Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, February 23

Dah lama tak makan ikan bakar | Restoran Terapung HM Sri Bagan

Dah lama dah tak pergi area Sepang makan ikan bakar jadi pada 11 Feb tu kami ke sini. Bertolak pun just nice je untuk solat Asar kat Masjid KLIA tu sebelum bertolak ke Restoran Terapung HM Sri Bagan ni. Tiba pun dalam 6 lebih tapi orang tak ramai sangat dan kami dapat tempat tepi sekali. Kiranya strategik jugak la kan. Datang awal orang tak ramai tu kira bagus juga. Kalau dah ramai tu nak kena tunggu meja la pulak. 


Apa yang Dania makan tu?. Otak-otak. Siapa yang suka otak-otak jugak? 


Ada otak-otak tiba kat meja. Perut pun lapar. Apa lagi kita makan la otak-otak dulu. Panas lagi haa....ada 10 otak-otak tapi kami makan 5 ajer. Makan semua kang nak makan lauk pauk kenyang pulak. 


Taraaaa......ketam masak telur masin ni. Ketam seekor ajer sebab Dania tak makan ketam. Sedap la masak ni. 


Dania yang request nak pepahat jadi ya pepahat masak cili. 


Sotong sederhana besar ni buat sotong celup tepung. Dania kata sedap sotong ni. Kena makan masa panas, kalau dah sejuk takut liat. 


Telur dadar. 


Ikan siakap tiga rasa. 


Penuh meja kami ni haa....Hubby order nasi lemak, saya dan Dania nasi putih biasa ajer. 


Alhamdulilah, licin juga la semua lauk pauk. Kenyang alhamdulilah. Nak datang sini kena datang awal sikit sebab nak elakkan ramai orang dan masa menunggu untuk masakan siap tu tak mengambil masa yang lama. Masa kami dah nak balik kemain panjang line beratur orang datang nak makan sini tapi kena berdiri dulu untuk tunggu meja. Masa ni pun dekat nak maghrib dah. 

Kami bertolak ke Masjid KLIA dulu untuk solat Maghrib sebelum memulakan perjalanan balik tapi eh tunggu dulu. Singgah minum kat Starbucks depan Universiti Xiamen dulu. Kata kawan saya yang tinggal kat Sepang ni, Starbucks ni baru buka. 


Apa pun alhamdulilah dapat spend time bersama 😊



XOXO,
Ezna

1 comment:

  1. i suka ketam tuuuu!!! bestnya dpt spend masa dgn yg tersayang!

    ReplyDelete