Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 12

Weekend getaway sebelum cuti sekolah

Percutian singkat ni dirancang sebelum cuti sekolah sebab tak mau bersesak-sesak ke tempat pelancongan jadi sabtu lepas bermulalah percutian singkat kami itu. Lepas breakfast berdekatan dengan area rumah, kami pun memulakan perjalanan ke Melaka. Tiba Melaka jam 12 tengahari kemudian kami check in ke Hatten Hotel. 

Booked kat website Hatten, Junior Suite Twin dengan keluasan 33 sqm  tapi kami punya bilik kena upgrade jadi Premier Junior Suite Twin dengan berkeluasan 37 sqm. Tak payah bayar lebih sebab Hotel yang upgrade bilik. Kira rezeki kami lah. 

Kita tengok biliknya pulak ye. Bilik dibahagi dengan pembahagi cermin untuk ruang tamu dan ruang tidur. Dania dah sibuk nak explore bilik ni. 


Boleh ke website http://www.hattenhotel.com/ untuk check it out. 


Bilik air yang sangat selesa. 


Kat sebelah pintu masuk ada tempat nak buat air. 


Ni lah katil twin ni di mana saya berkongsi katil dengan Dania. 


Ada TV LCD dan cermin kat ruang tidur. 


Selepas menyegarkan diri dan tidur sebentar, kami pun keluar makan. Jalan kaki je pun ke Dataran Pahlawan. Kami makan kat A&W sebelum naik monorail pusing bandar Melaka. Kat Melaka ni senang duduk kat hotel di bandar so that senang jalan2 ajer. Tak payah memandu sebab traffic kat dalam bandar ni agak sesak. 

Stesen Monorail ni namanya Stesen Monorail Tun Ali. Nak tiba sini boleh waze atau google map ajer. 


3 orang satu gerabak. Memang tak ramai orang masa ni. Hubby kata kalau cuti sekolah memang sesak sangat kat monorail ni. 


Snap Snap gambar atas monorail. 


Cantiknya Jambatan Kg Morten ni. 


Kat sinilah terletaknya perkampungan yang cantik tu. Kg Morten nama diberi. 


Ada small theme park kat sini. Buka jam 5 petang. 


Jambatan Datuk Mohd Zin ni jadi lokasi penggambaran untuk pengantin. 


Gerabak Monorail ni tak banyak pun. Cuma 3 gerabak ajer. Kami bayar RM15 x 3 untuk tiket kami bertiga. 


Stesyen Monorail Tun Ali ni terletak berdekatan dengan bangunan yang terbengkalai ni. Jadi agak confuse sikit betul ke parking kat sini. Macam mencacatkan permandangan pulak tapi bila ambik gambar nampak unik pulak. Dania kata macam kat oversea je ummi. Ye le tu 😜😜😜


Dalam jam 5 petang camtu singgah area Limbongan nak beli kuih keria. Takde rezeki nak makan kuih keria Hj Jalil ni sebab dah habis. 


Hubby beratur kat sini akhirnya dapat juga kami makan kuih keria dari Hajah Rahmah. 


Dapat ajer kuih keria terus menuju ke Muara Ikan Bakar Sg Duyong. Kalau ikutkan yang paling dekat dengan bandar Melaka ni lah. Orang ramai tapi masih ada beberapa tempat kosong. Kira early dinner kami lah ni. Setelah menunggu selama 1 jam kami dapatlah lauk2 yang kami order. 


Pepahat masak cili. 


Kerang bakar. 


Ikan masak 3 rasa. 


Total dalam RM72. Which is ok lagi sebab kalau kat ikan bakar kar Bangi ni mahal lagi. 


Singgah Dataran Pahlawan waktu malam dengan berjalan kaki ajer. Parking kat hotel. Ambik gambar kat bawah menara Taming Sari. 


Beli ice cream Jipangi ni makan untuk 2 orang. Kon tu rasa jagung dan ice cream boleh pilih perisa coklat atau vanilla atau campur. Saya dan Dania pilih perisa vanilla. 


