak), memang seronok. mek pun tak sabar nak tunggu amani dan amzar besar sikit. sebab sekarang yang seronoknya adalah colouring je. paling tidak berendam dalam kolam bersama-sama. hehe

    ReplyDelete
  16. pergh memng peminta bTS ni..hehee..smeua nama akk tau..nad tak kenallangsung..hahahaa..tau runningman je..hehehe..terbaikla..bagus akk bawk damia mcm ni, seronok dia..

    ReplyDelete
  17. Wahhh mmg peminat BTS ni. Terbaiklah. Adik saya pun minat BTS jugak, mesti dia suka kalau pergi event mcm ni. Haha

    ReplyDelete
  18. Seronoknya Damia. Cayalah mommy sporting seyh.. Beruntung nya dapat dekati BTS. anak² sure seronok event sebegini

    ReplyDelete
  19. Hehehehe tak dapat jumpa orang betul dapat jumpa patungnya pun jadi lah huhuh tahniah kepada BTS kerana memenangi Artis Korean Popular di ABPBH 32 baru-baru ini kan... Walaupun kita tak berapa minat dengan artis korea ni hehehehe...

    ReplyDelete
  20. Wow! so happening... all queue up to finish the 3 stations experience! Sure akk one whole day over there. BTS really got many Kpop fans!

    ReplyDelete
  21. syoknya, happening semua! saya pun suka pulak especially boleh pakai pakaian tradisi dia

    ReplyDelete
  22. congrats dania!!
    mesti ummi dania akan bwk pegi holiday kat seoul tuuuuuuu

    ReplyDelete
  23. Fenomena btl bts ni...anak sedara bonda tiap2 minggu pegi event bts ni...sanggup beratur lama2..kalau dh minat tu...apa pn sanggup

    ReplyDelete