Hari jumaat baru-baru ni kawan sekelas masa asasi nama Anis ajak makan di Seri Serdang. Anis dia ada kelas jadi dari UPM terus ke Seri Serdang. Dania dari rumah sebab jumaat tak ada kelas. Makan kat food court ni ajer.
Dania tahu kena hantar selfie kat ummi. Hehehe....dulu Dania baik dengan lagi 2 orang. Anis dan Syamir. Syamir tu nama dia Nik Aisya Amir. Syamir pernah jumpa sekali je masa kami ke Kolej di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Lepas tu tak jumpa-jumpa dah. Dalam kelas ni mereka bertiga duduk sekali selalunya. Sekarang ni Dania baik dengan Anis je. Anis ni ambil Bacelor Sains Kimia Perindustrian (Kimin). Syamir pula Doktor Perubatan Veterinar. Kalau Vet ni cutinya selalunya tak sama macam Bacelor yang lain.
Dania kata nasi ayam gepuk ni berharga RM6.
Lagi gambar....
Saya pula tidaklah tunggu mereka....saya join museum tour. Kat mana?....lepas ni ya...
XOXO,
Ezna




Ezna macam kak ana juga selalunya kenal dengan kawan-kawan anak dari depa sekolah, uni dan sampai laa dah kerja pun kak ana kenal juga kawan-kawan yang rapat dengan anak-anak sebab depa selalu bercerita, kan :)
BalasPadamSA kenal kawan- kawan my Dania yang masa sekolah menengah...tapi elpas tu semua buat haluan masing2 dan macam dah x berkawan, satu dua je kekal berkawan rapat dengan Dania..kawan U plak..SA kenal 2-3 orang je yang rapat dengan Dania...bagus parent kenal dengan siapa anak- anak kita berkawan kan..supaya senang in case kalau ada apa2 kecemasan berlaku...
BalasPadamMurahnya RM6 sis..Berbaloi =D
BalasPadamharga nasi ayam gepuk tu sama harga mcm kat dlm uia (cafe economics)
BalasPadamkt kolej tisya ayam gepuk rm 7..die suka sgt menu tu
BalasPadamMurahnya rm6 je.
BalasPadamSelamat menggepuk selera
BalasPadamHargai kawan kawan, layan mereka hormati minat anak,pasti pergi jauh nak tu..Yakin pasti selagi anak dalam jalan yang lurus berikan motivasi dukungan baginya..ha jumpa kawan dia pun hal penting kita benarkan jika kawan2 dia juga orang baik baik belaka..
BalasPadammurah tu... minum air kosong je pula tu, memang jaga kesihatan anak2 nie
BalasPadamSeronok kan kenal kawan anak2. Dah macam anak sendiri, kenal sejak sekolah rendah pun ramai. Murah lah ayam gepuk tu.
BalasPadamMemang harus tahu teman2 anak kita kan. Jadi bisa hubungi kalau kenapa2. Murah juga nasi ayam yg Dania Pesan 😍😍
BalasPadamMurahnya nasi ayam gepuk rm6!
BalasPadam