Naik pula basikal untuk 3 orang ni. RM25 untuk 1/2 jam. Mula2 agak susah juga nak kawal basikal ni. Hubby kena kawal la sebab paling hadapan. Hehe. Berpeluh juga la pusing dengan basikal ni. Part naik bukit, semua turun dan hubby sorongkan basikal. 😆😆😆


Bergambar dengan deretan beca berwarna warni. 


Esoknya, kami breakfast kat Tingkat 22 Hatten Hotel ni. Tingkat paling tinggi kat Hatten Hotel. 


Boleh pilih nak duduk kat mana dengan menghadap bandar Melaka. 


Saya pilih tempat ni. 


Nak duduk berdekatan dengan permandangan bandar Melaka pun boleh. 

Tunggu check out jam 12 tengahari, dapatkan cop parking terus la berjalan kaki lagi ke Dataran Pahlawan. Singgah la Terranova ni membeli blouse Dania yang warna kelabu putih tu. Ada juga pakaian yang harga rendah kat sini. 


Keluar ajer dari hotel, terus menuju ke Coconut Shake Klebang. Beratur tak le panjang sangat. Hubby beli 5 nasi lemak, beberapa kuih dan 3 coconut shake. 


Memang kena sungguh coconut shake ni dengan nasi lemak ni. 


Tamat la siri cuti-cuti Melaka kami kali ini. 

33 comments:

  1. melaka jgn la pi time cuti sekolah..sesak btul..sbb pernah outstation time cuti sekolah bertabah la..tp rindu coconut shake ngan nasilemak klebang tu....untung la dpt free upgrade bilik otel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Aimi. Tu pasal saje cuti sebelum cuti sekolah....nanti datang sini try la menginap kat Hatten pulak...

      Delete
  2. cantik nya bilik tu nampak selesa, lama dah tak pergi melaka dekat 3 tahun dah...Macam-macam dah benda baru kat sana, bila la nak berkunjung sana lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka sekarang ni sesak sungguh tapi nampak membangun sungguh Miss Tins. Nanti rancang la datang cuti2 Melaka....

      Delete
  3. lama dah tak turun melaka....5 tahun rasanya..mesti dah banyak berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 5 tahun, u akan nampak perubahannya ayu...makin pesat i tengok melaka ni...

      Delete
  4. Nak pergi melaka tapi masih lagi tak kesampaian. Hahaha. Macam seronok je. Sis bercuti tiga beranak je ke?

    ReplyDelete
  5. macam best je. ainy selalu jugak ke melaka tapi jarang tidur. selalunya kerap pergi balik hari je. best jugak kalau tidur kat sana dapat spend masa lama sikit kat melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu pergi pun jarang tidur. Kali ni je tidur sebab tak nak rush2. Nak santai2 ajer kat Melaka....

      Delete
  6. Melaka memang best sebab banyak sangat tarikan. Hampir semua terletak dekat-dekat je antara satu sama lain. Tapi kalau musim cuti memang ramai. Haha.. Saya, kalau balik kampung di Melaka pun selaluny duduk rumah je. Tapi memang syoklah untuk percutian apalagi dengan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh musim cuti sangat la sesak. Tu pasal plan cuti terlebih awal. Kalau balik kg, dok rumah lagi best.

      Delete
  7. Seronok Dania dapat pi bercuti kan..semua tempat pergi ke kat Melaka..SA tahun ni dan cuti sekolah ni tak kemana kot sebab mak tak sihat kan..mak dah start dialysis so agak susah nak tinggalkan mak..tengok nanti kalau bleh bawak dia jenjalan dekat2 maybe ok kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua tempat pergi pun Sa. Yang kami nak pergi je. Lagipun singkat sangat cuma 2h 1m je. Takpe la SA...nanti mak sihat baru kita lega nak gi mana2. Mama papa dah takde....ibu ayah mertua pun dah takde....tumpang kasih adik beradik ajer la...

