Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, July 4

Hari pengumuman keputusan SPM 2021 | SPM ambil tahun 2022

Balik dari Switzerland, touch down je KLIA pada 7 Jun 2022 terus dapat notification dekat whatsapp kata 16 Jun 2022 SPM akan diumumkan. Berdebar terus Dania dan umminya.

Hari yang dijanjikan kian tiba. Makan roti canai dulu bagi kenyang2. Selera je Dania makan. Ummi macam tak berapa nak menikmati makanan tu ha...😅. Rasa susah je nak telan roti bakar tu. Alehnya tak habis walaupun sikit je pun. 


Suasana di pagi hari sebelum sibuk. Ambik video lah dulu. Jap lagi ramai orang segan pulak. 


Tiba sekolah jumpa Cikgu Kimia Dania dulu. Hehe. Cikgu Kimia, Cikgu Zurina ni pun berdebar juga sebab ada anak sekolah kat sini pun nak ambik result. Katanya terima ajer apa keputusannya. 


Saya dan Penolong Kanan, Puan Rosmawati. Saya sengetkan kepala...Puan Rosmawati ikut pula. 😃


Dania dengan kawan dia Aisya. Anak Sup Gearbox yang sedap kat Bangi ni. Dania bagi chocolate Toblerone. 


Nampak Zalilah dan Rabiatul juga. Sempat Dania bagi jeli bunga ros kat kedua kawannya. Eh rasanya Rabiatul dapat jeli kambing biri2 ada heart kot. 


Dania dengan junior nama Effa. Saya baik dengan ibu Effa jadi Effa pun dapat jeli kambing biri2. 😀. Nama kelakar kambing biri-biri tapi comel macam segemuk Shaun the Sheep tu je. 🐑


Cikgu kelas Dania nama Aishah. Lawa cikgunya sebab tak pernah jumpa bersemuka sebab asyik online je memanjang kan?. Dapatlah coklat bunga hati. Hehe.Masa ni cikgu tak jumpa lagi result Dania tapi saya dah tahu dah sebab check terus kat website dan ada hantar sms juga. Hehe. Mana tahan tunggu announcement sebab jam 10 pagi tak announce lagi.😂


Cikgu ni depan saya beliau tanya Cikgu Aishah...Dania macamana?. Saya terus cakap...Cikgu Yati...tu anak saya tu. Hehe. Terus la ambik gambar dan satu bunga hati juga buat Cikgu Hayati yang ajar Dania Geografi masa F.3, Sejarah F.4 dan yang lantik Dania jadi setiausaha Kelab Sejarah tahun 2020. Beliau pun anak seorang perempuan macam Dania juga cuma dah sambung Universiti. 


Ni pulak Cikgu Faezah yang ajar Dania sejarah F.5. Kembang ummi bila cikgu kata Dania rajin siapkan homework. Mulut tak banyak cakap. Oh ya graduation teddy bear Famous Amos tu saya yang bagi. Ada coklat yang teddy bear tu pegang sebenarnya. 


Lagi gambar. 


Dania dan kawan-kawan rapat. 


Saya dan sahabat syurga saya, Sharifah. Ni kiranya nama group whatsapp kami. Namanya bukan saya yang letak tapi memang saling bagi semangat untuk anak-anak menghadapi SPM. Ada 3 orang je dalam group. Kadang kalau saya down ke, lagi 2 sahabat saya akan bagi semangat. Perkataan semua yang memberi semangat dan yang baik2 ajer keluar dari mulut. Rasa saya kot yang gila2 sikit tapi bila dengan mereka kena control la sikit. 😀. Saya kalau happy dah tak boleh kawal dah...hehehe....tumpang happy untuk anak beliau yang memperolehi berderet huruf A 💪. Anak kawan saya lagi seorang tu nak SPM tahun hadapan. Bila anak nak SPM, saya rasa kena ada support group juga di kalangan mereka yang anak ada juga nak ambil SPM. Nanti akan ada info2 yang kami akan share sama-sama. 


Saya dengan Amna dan Aina. Dah kenal since mereka Tingkatan 1 lagi. 


Gambar ramai-ramai. Moga kamu semua dapat sambung program yang kamu semua sukai ya...


Dania dengan kawan kelas lain. Nama saya lupa. Haishhh 2-3 kali dah rasanya dia update. 


Dania dengan Datin Pengetua Wan Nor Ashikin. 


Ok last...depan lencana sekolah. 


We 💓 JESS !. Mata pun kecik je sebab panas terik. 


Dania dengan kawan sekelas. Kebetulan terjumpa jadi ambik je la gambar. Kawan dia yang ni pernah kerja kat A&W Evo Bangi tu tapi pernah la kami pergi beli kat situ. Dah balik baru Dania kata ada kawan lelaki sekelas kerja situ tapi tadi masa kat situ diam je. Takde la nak senyum ke tegur ke...Hehe...


Alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Dania bersyukur katanya dapat result ini. Memang struggle juga dengan banyak kelas online dari F.4 lagi. Terima kasih Cikgu-cikgu SMK Jalan Empat yang sangat komited terutama Cikgu Kimia Cikgu Zurina yang personally whatsapp saya result Dania. Sanggup beri tunjuk ajar kat Dania..., Barisan pentadbir yang bertungkus lumus memberikan extra kelas tambahan, Tutor dari MC+ yang bagi tuisyen sampai Dania kata ada beberapa subjek yang diajar kebetulan masuk dalam SPM, adik beradik, sahabat syurga yang saling memberikan kata semangat. Anak2 sahabat syurga saya memang pandai2 jadi rasa terinspirasi la bila masuk group tu, saudara mara, kawan2 yang mendoakan Dania. Ada seorang kawan saya kata sampai insya allah beliau akan doakan Dania masa beliau solat hajat. Tak tahu la doa siapa yang Allah angkat tu untuk keputusan Dania. Apa-apa pun usaha Dania pun diambil kira sebab saya nampak depan mata Dania menangis sebab letih sangat menghadap komputer untuk kelas online. Stress sangat. Lama-lama bila dah biasa....elok je dia masuk kelas online...stress berbalik kat ummi pulak. Haha. Tak habis lagi kelas?. Dania kata eh kenapa ummi pulak yang stress?. 😆. Dania yang masuk kelas. Alhamdulilah...inilah hasilnya...

Moga Allah permudahkan untuk next step pulak. Moga Dania dapat program yang Dania minat. Ummi dan ayah akan sentiasa mendoakan anak ummi dan ayah yang seorang ni.  

15 comments:

  1. Congratulations Dania on your achievement! Semoga terus maju jaya. Thank you for sharing this heartwarming story, Kak Ezna. Such an enjoyable post to read. I'm happy for Dania too.

    ReplyDelete
  2. congrats and all the best dania! fly high lps ni :)

    ReplyDelete
  3. Rindu juga zaman pergi sekolah ambik result kan! Dulu takde blog untuk document semua ni, what a memorable event kan! Congratulation to Dania and all the best for the next journey ya :)

    ReplyDelete
  4. teringat pulak masa ambil result spm dulu. walaupun dah lama, tapi masih rindu time amik result, dapat naik pentas beramai2 :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah..betul tak kisah apa pun keputusan..kita terima sahaja..bukan itu yg tentukan masa depan kita nanti

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah tabarakallah. Tahniah Dania!

    ReplyDelete
  7. Wah, Tahniah.. Moga dipermudahkan untuk langkah pembelajaran seterusnya.. Jangan pernah menyerah walau apa jua keputusan.. Setiap usaha yang gigih pasti membuahkan hasil

    ReplyDelete
  8. congrats dania..moga terus sukses dan aunty doakan moga course yang dania minat.. dania dapat .. ameeen...

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya SPM dik, banyak lagi cabaran lepas ni. All the best ya utk adik dan mommy juga.

    ReplyDelete
  10. Alhanmdulilah... moga Dania terus berjaya mencapai cita-cita...

    ReplyDelete
  11. congrats to all the kids doing so well in SPM. keep up the good work

    ReplyDelete
  12. Tahniah Dania, ibunya dan bapanya sekali. Moga dipermudahkan urusan berikutnya buat Dania dan keluarga.

    ReplyDelete
  13. Tahniah Dania semoga selepas ini Dania akan lebih sukses lagi

    ReplyDelete
  14. Congrats Dania . Semoga terus sukses dan sukses. Moga dipermudahkan segala urusan berikutnya. All the best

    ReplyDelete
  15. Tahniah Dania! Semoga selepas ni lebih bersemangat and lebih suksess ya

    ReplyDelete