Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, February 20

Bila anak berniaga Pasar Tani | Stadium Malawati Shah Alam

Hari ni anakanda nak bertugas di Pasar Tani. Bertugas ni sebab memenuhi silibus Asasi Sains Pertanian semester 2 untuk subjek Keusahawanan dan pemasaran produk pertanian. Kena menjual kat gerai yang akan ditetapkan kemudian. Nak asah skill keusahawanan. Pasar Tani kat Shah Alam ni gred A bermakna Pasar Tani besar dan ramai orang. Lecturer dah siap tanya sesiapa yang tak boleh berdiri lama sebab takut la kan terpengsan ke apa. Ada 2 kuliah yang akan turut serta. Kuliah tu bermaksud kelas jadi ada 2 kelas yang akan bertugas kat sini. Ada juga kawan2 Dania kuliah lain yang bertugas kat Pasar Tani kat Kajang, Taman Melawati, Putra Heights. 

Dania kena bersedia kat UPM jam 6.45 pagi di mana bas UPM akan bawa pelajar ni straight ke Pasar Tani depan Stadium Malawati Shah Alam. This week memang Dania tak balik rumah sebab packed dengan aktiviti back to back. Selalu kalau weekend memang Dania balik. 

Ummi dan ayah bertolak dari rumah jam 9 lebih macam tu dan tiba Pasar Tani jam 10 lebih. Call Dania tak berangkat. Takut juga last minute tukar program Pasar Tani ni kat tempat lain. Akhirnya call yang ditunggu pun tiba. Dania kata dia kena jaga peneram kat van. Ayah kata van?. Agaknya food truck la kot. Cuaca masa ni agak panas berbahang. Dekat nak puasa ni memang cuaca panas kan?. 

Ada la tanya kat gerai depan tu kot kot la mereka tahu lori peneram kat mana. Akhirnya tiba la saya dan hubby kat sini. Dania tak perasan lagi ummi sibuk snap 3-4 gambar sebab khusyuknya la. Takde orang pun tapi Dania get ready packed siap-siap.  


Masa ni Dania dah perasan tapi saya bagi laluan la nak entertain customer. Boleh dikatakan masa tak ada orang tu kejap je. Tak lama kemudian ada je orang datang beli. 


'Van' yang Dania maksudkan ni sebenarnya food truck. Kalau ummi cari van sampai esok pun tak jumpa. 😆. Menu utama peneram dan cucur durian ni. 


Sesambil tu beli la apa yang patut. Dua orang kawan Dania ni kena bertugas kat gerai jual bahulu. My favourite. Keduanya mek Kelate ni. Beli beli bahulu bahulu. Saya beli 1 pack ni harganya RM6. Boleh la cicah dengan Nescafe  o panas nanti. 

Pembahagian tugas ni dengan cara ada Pegawai FAMA yang bertugas akan tanya kat gerai kat Pasar Tani ni sesiapa yang perlukan pembantu?. Kalau seorang...seoranglah. Kalau nak dua orang, ada la dua pelajar. Ni la dua orang classmate Dania ni kena jual ikan bilis. Terkejut aunty sebut nama terus. Haha. Ummi masa awal2 Dania masuk Asper, kalau ada gambar kelas ummi akan tanya nama kawan2 sekelas sorang2. 

Kalau perempuan yang kena bertugas kat sini tak taulah sebab kena bertugas jual ikan dan tangkap ikan dari tong hitam tu. Nasib baik Dania tak kena kat sini. Selalunya pelajar perempuan jaga kat tempat kering. Pelajar lelaki selalunya kat tempat basah macam ikan ke ayam ke....

Haa ada juga kelas Dania yang perempuan kena jaga jualan ikan. Silap2 kena siang ikan jugak kalau customer suruh siang. 


Ayam bermacam ayam....sempat pulak kena tanya...aunty tak nak ayam ke?. Tak beli sebab masih banyak lagi ayam dalam fridge. 

