Rabu, Julai 6

Switzerland Last Day | Day 6

Hari ni pagi kami plan nak keluar jalan2 kat bandar Zurich ajer. Naik la tram dari hotel ke Zurich HB. Wah dah beberapa hari ni memang cukup hafal la nak kemana. Dah terer sikit2. 


Tram melalui kawasan perumahan. 


Oh ya ini universiti hebat ni ETH.


Masa bertolak ke bandar ni pagi jadi orang pun tak ramai. Lengang je bandar Zurich. 


Seronok betul jalan. Orang pun tak ramai.


Station Polybahn ni kalau nak naik atas terus ke ETH.


Bandar di tepi tasik. Macam sama je kat Luzern. 



Kat salah satu jambatan. Ada lock yang banyak juga. 


Kanan tu lokasi CLOY iaitu Schweizer Heimatwerk.


Itik yang comel berenang dalam tasik. 


Lalu lagi kat balai polis ni. 


Bandar yang lengang sebab kedai pun tak buka lagi. 


Hubby nak sewa basikal tapi cuma ada 2 ajer. Tak jadi nak sewa. 


Insurance Zurich tu asal sini eh?. 


Burung merpati ni banyak juga kat bandar Zurich ni. 


Dania nak beli coklat jadi tengah tunggu kedai coklat buka. Kedai ni buka jam 10 pagi. 


Kat sini cun kalau ambik gambar. 


H&M ni support LGBT which saya tak akan masuk H&M ni la kan...


Tram ni beroperasi awal tapi tu la kedai tak bukak lagi. 


Kat sini banyak burung merpati. Tugu siapakah pun saya tak tahu. 


Iklan orang berjalan tu canggih bagi saya sebab ia bergerak-gerak. Nampak la kartun tu berjalan. 


Apa yang ditonjolakan kurang memahami tapi yang macam jari tu diperbuat daripada seluar. 


Ini kawasan perumahan agaknya. 


Cantiknya kedai ni. Kurz. Jalan-jalan sambil menunggu kedai coklat bukak. 


Swarovski...


Berlatarbelakang bandar Zurich yang masih tenang. Tak ramai orang sebab mungkin sebab pagi lagi. 


KL kalau nak tenang macam ni kena tunggu Hari Raya sebab majoriti warga kota balik kampung. 


Kena berhati-hati juga snap gambar tu. Pastikan tak ada tram yang bergerak. 


Dania sibuk nak beli coklat kat sini. 


Kedai kopi dan pastri. 


Ramai juga beratur nak beli kopi dan pastri ni. 

Nama jalan kami singgah ni. Sepanjang jalan ni kalau rajin jalan la merupakan tempat shopping barangan mewah. Ia juga dikenali dengan :

"one of the world's most expensive and exclusive shopping avenues." In 2011, a study named the Bahnhofstrasse the most expensive street for retail property in Europe, and the third most expensive worldwide.


Masa ni kami jalan2 sampai station kereta api nak cari kedai coklat lepas tu masuk kedai souvenir. Terjebak beli beg ni. Hehe. Hubby la nak buat kenang kenangan beg dari Switzerland. Ada lambang bendera Swiss. Jadi konon jadi model bag saya suruh la pose macam ni. Haha. 


Dania dok la tengok kedai coklat bila nak bukak. 


Ok Lindt dah buka....


Nak naik tangga sahaja saya dah excited. Sebab apa?. Bawah tangga ada coklat mengalir. 


Belah kanan ni penuh coklat. 


Coklat yang dibeli. Hehehe...


Coklat sini...


Coklat sana....


Geramnya....tapi kena tengok la kalau vegan baru beli. 


Ummi dan Dania. 


Jalan-jalan nak ke station train. Singgah la top up air. 


Glattal ni syarikat tram jadi kalau nampak mesti teringat perkataan 'gatal'. Hehe.


Naik tram ke hotel, lepas tu tiba kat destinasi pintu tak terbuka. tram terus jalan....aisehhhh. Dah kena tunggu tram arah bertentangan nak balik kat hotel. Entah apa masalah pintu tu pun tak tahu. Terlepas satu station ajer. Nak jadi cerita la pulak. 


Ok tiba dah hotel kami. Balik sebelum jam 11 pagi sebab nak packing sikit2 apa yang patut. Packing yang banyak2 dah settle malam tadi pun. 


