Ahad, November 9

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. Hampir tak percaya. Macam mana la orang Ipoh boleh tahu dulu, saya kat sini tak tahu. Sebenarnya saya baik dengan Kak Nina ni. Jadi bila dia sakit, masa baru-baru tu masih dapat whatsapp Kak Nina tapi bila dah kritikal memang saya tak tahu update la. 

Saya tiba dulu di rumah Kak Nina di kawasan tanah lot berdekatan dengan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Kak Nina ni memang seorang Doktor Perubatan tapi berhenti akhirnya sebab nak menjaga anak-anak. Tak silap 8 orang. Lost count saya pun. Seorang anaknya salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di pusat tahfiz di Hulu Langat suatu ketika dulu. Anaknya masa tu berumur 11 tahun tak silap saya. Tanah runtuh tu jam 2.30 petang tapi anaknya ditemukan pada jam 12 tengah malam. 

Suaminya Datuk Dr. Wan Ahmad Hazim Bin Wan Ghazali, Ketua pakar perbidanan dan sakit puan kat Hospital Putrajaya. Ada juga time mengandungkan Dania, ada sepupu cakap pergilah bersalin kat Hospital Putrajaya. Errr tak nak saya....kang raya jumpa pulak.....saya memang prefer Dr wanita ya. 😅

Saya ada bertanyakan kat adik Kak Nina ni nama Lan. Kak Nina sebenarnya dalam seminggu lebih ni dalam stage deep sleep. Memang tak sedar la. Meninggalnya pula di rumah.  

Saya diapit adik-adik. Elza kanan tudung hitam dan Erma kiri. 


Adik saya Eja dah balik sebab nak ambik anak lagi seorang kat sekolah. Saya habiskan dulu bacaan Yasin sebelum nak mengundur diri. Dengan adik saya Erma dan sepupu saya Kak Hanim. 


Ramai juga yang datang melawat jenazah kat rumah. Nurse pun ramai tapi takdelah saya ambik gambar. 


Takziah kepada keluarga Kak Nina yang saya sayangi. Masa tengok muka Kak Nina memang macam tengah tidur je. Ada sepupu saya yang cium Kak Nina kata Kak Nina wangi. Ya Kak Nina memang baik. Pernah hantar hadiah hari jadi kat rumah saya. Pernah juga prepare sandwich dan hadiah untuk saya sempena hari jadi. Time tu saya pernah bagi Kak Nina set kuih dari Rumah Kueh Kak Zu dan Kak Nina cakap memang Kak Nina teringin nak rasa kuih dari Rumah Kueh Kak Zu lepas tengok IG story saya. Ya...Kak Nina selalu skodeng IG Story saya.....sekarang ni dah tak ada la nama seorang Kak Nina....😥. Salah seorang anak Kak Nina birthday dia sama dengan saya iaitu 17 Mei. 
 

Apa perbezaan Deep Sleep dan Coma?

Deep sleep and coma are both states of unconsciousness, but a person in a coma cannot be awakened by any external stimuli, including pain, while a person in a deep sleep can be awakened. A coma is a serious medical condition caused by brain injury, whereas deep sleep is a natural and essential part of the body's wake-sleep cycle

Saya ingatkan Deep Sleep ni macam Coma tapi memang Kak Nina Deep Sleep dan tak sedar la sebenarnya. 

Moga Kak Nina ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....




XOXO,
Ezna

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beli kek di Rumah Kueh Kak Zu

Selalunya saya akan cari kek di Rumah Kueh Kak Zu. Kali ni plan nak beli kek kecik je untuk birthday Dania.  Beli juga kek Victoria Sandwich...