Kat gerai ni jual kuih tapak kuda. Kawan Dania yang belah kanan tu ACL putus katanya jadi kena bertongkat jugak kalau nak jalan. Disebabkan kawan Dania ni sakit kaki, kelas Dania yang terletak kat Tingkat 3 terpaksa berpindah ke Tingkat bawah. Nampaknya sampai akhir sem la ni sebab proses penyembuhan katanya mengambil masa 6 bulan atau lebih. Ada juga hikmahnya rakan sekelas semua dapat la kelas kat bawah. Tak payah la nak naik tangga. 

Gerai madu ni seorang je yang jaga. Patutnya berdua. 

Gerai ni panjang sampai ada 3 orang pelajar. Kawan sekelas Dania yang kiri sekali tu yang banyak Dania tanya untuk subjek Fizik. Scorer jugak tu. Orang lain baru nak start tutorial Fizik, dia dah habis dah. Pulak tu ada dapat soalan dari Kolej Matrikulasi yang tak sama sangat silibus, dia buat sampai habis. Ciri-ciri pelajar terbaik. 

Dalam pada dok jalan-jalan ni saya dan hubby cari la tempat duduk. Kat sini ada meja dan kerusi untuk makan kat gerai makan seperti roti nan, bihun, nasi ambeng dan macam-macam lagi. Luas sungguh kat sini. Memang tak pernah lagi ke sini. 

Round la saya banyak kali tengok Dania. Hehe. Ni masa dah tamat dah ni jam 11 pagi. Tiba-tiba ramai pula sampai ada makcik yang tukang goreng peneram ni pun kata takpe dia boleh handle sebab kesian Dania dah habis kerja patutnya. Masa tengah bertugas tu ada la saya ternampak dengan lecturer pertanian Dania ronda check pelajar buat kerja. 


Dania dapat la RM30 dan kuih peneram 1 bekas. Upah ni tak wajib diberi oleh peniaga pun. Ikut la atas peniaga. Ada kawan Dania yang hanya dapat produk je tanpa upah, ada yang balik dengan tangan kosong, ada yang kat depan mata saya dia bantu kat gerai roti nan. Jam 10 dah tutup. Jualan laku keras. Siap hidangkan roti nan dan beli air lagi untuk pelajar yang bantu gerai roti nan dia. Ikut la rezeki masing-masing. Ada yang dapat upah RM20 juga. Kat sini memang banyak gerai jualan macam pokok bunga la, petai, buah-buahan, baju-baju dan macam-macam lagi. Kawasannya sangat luas. Kalau nak jalan dari hujung ke hujung mau letih. Nak nak cuaca panas terik.

Dania dah bersiap sedia nak membeli belah. Hehe. Jam 11 habis kerja, jam 11.30 bas UPM datang. Dania cerita sempat la tapau mee goreng, air tembikai dan cheesekut. Cheesekut tu Dania tinggal sikit untuk ummi rasa masa jumpa dia petang tu.


Apa pun pengalaman yang sangat berharga buat pelajar-pelajar asasi. Boleh belajar cara berkomunikasi dan cara untuk memasarkan produk. Macam Dania tak payah nak jerit-jerit peneram...peneram....orang yang datang beli. Dania pun jenis senyap sama. Kalau produk yang dipasarkan tu memenuhi citarasa orang ramai, pasti orang cari. Memang peminat peneram boleh la cari Najmi Kuih Tradisional kat Pasar Tani depan Stadium Malawati Shah Alam ya....sedap sangat!

So next, Dania kena sediakan report la pulak ya. Tak tahu la berapa belas muka surat pulak. 



XOXO,
Ezna






4 comments:

  1. Menarik dan bagus ada amali begini. Dapat pengalaman dari suasana sebenar.
    Sedapnya peneram makan panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya pengalaman menjual dan layan pelanggan. Tu yang agak uniknya asasi ni sebab ada amali. Baru la pelajar tu tahu susah senang nak berniaga.

      Delete
  2. Org kg singgah sini kejap.. sambil follow 🤝

    ReplyDelete
  3. menarik sungguh pengalaman gini!!! all the best dania!!

    ReplyDelete