Nombor bilik nak dijadikan kenangan. 


Dalam pukul 12 tengahari dah gerak ke airport dengan menaiki tram. 2 station ajer pun terus tiba airport. Kat kerusi airport ni ada tempat untuk sambungkan plug. Senang la nak charge phone ni. Nak kena full kot kot nanti nak tengok MySejahtera. 


Kaunter tak buka lagi. Tu yang kosong je. 


Masa kami nak cari tempat duduk ni. Ada satu group orang menunggu jadi bila penuh dengan troli bagai, kita nak duduk tak boleh. Sekali hubby kata la semua derang conquer, macam mana nak duduk?. Ada troli depan kerusi ni...

Sekali ada seorang lelaki ni faham apa kami cakap. Mati2 ingat orang dari China sebab muka tak macam orang Indonesia. Sekali dia alihkan troli bag nya. Pastu dia kata 'silakan'. Hehehe....orang Indonesia rupanya.  


Dah check in bag senang nak bergerak jadi singgah la Air Restaurant nak makan bagi lapik perut. Macam food court je ni banyak kedai boleh pilih. 


Ada pula deko seakan kipas kapal terbang. 


Dania beli coklat Toblerone ni sebab ayah Dania nak habiskan duit syiling Swiss. 


Air hubby order kemain panjang lagi gelasnya. 


Kat Air Restaurant macam Food Court dalam Zurich Airport ni ada kedai pizza. Kebetulan seorang pekerja orang India jadi saya tanya pizza mana vegetarian. Dia panggil tukang masak pizza yang dia kata muslim. Staff tu pun explain la pizza mana kami boleh makan. Akhirnya kami pilih Pizza Margherita. Ada tomato sauce, cheese etc...basically yang boleh dimakan la. Sedap juga rasanya. Habis makan kami bertiga. Pizza sederhana besarnya. Alang2 tanya juga tempat solat.


Kat sebelah Air Restaurant ni ada tempat solat. Actually untuk kegunaan semua agama. Ada terjumpa orang Arab. Dia macam happy bila hubby kata kami dari Malaysia. Ada lagi 2 orang Malaysia couple kat sini. Macam kat Taiwan pun sama juga, pernah kami jalan kat depan klinik gigi. Dr tu tiba2 keluar dan cakap Malaysia?. Hubby pun cakap yes. Dia terus kata Welcome to Taiwan pastu dia masuk klinik balik. Pelik tapi benar. I guess kita ni bawa juga imej Malaysia kat negara luar. Maybe ada sifat yang baik2 orang Malaysia tonjolkan. 

Solat pun nak kena ganti2 supaya ada yang boleh tengok-tengokkan bag. 


Kat dalam ni ada juga diletakkan kerusi mengelilingi lilin. 


Cari chapel kat sebelah Air Restaurant. 


Ok dah selamat masuk dalam Qatar Airways. Tadi kami orang pertama check in. Dia check MySejahtera sebelum check in. Pastikan sebelum balik Malaysia update Traveller dalam MySejahtera tu. Jawab soalan semua yang ditanya. 

Kami akan transit di Qatar dan connecting flight pula Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur. Sebenarnya tiket kami ni Qatar Airways tapi maybe code sharing dengan Malaysia Airlines sebab Qatar dan Malaysia Airlines satu group di bawah Oneworld. 


Comel betul flight attendant ni. 


Kat Qatar ni dok promote Fifa ni la. 


Doa menaiki kenderaan. 


Haa tak lama kat awan makanan pun dihidangkan. Ni jus mangga. Pekat jus dia. 


Fish masak apa tak ingat, ada puding coklat yang sedap, salad, roti. 


Ini telur dan sausage. 


Ini chicken Sandwich.
 

Kami dah selamat mendarat di Malaysia dengan menaiki MAS. Dijadualkan tiba di Malaysia jam 3.05 petang. Seronok dapat balik Malaysia. Memori manis di Switzerland kita bawa bersama. 


Naik ERL dari KLIA ke Putrajaya Sentral. 


