Ada beberapa item yang dibeli sikit-sikit masa sale. Ada yang buy 1 free 1, ada yang buy 2 free 1. Sekali....errr gini hadiah hari jadi Dania ke 21 tahun.
1. Innisfree Lip Balm Winnie The Pooh Edition with Canola Honey.
2. Innisfree Lip Balm berwarna code Rose Brick.
3. Stokin Cotton On warna brown dan putih corak bunga.
4. Cermin Polly Pocket Cotton On.
5. Wallet kecik Cath Kidston British Bird.
6. Perfume Mist Bath & Body Works Sweetest Song. Bauan ni Dania suka masa kerja kat Alamanda lagi. Bila birthday baru saya belikan. Kalau beli 2 dapat 1 free tapi takpelah beli 1 je.
7. Empat batang pen 3 warna. Semua warna yang berlainan. Pen ni Buy 2 free 1. Beli kat Typo MidValley.
***Lipstick Buttonscarves tu mulanya nak bagi Dania tapi bila tengok Dania dah ada lip balm berwarna Innisfree tu ok lah....ummi je lah punya lipstick Buttonscarves ni 😅
8. Shawl My Melody X Naelofar warna lilac. Nama dia Periwinkle.
9. Shawl Hello Kitty X Naelofar warna biru. Nama dia Bluebell.
Setiap satu ada character pin di tudung.
10. Set pin tudung Hello Kitty X Naelofar dengan pouch yang comel.
11. Backpack Cath Kidston Camel Spot. Beg dia ringan dan boleh masuk Laptop.
Barangan Cath Kidston masih boleh dibeli walaupun dah tutup operasinya di Malaysia. Ia boleh dibeli di https://www.nextdirect.com/my Sekarang ni Cath Kidston tiada lagi physical store dan sebarang pembelian melalui website sahaja. Next ni company dari UK. Barangan Typo pula ada promosi. Lepas tu bila jadi member, beli guna Perks Payday Voucher & Perks Birthday Voucher. Innisfree pun bila jadi member dapat potongan RM10 untuk satu barang bila birthday.
Bolehlah dapat idea untuk hadiah birthday yang sesuai untuk anak perempuan kita. Kena tahu la kegemaran anak tu. Macam Dania barangan selain pakaian beli je lah apa2 memang tak ada komen. Kalau pakaian tu kena ikut taste ya. 😅
XOXO,
Ezna
Comelnya set pin tudung tu. Dulu zaman pakai shawl memang banyak Cie punya collection pin tudung.
BalasPadamComel dan cantik2 la pin tudung yang dijual tu.
PadamBagus idea begini. Nak tirulah juga beli sikit-sikit time offer.
BalasPadamYa...beli sikit2 dan time offer takde la terasa sangat.
Padambrg2 semua cute!! i paling suka wallet cath kidstone dan socks tu!!
BalasPadamcath kidstone memang ala2 tak wujud dah sbb masa i gi UK pun dh tak de physical storenya...frust sbb i suka barang2 dan designnya
BalasPadam