Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 17

Sponsor family photoshoot kemudian shoot to International Hijab Fair KL :-)

Lepas breakfast terus ke Pullman Putrajaya. Yaya sponsor family kami untuk photoshoot. Yay...cantik sungguh permandangan kat sini. Photoshoot ni sebelum puasa lagi ni. Err tak dapat lagi cd ni. 



Yaya belah kanan dengan adiknya. 


Lepas tu ajak hubby ke PWTC sebab nak pergi sinilah.....tiba sini dalam pukul 11 pagi. 


Ramainya orang. Berasak-asak kat dalam tu. 


Ni antara booth yang saya lalu. Tak masuk pun booth ni.


Umrahajj under Pn Mona Din. 


Masuk booth Suci ni tapi belek punya belek takde yang berkenan. 


Saya masuk booth Farah Iskandar tapi Farah takde. Ni kakak Farah. iaitu kakak ipar Ally Iskandar. Mungkin petang baru Ally dan isteri jenguk booth. Kat booth ni ada yang saya berkenan tapi takde sizelah pulak. Hampa...


Jalan punya jalan, berkenan dengan booth tudung ni. Yang Dania pakai ni tudung baru. Tudung lama terus masuk dalam plastik tudung baru. Kena la pulak dengan dress Dania ni haa...


Saya ada beli jubah arab dengan manik berwarna biru kat booth ni. Harga boleh tahan sebab ada discount. 


Kawan saya pergi masa hari pertama, ada ustaz Don kat booth ni. Ni booth ustaz Don yer. Tak nampak pun kelibat ustaz tapi katanya dalam pukul 5pm, ustaz Don datang beri ceramah. Malas nak tunggu sampai pukul 5 petang. 


Booth Prof Muhaya ni saya pegang-pegang ajer palazzo tu. Harga mahal juga yer. 


Bila nampak nama booth KFLN terus singgah. Sebab apa tau??? Sebab nampak Leuniey Natasha isteri Khairul Fahmi. Lawa sangat. Muka sangat flawless. Saya beli juga shawl sehelai. 



Rania Felixia Yeap duta Neng Geulis. Ni first time dengar Neng Geulis. 



Rembatan cuma sehelai jubah arab, 1 shawl dan 1 tudung ajer. Selamat poket suami. Hehehe. 

4 comments: