Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, July 5

Bila anak kerja part time | F.O.S.

Pada 22 Jun 2022, saya dan Dania ke IOI City Mall untuk hantar resume kat beberapa outlet. Mulanya kat Lush. Akhirnya lepas bagi resume dekat Lush, Dania dijemput untuk datang interview esoknya dengan Store Manager tapi kena kerja contract 2 bulan ke atas. Dari luar lagi kedai Lush ni pun wangi sangat. Saya suka juga kalau Dania kerja kat sini. 

Kedai kedua yang kami masuk bagi resume ialah Uniqlo. Dania suka sangat la kalau kerja kat Uniqlo ni. Isi borang kemudian pass juga resume Dania. Ok done....

Kedai ketiga kami ke Padini Concept Store. Tanya ada tak kerja Part Time?. Katanya belum ada nak pakai Part Time lagi sebab kedai Padini tengah renovate. Betul2 depan kedai Padini sekarang. Kali ni renovate untuk 3 pintu. Memang besar la. Katanya kalau dah buka yang baru tu memang nak pakai ramai la pekerja. 

Kedai keempat, kami ke Guardian. Kami jalan-jalan ni kat kedai yang berdekatan ajer. Floor yang sama je. Isi borang kemudian pass juga resume. 

Kedai kelima, kami ke F.O.S. Tanya kot kot ada nak Part Timer kan, sekali ada bro tu kata memang nak. Dania isi borang kemudian kat depan kaunter ni jugak ada bro seorang ni (dalam gambar). Perkenalkan diri sebagai Safiy pun tanya la kat saya. Hihi. Dania senyap je kat sebelah. Saya tanya bila nanti panggil interview?. Abang Safiy ni katalah kat saya bahawa kalau budak umur sebaya Dania ni dia tak tanyalah macam-macam. Dia cuma akan brief apa yang perlu dibuat ajer. Tau tau Abang Safiy tanya bila boleh mula kerja kat Dania?. Saya kata terus esok. Dania macam mode terkejut agaknya. Ye lah...tau tau esok nak kerja (dalam hati ummi...haaa nak kerja sangat kan?....๐Ÿ˜† ). Abang Safiy ni list kan dokumen yang diperlukan. Dia kata boleh je ambil masa. Saya kata, kalau saya memang akan buat secepat mungkin. Hehe. Saya memang gitu. Silap2 terus hantar segala docs petang sikit. Saya suka buat cepat.

Esoknya Dania kena mula jam 10 pagi - 6 petang. 

Sebelum ni Dania ada apply kerja kat A&W Evo Mall, Bangi tu pada 15 Jun 2022 tapi sampai kami datang hantar resume kat kedai dalam IOI City Mall pun tak kena panggil. Dania nak kerja dengan kawan baik dia Zalilah dan Rabiatul (Info Dania dapat sebab A&W dah ramai staff perempuan jadi dia nak staff lelaki). Tak ada rezeki nampaknya nak kerja sekali sebab dah nampak sini rezeki Dania kat F.O.S. Mungkin kat sini yang terbaik untuk Dania. Kita plan tapi plan Allah yang terbaik. Ada hikmahnya tu.  


Sebelum balik ambik gambar dengan Amylia dulu. Kawan Dania masa sekolah rendah. Bukan sekadar kawan sebenarnya. Ex kawan rapat. Boleh gitu?. Kawan rapat pun ada ex sebab masing-masing sekolah lain ๐Ÿ˜€. Seorang MRSM Arau, seorang lagi kat Bandar Baru Bangi ni je. Mungkin Dania kat sini boleh merapatkan silaturrahim balik. Ibu dia memang tukang jahit baju saya dan Dania. Hehe. 


Luas jugalah kedainya sebab 2 pintu. 


Ambik gambar dengan penguin ice rink. Plastik tu ada 2 helai seluar nak top up seluar yang sedia ada. Dah nak kerja kan. 


Esoknya lepas breakfast dah meneru hantar semuanya. Haha ๐Ÿ˜†


Tunggu Dania isi borang dan submit gambar dan fotostat IC.


Dapat offer letter dah siap sign semua. 


Ni ambik gambar dulu sebelum Dania balik. Tengok muka Dania ni ada macam cuak sikit la kan. Kejap lagi kena tinggal. Dah la hari ni kebetulan off day kawan dia. Baju T Shirt pun dah tukar baju kerja. 


Ummi dah ayah ambik gambar depan F.O.S. Excited pulak muka ummi dan ayah ๐Ÿ˜†


Ni bila balik ni. Nampak ceria la pulak. Maybe dah boleh selesa dengan kawan2. Katanya ada kakak Alissa tolong tunjuk ajar. Mungkin sebab tu Dania pun selesa. Ummi pun of course lega. Tenang sikit muka yang ni dari yang pagi tadi ๐Ÿ˜….


Balik, ummi dan ayah sama2 ambik Dania. Ayah ajak minum kat mamak. 


Esoknya Dania masuk petang jadi paginya nak buat nombor KWSP. Senang ajer. Pergi kat kiosk, click nak mohon jadi ahli KWSP....kemudian masukkan IC dan cap jari. Kemudian keluar la statement nombor ahli KWSP.  Alhamdulilah Dania dah ada nombor KWSP.

Ada kawan saya anak dia part time juga tapi katanya kalau bawah 18 tahun (Anak dia belum hari jadi lagi bulan Oktober), tak boleh buat KWSP. Which info tu salah sebab saya tanya sendiri staff KWSP tu dia kata seawal 14 tahun dah boleh mohon jadi ahli KWSP. 


Abang ni ajar Dania macamana nak daftar i-akaun KWSP online. 


Breakfast dulu sebelum drop kan hubby kat rumah sebab hubby work from home. Nak pergi buat debit card untuk Dania pulak. 

Cara nak buat Debit Card anak lepasan SPM tapi tak cukup 18 tahun. 

1. Ibu/ayah wajib pergi bersama anak
2. Anak pun kena hadir.
3. Bawa surat beranak anak yang original.
4. Bawa IC anak.
5. Bawa surat tawaran anak ke Universiti (Kebetulan Dania ada dapat tawaran ke Unisel jadi bawa ajer yang tu). Masuk tak masuk dia tak tanya. Sebab ada kakak F.O.S. kata kalau nak buat untuk kerja ni agak leceh untuk yang tak cukup umur 18 tahun). 

Akhirnya debit card dari CIMB Dania selesai. Boleh juga install terus cimb click dalam phone. Dania punya akaun ni Youth Account Savers i. Nanti cukup 18 tahun (tarikh birthday) dah boleh walk in sendiri tukar kepada akaun dewasa sebab dah 18 tahun.


Baju yang wajib pakai masa kerja ni kena beli. RM5/sehelai. Saya beli 4 helai. Senang nak tukar-tukar. 2 hitam, 2 kelabu. 


Diantara bekal yang saya sediakan untuk makan tengahari Dania. Kalau boleh saya akan sediakan sebab kita tahu dia akan makan apa yang kita masak. Takut merapu je beli nanti ๐Ÿ˜…. Kalau full day tengahari makan yang saya sediakan, rehat kedua tu makan la apa yang dihajati tapi selalunya yang ringan ajer. Lagi pun saya pesan suruh jimat sama. 

Sambal tumis ikan bilis dan telur dadar. 


Ferrero Rocher ni pesan kat Dania bagi staff yang kerja pagi sebab masa tu Dania kerja pagi. Hehe. 


Ada sekali tu Dania datang awal nak kena tunggu depan pintu sebab tak buka lagi. Pekerja berdedikasi datang awal. Hehe. Selalumya kalau dapat shif pagi la. Ada 3 waktu kerja :

Pagi : 10 pagi - 6 petang (rehat sekali)
Petang : 2 petang - 10 malam (rehat sekali)
Full : 10 pagi - 10 malam (rehat dua kali)


Haaa bekal lagi. Ayam goreng perap (macam2 ummi letak perapan sos cili, sos tiram, lada sulah, garam, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili), telur masak kicap dengan buah tomato dan kentang.


Kek ni bahagi dua untuk share dengan Amy. Kawan sekolah rendah Dania yang kerja sekali sini.


Macaroni and cheese, ayam goreng dan potongan kecil Cronut salted egg. Ada juga chilli flakes nak bagi pedas sikit.


Permintaan macaroni and cheese lagi dengan pulut dengan taburan gula dan mempelam. Semua Dania habiskan sekali akhirnya kenyang sampai ke petang. Ingat kot pulut tu dia makan petang pulak. 


Bihun goreng dengan buah epal. 


Ikan masak cili, telur dadar campuran daun bawang, bawang holland, buah tomato, cili merah, lada sulah, lobak merah dan sedikit garam. Dania suka telur dadar style ni. Ada juga letak mempelam manis juga. 


Spaghetti Bolognaise lauk ayam, lobak merah dan buah tomato. Nasib baik la Dania makan sayur. 



Sekarang ni kalau nak makan ke nak shopping barangan dapur senang shopping dekat IOI City Mall ni je. Lepas hantar Dania terus shopping atau masa Dania balik minum dulu kat sini.

So far yang saya suka sangat F.O.S. ni dari awal lagi first impression bila Abang Safiy tu bagi tahu Dania itu ini, saya dah instantly suka sebab cara Abang Safiy terangkan tu penuh berhemah, lembut je tutur kata. Dania bagi tahu ada kakak tu tunjukkan Dania apa nak buat pun baik je. Ada kakak supervisor pun ok jugak. Boleh la jugak bercakap dengan kawan sekerja masa buat kerja. Kalau ada satu kedai tu (dalam IOI City Mall) jugak tak boleh langsung nak bercakap. Ada CCTV nanti captured pulak siapa yang bercakap. Alahai....F.O.S. ni kiranya fleksibel la orang kata...sebab Abang Safiy pun kata dia tak expect too much pun untuk staff lepasan SPM ni. Interview sebenarnya tak ada....tapi lebih kepada apa yang Dania kena buat. F.O.S. ni pun tepi pintu jadi nak drop atau fetch Dania senang je sebab Dania kena jalan sikit je. Tak risau la kalau balik malam dia kena jalan dalam mall yang besar ni. Nampak saya excited kan kemain lagi cerita. ๐Ÿ˜œ


Haa masa ni tunggu Dania balik kerja. Dekat je. Makan depan F.O.S. jer. Hehe


Saya makan ni tapi share la dengan hubby dan Dania. 