      Delete
  8. Best kalau jalan-jalan kat melaka sebab banyak tempat-tempat menarik. Makin maju dah melaka sebab ada monorail. Kampung morten tu kalau malam-malam cantik sebab banyak lampu-lampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Kg Morten malam cantik?...ni info yg baru tau ni....

      Delete
  9. Walaupun family in law orang melaka tapi tak berkesempatan jalan jalan dekat Melaka nih tau. Sedih betul hidup.hahaha..Nanti balik Melaka nak ajak suami round satu Melaka pergi tempat menarik yang sis share

    ReplyDelete
  10. Melaka mmg best dah sekarang..if pegi sana lgi blh la try asam pedas pulak..tp hilma lupa la nama dia..kat area ayer keroh je pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe...nanti try google la asam pedas best tu....

      Delete
  11. Bestnya bercuti.jalan2 dan makan2 dah lama rasanya tak bercuti lepasni boleh la plan refer entry sis hihi

    ReplyDelete
  12. Wahhh seronoknya kak ezna bercuti ke Melaka. Hatten Hotel tu nampak selesa betul yer. Sy pon berkesempatan bercuti ke Melaka baru2 ini. Tp x sempat nak naik lrt dia. Next time mungkin

    ReplyDelete
  13. sy pun suka jalan2 time bukan cuti sekolah sis. tak sesak and tak jem nanti. and melaka tu pun tempat fav jugak:) .salam perkenalan sis

    ReplyDelete
  14. Tak tahu pun Melaka ad monorail. Nampak sangat tak pernah ke Melaka saya ni. Melaka river tu pun dah bersih kan..dulu masa pergi adalah bau jugak. Baguslah dah ada perubahan. Kalau berjalan siang mesti panas kan. Kalau malam mesti cantik suasananya.

    ReplyDelete
  15. Nice getaway, I've stayed at Hatten Hotel before and it's really comfy, the buffet is also really gpod, glad u enjoyed yourself.

    ReplyDelete
  16. Rindunya melaka...
    Dulu duduk melaka masa study kt sana 6 years...
    Area situ la tmpt lepak time weekn...tpi mmg area situ crowded n sesak dengan pelancong...
    Adoi rindunya melaka

    ReplyDelete
  17. eh rasa macam lama dah tak pergi Melaka, last time pergi pun sebab ada contest menang ipad mini4....

    hampir 1 melaka kami jajah untuk cari butik wacoal...

    tak pernah lagi naik lrt dia tapi yang taming sari tu dah naik...

    ReplyDelete
  18. rindu pula nak bercuti dekat Melaka
    best
    makanan pun sedap2

    ReplyDelete
  19. Best dapat jenjalan gan keluarga..seronok je tengok gambar2. Sis lama jugak dah tak ke Melaka, rindu pulak nak ke sana. Kena cari masa sesuai lah nanti utk rancang ke sana

    ReplyDelete
  20. It such a long time I have not take cruise and view the whole Malacca. I miss the food in Malacca. I like the kerang. The hotel look clean and big. Next month I will visit Malacca for retreat.

    ReplyDelete
  21. I would say RM72 for seafood dishes is actually quite cheap...worth it definitely. Because I know that fish mainly is like a bomb...Easily RM50-RM80 just for the fish alone... I just realised I have never been on the cruise in Melaka before.. probably for my next trip...I will

    ReplyDelete
  22. Seronoknya akak berjalan. Teringin nak pi road trip tp tak da masa lagi. InsyaAllah tunggu anak-anak besar skit. Sekarang ni Jalan jauh skit dah meragam. Nk berdukung. Taknak makan. Macam-macam Gaya. Hehe

    ReplyDelete
  23. Melaka ni memang seronok utk short getaway. Macam2 ado lah katakan. Travel from KL to Melaka pun tak lama, 1jam setengah je dah sampai kan. Tapi tulah, melaka ni panas negeri nya, so kalau jalan2 cari makan mmg terbaik!

    ReplyDelete