Sabtu, November 8

Rezeki dari kawan

Semalam Dania ada tugasan di tempat amali. Ada seorang kawan Dania lelaki dari negara Bangladesh bagi Dania tebu. Hahah Dania kata tak tahu nak makan macam mana pastu dia tunjuk video cara makan. Katanya kalau orang Bangladesh gigit je tebu ni. Eiii jangan buat main....kalau kita nak gigit tebu ni mau patah gigi gais....pelajar ni cakap dengan Dania tebu ni satu untuk Dania dan satu untuk Aunty. Dia ambik kat ladang organik. Saya pun tak tahu ladang organik ni kat mana. 

Sebenarnya dia ada juga curhat tentang perkara yang mengganggu pemikiran dia. Saya lebih banyak mendengar dari bagi pendapat. Saya tidak memburukkan dan memberi pendapat yang tak elok la. Kadang, orang nak kita dengar je. Itu pun dah buat dia lega kan....


Dulu, dia pernah bagi Dania kangkung yang dia tanam. Sebenarnya kena menjual tau tapi entah macam mana dia bagi je kat Dania πŸ˜…. Saya agihkan kat adik-beradik dan surau juga. Banyak ni kalau kita je nak makan kan....


Tapi ada juga dia bagitahu saya, dia suka Dania. Suka sebab Dania ada tolong dia. Tolong translate ke Bahasa Malaysia sebab dia nak beli benih pokok. Dia ingatkan Dania orang Sabah sebab dia suka orang Sabah. Dia kata Dania lain dari lain sebab karakter berbeza dari orang Selangor yang dia kenal. Harap2 anak sendiri boleh beri insprasi. Kalau lebih-lebih ummi tak nak ya...jauh gaisπŸ˜…. Dania kata ummi...dia bagi tebu pulak dah.....tu lah ummi baik lagi dengan dia. Eh eh saya jugak yang salah....



***Jangan la bagi dia baca sebab dia pernah google translate apa yang saya tulis di IG πŸ˜…




XOXO,
Ezna



 

13 ulasan:

  1. Alamaks, hahahaha. Semoga baik dia tiada makna apa². Sy ada cousin yang terror gigit tebu. Dia kena gigit dari kulit luar tu, nanti lepas tu dah senang. Entah, sy pun tak pernah gigit tebu, hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga takde makna naaa....harap-harap la kan....Gigit kulit luar tu yang azab tu....kerassss.....

      Padam
  2. errrr kalau dia tahu psl blog ni surelah dia google translate jugak tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. I sebenarnya nak tulis lagi tapi tak nak lebih-lebih takut TER'baca' je. Risau I.

      Padam
  3. ezz...masa zmn sek rendah, i terer gigit tebu ni...sbb tu jer jajan2 kat kg..ada ditanam di sekitar rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya masa I sek men pernah makan tebu ni. Gigit gitu je tapi sengal2 pulak gigi lepas gigit.....Sekarang I tak berani you....

      Untung la jajan ambik sekitar rumah je.

      Padam
  4. Zaman kanak-kanak dulu kami makanbtebu main digigit dan kunyah, telan airnya, luahkan hampasnta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah cuba masa Sek Men tapi sekarang tak berani...mau patah gigi.....dulu dulu gigi kita masih kuat.

      Padam
  5. Masa kecik nak makan tebu memang kokak pakai gigi je πŸ˜†. Lama dah tak makan tebu. Ahhh ghisau la pulak jatuh hati kat Dania. Hati2 Dania. Jauh menantu ummi nanti 🀣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haippppp....tapi risau tu ada la juga.... πŸ˜†

      Memang akak pernah makan guna gigi tapi kalau sekarang makan silap2 gigi terlekat kat batang tebu. Hehehe....

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beli kek di Rumah Kueh Kak Zu

Selalunya saya akan cari kek di Rumah Kueh Kak Zu. Kali ni plan nak beli kek kecik je untuk birthday Dania.  Beli juga kek Victoria Sandwich...