Kami order semua ni makan dapat rasa-rasa. 


Datang je anakanda ha tudiaa....air matcha dengan kek tiramisu. Habis kerja mesti lapar...


Tadi, masa hantar Dania ummi pun me time kat Ayu Borneo IOI City Mall ni. Ada happy hour dari jam 10 pagi - 3 petang. Haa apa lagi...me time la takde sape kacau. ๐Ÿ˜…. Tempat dekat jadi tak buang masa la kan. 


Begitulah kalau ada anak ye...semua nak kisahkan...makan dia, tempat dia bekerja...selagi ummi dan ayah masih kuat lagi kudratnya.


***post untuk kenangan Dania bila dah dewasa...



XOXO,
Ezna

20 comments:

  1. umi ke yg nk minta keje tu hehe....good experience dania...bagus tu smp awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA....ummi dia tukang tanya semua Amy...Nak harapkan Dania tanya memanv tak la. Dania cuma angguk2 je. Memang Dania nak sangat kerja. Apa lagi all out la ummi tolong.

      Delete
  2. Nampaknya Ummi yg lebih excited ni :D
    Anyway, all the best Dania! Ambil sebanyak mungkin peluang utk belajar & cari pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yang ni memang betul!. Nak bagi Dania belajar cara berkomunikasi dan boleh bekerjasama dalam satu pasukan dan bagi dia berdikari.

      Delete
  3. bagus dania cari pengalaman... i kalau jadi u.. mesti selalu turun lepak mall tu heheheheheh.. hari2 me time.. yana pun nak kerja.. tapi i mcm kata rehatla nani ..lps ni mmg langsung x de rehat.. dia nak keje sbb nak beli ipad hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sekarang ni ada benda nak beli memang turun sana je you. Even nak me time pun I gi sana. Good idea juga tu duit Dania kerja boleh beli Ipad / Samsung Galaxy Tab yang ada pencil tu. Senang nak belajar.

      Delete
  4. Wahhhh every moments ada mami dia catat n amek gambar. Best kan bila anak anak da semakin membesar kota pon as parents rasa excited follow the growth flow together

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan ada lagi gambar-gambarnya Fafa tapi kang post lagiiiii panjang. Haha...ibu ayah selalu excited. Excited macam mana terpulang la tapi akak punya excited...fuhhh....

      Delete
  5. Best la Dania dah start part time while waiting for the next step kan! Seriously sama la perjalanan all of us lepas ambik SPM result. Nell pun kerja kat McDonald , then part time teaching.. Rindu betul zaman2 tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dulu keje McDonald's juga. Time tu gaji not so much la RM2/hour tapi buat kerja punya seronok. Banyak mengajar sis cara berkomunikasi dengan pelanggan juga dan macam mana nak mengatasi stress kalau kerja banyak.

      Delete
  6. Bagusnya anak akak nak timba pengalaman sebel masuk universiti. Nanti belajar rajin-rajin bila dah dapat penempatan.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya.. semua moment bersama anak diabadikan dalam blog.. rasa teruja bila anak mula bekerja dan cari pengalaman di luar

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah anak akak memang rajin. Semangat buat sesuatu sebelum menerima penempatan universiti. Semoga pengalaman bekerja ni beri semangat bahawa perlu menimba ilmu untuk capai cita-cita. All the best Dania!

    ReplyDelete
  9. It's really a good effort of Daia to work part time while waiting for results, gaining more working experience definitely helpful. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Bagus akak bagi support sepenuhnya apa anak nak buat bila mereka dah dewasa.. sama macam saya dulu nak kerja partime sementara tunggu result SPM dapat lah gaji tuk beli baju raya masa tu... Kerja kilang kayu jer huhuhuhu bangun pukul 6 pagi naik bas...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, bagusnya. Dapat pengalaman kerja pertama tu memang membantu sangat2. Lagi best sebab ibubapa beri sokongan yg kuat! :)

    ReplyDelete
  12. Nak tanya, Dania kerja part-time berapa hari ya seminggu? Hehehe berminat nak apply juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normally ikut jadual yang ditentukan oleh Supervisor. Dalam 7 hari tu ada 1 hari off day.

      Part time punya masa kerja :-

      F (Full) : 10 pagi - 10 malam (2 Break)
      N (Noon) : 2 petang - 10 malam
      M (Morning) - 10 pagi - 6 petang

      Delete