Saya nak ucapkan terima kasih buat Our Stories Travel kerana merealisasikan impian kami untuk travel ke Switzerland. Terima kasih buat Yasmin yang handle di bahagian Operations kerana menjawab semua pertanyaan sis dengan berhemah. Sis kan banyak tanya. Hehe. Juga kepada Encik Ahmad Francis (Suami kepada Owner Our Stories Travel) yang brief kami perjalanan di Switzerland almost 2 hours kat google meet. Tudia.....agak2 siapa banyak tanya? 💁. Pakej Self Trip Our Stories Travel dah include accomodation, return flight ticket dan public transport pass (swiss travel pass/zurich pass). Paling best anda semua boleh bayar sikit2. Tunggu offer yang best kat IG mereka tu. Syok sebabnya self trip ni kita pergi dengan keluarga kita je tak campur group lain. Jadi masa pun atas kita la. Nak lama kat sesuatu tempat tu pun atas kita. Bebas la. 

Bagi saya kalau pergi Switzerland anda semua boleh travel sendiri ajer sebab transport mereka sangat efficient dan nak commute dari satu tempat ke tempat yang kita nak pergi tu memang ada je public transport walaupun kat atas gunung tu....ada cable car dan train juga atas gunung. 

Travel ke Switzerland ni merupakan keputusan terbaik pernah saya buat. Kalau nak tempat yang tenang dan mempunyai permandangan yang sangat memukau boleh la ke sini. Dia tak sama macam bandar2 besar luar negara yang sibuk tu. Bak kata kawan saya la. Bukan saya yang kata. Moga kami dapat menjejakkan kaki ke tempat yang menarik lagi pada masa hadapan. Insya allah. 

Jadi percutian ke Switzerland kami tiga beranak khas untuk menghabiskan masa bersama anakanda tersayang sebelum masuk belajar pun tamat setakat Day 6. Alhamdulilah untuk semua pengalaman itu. 💝💝💝



XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. best sgt baca all your entries :) moga2 ada rezeki i utk travel abroad soon :) all the best dania--dh nak masuk uni tu...fly high ok!! gmbr dania yg pose duduk atas bench sambil tunggu kedai choc bukak tu---cute sgt!! gmbr2 kedai2 yg u snap2 tu, gmbr tram..all remind me of notts sbb mcm sepesen jer designnya :) thanks sbb share your travel stories!! love it soooo much!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awwww tq Suzz. Ni la cerita dari I yang sangat detail. Hehe. Tak tahu nak delete yang mana.

      Padam
  2. Finally we come to an end of the sharing of the trip to Switzerland.. seriously best sgt taw reading all of the entries... buat Nell nak book jer flight ticket sekarang and experience it myself there... Hopefully ada rezeki soon to make my dream a reality to explore Switzerland..

    BalasPadam
  3. Wah Switzerland.. Bestnya sharing kak ezna semasa di sana.. Haah seronok travel dengan family berbanding dengan group. More privacy dan tak rushing kan kak

    BalasPadam
  4. pekan ni banyak bangunan yg astetik dan cantik.. rasa tenang jer bila jalan2 kat sini.. bestnya suzz hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu...you komen blog I pastu you cakap Suzz.....uwaaaa...merajuk la I. Haha

      Padam
  5. Kalau macam ni lah kawasan dia, dekat mana-mana pun cantik untuk ambil gambar. Senibina bangunan dia cantik tersusun, kawasan pun bersih sangat. Selamat untuk yang berbasikal dan pejalan kaki. Terima kasih kak Ezna share dekat sini :)

    BalasPadam
  6. Puashati kan Ezna bercuti gini.. one day memang nak juga ke Swiss ni.. dah le nak ke Jepun hrtu cancel sbb pkp huhuhu

    BalasPadam
  7. Saya suka Switzerland ni sebab bersih dan nyaman. Udara dia sejuk-sejuk tenang tu. Lagi bertambah rindu. Doakan saya dapat kesana ya. Tunggu anak besar sikit sebab nak long flight tu bikin stress kalau bawa masa mereka kecil ni. Kahkahkah.

    BalasPadam
  8. Syukur alhamdulillah, Kak Ezna dan family dah sampai Switzerland. Doakan rezeki saya pula ya. Take care. Thank you for sharing your travel diaries.

    BalasPadam
  9. Wah best nyer cuti kat sana, cuaca pun selesa tak terlampau sejuk untuk jalan jalan.

    BalasPadam
  10. terima kasih sgt2 banyak membantu saya merancang trip utk Dis nanti...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...