Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, February 21

Pre University Matriculation Innovation Competition | PIITRAM 2023, UPM

Nak dijadikan cerita, Dania bagitau nak masuk pertandingan Piitram ni. Ummi as usual memang menyokong la kan. Kena la buat bersungguh-sungguh. Tambah motivasi lagi sebab Dania akan masuk ni untuk projek Fizik jadi akan ada carry marks untuk bawa ke final nanti. Menang atau tidak, carry marks confirm dapat. Kebetulan pada tahun ini, Asasi Sains Pertanian UPM yang menjadi tuan rumah. Nak jadi drama pulak, group Dania ni sepatutnya bertanding atas tiket online tapi lecturer Physics mereka tarik untuk buat fizikal sebab program pun kat UPM je. Disebabkan last minute, nama mereka tak tersenarai untuk majlis makan malam. Saya lakukan inisiatif sendiri contact person in charge dan akhirnya group mereka tersenarai untuk majlis makan malam. Sedih la jugak sebab Dania kata nak tunggu luar dewan je dan mereka semua akan order la makanan. Kesian kan?.

Gambar ni sebelum mereka bertolak ke dewan besar pada 18 Februari 2023. Shawl sama warna saya belikan untuk bagi nampak sedondon. Cantik pulak warna Teal Blue ni. 

Dari kiri : Nik Aisya Amir, Siti Aisyah Humairah, Dania Yasmine, Suraya Hannani dan Fatin Fazeela. Lecturer penasihat pula lecturer Physics mereka Miss Noor Wahidah. 


Mulanya ummi ke booth Dr Marina. Prof Madya Dr Marina ni merupakan Pengarah Asasi Sains Pertanian. Dulu PIBG kat sekolah Dania. Kiranya anak Dr. Marina senior Dania. Pernah la sama-sama bertugas. Dr Marina ni sebaya saya. Menjadi penasihat juga kepada group pelajar which saya rasa mesti akan dapat pingat jugak kan sebab inovasi hilang getah kat tangan tu impressive juga dengan menggunakan ada satu tumbuhan liar. Saya pegang getah buah nangka kemudian bila sapu tumbuhan yang siap blend tu getah kat tangan terus hilang. 

Dr Marina tanya samada saya masih PIBG kat SMK Jalan Empat. Saya kata tak sebab anak kat Asper ni. Lalu Dr Marina pun kata nak jumpa Dania. Bila bawak kat booth ni terkejut la semua. Dr Marina tanya Dania nak ambik apa untuk ijazah nanti?. Dania pun bagitau la dan akhirnya Dr. Marina bagilah sepatah dua kata kat group Dania. Terima kasih Dr. Marina kerana bagi motivasi kat group Dania. 


Suspens tu Dr. Marina berdiri sebelah. 


Ni lah nama projek Dania.


Sebelah Dania yang pakai lab coat tu pembantu majlis PIITRAM ni. Sebilik dengan Dania jugak tu yang Elisha Hana ni. Nama macam melayu tapi bukan. 


Senyum....


Projek Dania ni menggunakan tenaga mekanikal dan tukar kepada teknikal dengan kehadiran wind turbine yang diperbuat daripada sudu untuk alirkan air kepada tumbuhan kecil tu. 


Sebelum jadi macam ni macam-macam la ceritanya. Lampu tak menyala la, wind turbine tak bergerak la. Jenuh juga la dengar ceritanya. Nasib baik lampu yang saya beli ni mau menyala. 


Sederet dengan Dania ada ex classmate masa sekolah rendah. Anis belah kiri tu yang sibuk explain tu. Anis mewakili Kolej Mara Kulim. Satu group dengan dua pupu Dania iaitu anak kepada sepupu saya. Dua pupu Dania tak attend. Hanya 2 ahli kumpulan je yang hadir. 

Ramai participants kat sini kiranya Asasi dan Matrikulasi satu Malaysia yang turut serta. Ada juga peserta online. 

Setelah berakhirnya sesi penjurian pada jam 3 petang, mereka semua berehat dan akan berkumpul malam nanti di Dewan Bankuet, UPM pula untuk pengumuman pemenang dan majlis makan malam. 

Ni Dewan Bankuet yang saya dan hubby survey lepas tengok projek Dania tu. Besar juga. 


Projek Indegreen Dania dan kawan-kawan dapat pingat gangsa. 

Tahniah di atas kerja keras selama seminggu ini....

Credit : Universiti Putra Malaysia

Ni wefie depan Dewan Bankuet nak tunggu bas UPM balik ke kolej. Ehem anak ummi nampak happy je tu...


Pingat gangsa ni dapat 1 je untuk 1 group tu. Boleh request lebih kalau nak tapi kena bayar la kan. Saya ada order untuk Dania nak buat kenangan. Bukan selalu menang award kan?. Selain daripada itu mereka akan dapat e-cert. Boleh la tambah merit sepanjang asasi mereka ni. Alhamdulilah. Lepas ni kena concentrate belajar pulak sebab pada 27 Feb 2023 Test 1 menyusul pulak. 

Credit : Universiti Putra Malaysia

Sekalung tahniah lagi buat team Indegreen

Nik Aisya Amir, Siti Aisyah Humairah, Dania Yasmine, Suraya Hannani dan Fatin Fazeela. Lecturer penasihat pula lecturer Physics mereka Miss Noor Wahidah. 

Indegreen sumbangkan 1 pingat gangsa untuk Universiti Putra Malaysia!. 

Good Job Girls!!! Ada kawan saya bermurah hati bagi duit RMxxx untuk mereka ni celebrate sempena dapat bronze. Dania terkejut jugak sebab Dania kata anak orang lain yang menang ni ummi tapi kawan ummi bagi duit kat Dania dan kawan-kawan. Rezeki la tu. Alhamdulilah.

Ni adalah senarai penuh pemenang pingat PIITRAM 2023. Semua gambar di bawah diambil dari facebook Universiti Putra Malaysia









Nama anakanda Dania kat sini. Nak buat kenangan. 






***Terima kasih kepada kawan saya yang pemurah itu. 💓. Moga dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda. 




XOXO,
Ezna

2 comments:

  1. congrats dania and the team. wahhhh impressivenya ciptaan tu!!! good job!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Suzz. Motivasi nak dapatkan carry marks final exam. Hehe

      Delete