Wednesday, July 16

Reunion teman se-U :-)

Seminggu lepas saya balik USA, ada jemputan ke rumah kawan di Shah Alam. Ina jemput ramai juga tapi yang turn up 5 orang ajer. Jadilah kan. Dania tak join sebab ada seminar motivasi kat surau berdekatan rumah. 

Syok juga bila dah dapat berjumpa ramai-ramai ni macam-macam cerita yang keluar. Ni photo belah kiri ni Cik Normi. Saya memang berkepit je dengan dia kat UITM Terengganu. UITM Shah Alam disebabkan kami kelas lain-lain jadinya tak la berkepit sangat. Kalau kat UITM Terengganu tu ibarat belangkas. Hehe. Yang belah kanan ni Emi. Lecturer tapi sekarang ni sibuk pulak buat PHD. Masa ambik Masters kat UK, rajin dia call saya. Tq Tq. Masa ambik degree kat UITM Shah Alam, kami berdua ajer perempuan. Kami berdua ajer straight sitter dan grad on time. Yang lelain ada repeat paper. Girl power hokkay!!! :-)


Yang belah kiri ni Lilis bertudung kuning. Satu kelas masa Part 2 - 6 kat UITM Terengganu. Kahwin dengan Datuk jadi automatik dapat Datin marah beno kami panggil Datin. Hehe. Belah kanan ni lah tuan rumah Gusrina :-) Yang belah kanan ni sebilik kat UITM Terengganu dan serumah di UITM Shah Alam. Lama sungguh kan. Sama-sama balik Terengganu naik bas kat Hentian Putra. Mama dan papa akan drop saya kat Chow Kit kemudian meet Ina kat sana dan sama-sama jalan ke Hentian Putra. Masa muda-muda takde hal nak jalan jauh tu. Kalau suruh jalan sekarang, mau telan air liur :p


Duduk tu Shikin. Masih single tapi not available. Cepat2 klepak klepung nanti ajak kami semua eh :-)


Bergambar beramai-ramai tapi tuan rumah sibuk ambik gambar :-) Macam-macam tuan rumah sediakan. Saya bawak keropok dan waffle Gardenia. Boleh bebudak semua makan :-)


Ni anak Normi yang sulung. Namanya Danish. Handsome sungguh. 


Kiri anak Gusrina namanya Alin Qistina dan belah kanan anak Normi namanya Danisha. Ambik gambar anak orang je lah. Anak sendiri tak datang :-)


Ni lah kawan-kawan saya since 1994. So now dah dekat 20 tahun pun kami berkawan. Maybe boleh buat lagi reunion kengkawan ni. Next..... rumah Datin Lilis. Hehe. 

4 comments:

  1. seronoknya dapat berkumpul dengan kawan-kawan.

    senang nanti follow blog liza ye www.lizaufa-pink.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Meriah..memang best dapat kumpul rakan2 lama dan mengimbau memori...

    ReplyDelete
  3. best reunion ni.. seronok dapat jumpe kawan-kawan lama kan..

    ReplyDelete
  4. kenangan pahit manis bersama kawan2 sukar dilupakan

    Ada urusan di Shah Alam/Klang i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang
    berdekatan dengan harga berpatutan (RM150/semalam). Layari blog kami di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails