Sementara Dania makan tengahari dengan Anis, saya pun ambik kesempatan ke Beryl's yang tak jauh pun dari Seri Serdang tu.
Comel pulak patung ni gerak-gerak.
Berdekatan dengan patung bergerak tu ada poster yang dipamerkan.
Kat atas ni la Muzium Coklat. Nak naik tangga lepas tu boleh nampak bawah ni buat kaki saya menggeletar je. Gayat....
Nak tengok museum coklat ni free je ya....
Ada beberapa barangan yang dipamerkan.

Macam nak ambik madu je kan tapi ni nak ambik coklat.
Lagi barangan pameran.
Tengoklah bekas tembaga / besi ni. Mesti berat kan...
Macam teko je ni.
Koko ditanam di dunia. Di Malaysia, penanaman koko pada 1950. Tanah Jawa lebih dulu menanam koko iatu pada tahun 1880.
Tiba kat tengah ni saya segan la nak meneruskan perjalanan ke depan sebab ni rombongan dari Majlis Bandaraya Ipoh. Ohhh boleh join la kome....Saya pun lahir kat Ipoh juga. 😅. Ikut je la masuk group ni sebab boleh dengar penerangan dari staff Beryl's.
Ni ambik gambar dari atas ni. Ada rombongan sekolah tadika dan sekolah rendah / menengah jugak.
Seram juga tengok patung macam ni sebab saya dok bayangkan dari suku kaum mana pula ya. Patung macam ni kadang mungkin mengandungi sihir juga. Ye lah zaman dulu la kan voodoo lah etc....err ke imaginasi saya je yang tinggi 😅....Ok ni dari Pribumi dari Mexico bernama Aztec. Katanya ni peniaga koko dari suku kaum orang asli Aztec.
Suku kaum Maya dari Guatemala juga menggunakan koko. Ada sebuah bekas yang dijumpai dari kubur orang Maya dan ada simbol fonetik perkataan koko yang disebut sebagai ka-ka-wa atau kakaw. Sisa bekas koko yang ditemui juga menjadi bukti penggunaan koko pada zaman tersebut.
Unik juga koko ni sampai orang Aztec menggunakan sebagai mata wang. Orang Aztec membayar barangan dengan menggunakan biji koko tetapi biji koko tidak dijual di pasaran. Dikatakan bahawa Orang Sepanyol terjumpa 960 juta biji koko di gudang raja Montezuma ketika Sepanyol menakluk empayar Aztec.
Orang Maya adalah manusia pertama yang meminum coklat dalam bentuk cecair. Mereka menggiling biji koko sehingga menjadi pes kemudian pes koko dicampur dengan air, cili dan jagung untuk membuat minuman coklat yang pahit dan pedas.
Jug orang Maya untuk meletak air coklat. Rupa pasu je kan?.
Orang Maya ni hanya makan koko pada upacara keagaamaan. Koko akan dicampur dengan darah dan akan dipersembahkan kepada dewa-dewa semasa upacara keagamaan. Agak-agak ada tak di kalangan mereka yang dikorbankan?. Kalau tak silap staff Beryl's kata mereka ni kena korbankan manusia untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa. Zaman dulu kan mereka percaya tentang kena korbankan manusia supaya kehidupan mereka selamat la....
Minuman coklat bagi suku kaum Aztec ni hanya untuk pemerintah, masyarakat kedudukan tinggi, para agamawan mereka dan tentera yang mampu minum coklat. Lazimnya air coklat dihidangkan di dalam cawan emas yang kemudiannya akan dibuang. Cawan tu hanya digunakan sekali sahaja.
Uishhhh cawan emas tu kalau dapat kat kita la mau jual eh....Derang buang je macam cawan kertas pakai buang. 😅
Info yang saya dapat ialah dark chocolate baik untuk daya fokus yang tinggi, stress, nak berhenti merokok, baik untuk jantung dan senggugut.
Dark Chocolate 80% ke atas pahit. Buat mereka yang minum kopi pahit macam Americano dan sewaktu dengannya boleh makan dark chocolate 80% ke atas. Mereka yang minum latte tu disarankan mencuba makan dark chocolate bawah daripada 80% sebab takut tak boleh nak makan dark chocolate yang lazimnya rasanya agak pahit. Haaa ni tips daripada Beryl's ya. Kalau kita yang tak biasa terus cyba 80% dark chocolate ke atas takut kita dah tak boleh terima dark chocolate lagi jadi mulakan dengan yang rendah kandungan kokonya ya.
Tapi....pernah dengar dak orang tua tua sebut pahit itu ubat?. Memang bagus la kan tapi saya suka Milk Chocolate lagi. Hehe.
Ada juga sesi soal jawab. Staff Beryl's tanya beberapa jenis coklat kemudian bila time Coklat Toblerone berasal dari mana? Ehem.....saya jawab Switzerland. Ya betul....lepas tu mungkin ada yang musykil eh siapa pula gerangan wanita ni?. Takde pulak kat office Majlis Bandaraya Ipoh....Hehehe...mungkin la kan....
Seorang ahli kimia Belanda, Coenraad Van Houten ni la yang mencipta alat tekanan hidrolik dikenali sebagai penekan koko. Ni la muka pengasas coklat Van Houten.
Selesai di ruang pameran di atas, saya ke bawah dan singgah tengok ice cream Beryl's. Disyorkan merasa ice cream coklat ni tapi saya tak berapa suka ice cream coklat. Kalau chocolate bar ya saya makan. Ice cream coklat saya tak suka.
Ada seleksi Macaron juga.
Saya beli ice cream Vanilla.
Kalau nak join workshop ni diadakan pada hari ahad tapi ada bayaran la.
Hiasan kat siling.
Pembalut coklat klasik.
Sambil makan ice cream, ada makcik sebelah saya dok video call dengan cucu. Lama2 kami berborak. Mereka datang dari Terengganu. Nak pergi rumah anak di Gombak tapi singgah Beryl's dulu. Salah seorang anaknya graduan UPM ambil Sains Bahan kat Fakulti Sains. Ada seorang anak pula Down Syndrome. Macam-macam la saya tanya tapi bila nampak saya berborak dengan ibunya. Adik ni terus salam saya. Walau Down Syndrome beliau salam saya. Ni mesti atas didikan seorang ibu yang hebat jugak kan?. Sopan anaknya.
Kemudian saya masuk ke tempat pembelian coklat Beryl's untuk mencuci mata ya....tak cuci dompet pun. 😅 Tadi keadaan agak sesak juga. Bila dah reda kita pun masuk la.
Tiada pembelian kemudian saya pun keluar la dari Beryl's ni.
Lepas tu terus la saya ke kereta. Dan.....jeng jeng....ada something happen....
XOXO,
Ezna



































linda tak pernah sampai lagi.. kena pergi juga nanti nie
BalasPadamNanti boleh la singgah sini sambil2 borong coklat.
PadamSA ajak Dania dan Lissa naik atas..diorang tak nak..tu yang masa SA pergi explore bawah aje...ooo tak cuci dompet ye...habiskan masa je ye..eh..apa plak yang ebrlaku tu....
BalasPadamTak cuci dompet masa ni. Nak habiskan masa sebab Dania makan dengan kawan. Kalau balik, jalan jam sebab orang sibuk keluar solat Jumaat.
PadamWahhh.. apa terjadi tu???
BalasPadamNanti nak jugaklah ke sini. Best pulak baca cerita Ezna ni.
Jeng jeng.....ada juga cafe dia kalau nak lepak sementara anak2 jalan2 pilih coklat.
PadamBanyak kali plan nak pergi, tak sampai2 lagi. Geram tengok dark chocolate tu.
BalasPadamKalau Mulan memang tahan pahit boleh je makan dark chocolate 80% coco tu.
PadamWow..Dah ramai blogger dtg sini..Mcm kena pegi jgk ni sbb seronok tgk dlm museum ni...Kalau pegi confirm Ammar yang akan jadi tourist guide sy sbb Ammar pernah pegi sini ikut rombongan sekolah =D
BalasPadamDania pun pernah gi masa tadika....seronok betul bebudak masa tu.
PadamArgh, sungguh bestnya. Kita dahlah peminat Beryl's.
BalasPadamYg tak ikut pun boleh masuk juga rupanya. Nice~nice!
Boleh je masuk sebab free je area muzium tu. Paling best kita boleh dengar penerangan. Kalau sorang2 tak tahu la info2 nanti.
Padamsuspens apa yg berlakuuu tuuu! anyway museum ni menarik la..boleh masuk dlm my list to go places in msia
BalasPadamYa free je muzium dia....
PadamKaum Maya ialah golongan pertama yang menjumpai koko dan buat biji koko tu jadi serbuk coklat untuk minuman. Tapi ikutkan sejarah dieorg ni mmg ganas dan dalam apa2 perayaan mesti akan buat acara korban manusia utk dipersembahkan dekat 'tuhan' dieorang.
BalasPadamNanti tunggu cuti sekolah nak bawak anak2 ke sini. Tapi mesti penuh tempat ni bila cuti sekolah 😄 aiskrim tu nampak best la.
Ya ke? Memang seram jugak kan...kena korbankan orang dia untuk 'tuhan' derang.
PadamSelalunya kalau cuti sekolah memang sesak juga Carneyz jadi kalau parking tu elakkan bawah tiang lampu ya. Burung banyak.
Tadinya saya nak kesini. Tp pas lihat harga, tak jauh dari harga Supermarket ya kak. Kalau tak jauh beda, rasanya saya akan beli Berryls di supermarket saja 🤭🤭😄. Coklat ini memang selalu saya beli tiap kesana. Apalagi yg tiramisu. Tp Berryls memang sedap2 varian rasanya.
BalasPadamDalam IOI City Mall ada kedai Beryl's Fanny. Boleh beli di situ ajer.
PadamThank you untuk entry ni! Ingatkan ni kilang beryls yg kat bangi tu, tpi kat tempat lain ye? Nak masuk dalam list la utk datang sini.
BalasPadamMenarik sejarah asal usul koko tu. Sampaikan biji koko pun boleh jadi duit ye. Geram pulak baca cawan emas tu dia buang gitu je lepas sekali guna hahaha. Terjadi staff MBI pulak ye kak ezna 🤭