Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, February 16

Hadiah buat teman dan solat hajat

Pada 10 Feb 2022, baru-baru ni, kelas Dania dicutikan sebab berlangsungnya ujian bertutur Bahasa Melayu untuk pelajar SPM. Dania punya 9 Feb 2022. Ala ada viral kat facebook soalan "Apakah perkahwinan idaman anda"....nasib Dania tak dapat yang tu. Kalau kena ujian bertutur pada 8 Feb 2022, kebarangkalian untuk dapat soalan tu memang ada. Ok tak nak ulas pasal tu. Hari ni disebabkan kelas Dania dicutikan jadi tak dapatlah nak bagi hadiah kat kawan Dania. Nak dijadikan cerita, 10 Feb, hari jadi kawan baik Dania yang nama Zalilah. Saya cakap dengan Dania nak pergi Rumah Kueh Kak Zu sebab nak belikan Zalilah kek kemudian boleh hantarkan sekali dengan hadiah yang dah dibeli tu. 

Masa ni tengah tunggu staff tulis kat kek tu. Ada beberapa jenis kek boleh dipilih tapi saje saya pilih Victoria Sandwich Cake ni sebab Zalilah suka sangat masa Dania bawak tahun lepas. 


Ni lah petite Victoria Sandwich Cake untuk Zalilah. 


Tulisan ni bagi saya cantik sangat. 


Picit loceng dulu kat rumah Zalilah. Happy Birthday Zalilah!. Moga impian Zalilah ditunaikan oleh allah dan berjaya di dalam SPM dengan cemerlang. Kalau dengan aunty biasalah kena pose depan kamera. Hehe. 

Bila dah balik menyesal tak beli kek ni untuk diri sendiri. Haha. Memang sedap sangat. Ada je Victoria Sandwich yang naked takde la krim bagai ni. Kek biasa ajer. 

***Minggu yang sama kami beli kek ni, saya terbaca kat IG Rumah Kueh Kak Zu...rumah jiran sebelah Rumah Kueh Kak Zu ni terbakar. Katanya total lost. Rumah Kueh Kak Zu beroperasi dari rumah ajer. Nasib baik hari yang kami pergi tu takde apa2....kalau tidak, tutup la kan...


Malam pula diadakan solat hajat untuk Dania sempena Dania nak exam SPM bulan 3 nanti. Ada cerita juga pasal solat hajat ni. Mulanya 2 hari sebelum, Pengerusi Surau membatalkan semua bacaan yassin pada hari khamis malam jumaat disebabkan kes Covid ni tinggi. Dah la lagi 2 hari sebelum majlis. Takkan nak cancel order. Mesti kawan saya dah prepare barang-barang masakan. Saya dah mula sedih la jugak kan. Kebetulan sebelum majlis, hubby contact rapat salah seorang AJK yang sama2 ada meeting sebelum tu. AJK tu positif Covid jadi hubby kena kuarantin. Dibenarkan hadir ke masjid nak dijadikan cerita memang kebetulan jatuh pada hari majlis. Kira punya kira tarikh contact rapat dan hari bila boleh ke masjid. Time ni pun saya dah down dah. 

Saya pun redha je la tak buat bacaan yassin tapi makanan saya sediakan. Ditakdirkan memang dah rezeki Dania, makanan semua memang tiba pada hari kejadian walaupun agak lewat sikit ajer. Tiba masa azan maghrib berkumandang jadi hubby boleh la prepare makanan letak atas meja. Cuba bayangkan kalau tiba masa orang solat, dah pulak lalamove tu kena menunggu kan?. Masa lepas solat maghrib, ada AJK siap beritahu imam untuk buat solat hajat khas untuk Dania. Alhamdulilah, solat hajat untuk Dania dapat dibuat walaupun pada mulanya bacaan yassin dibatalkan. Diimamkan pula oleh Prof Dr Amir Husin dari USIM. Beliau memang imam kat surau rumah saya ni. 

Satu pengajaran kat sini, bila you redha insya allah yang baik2 akan datang kat you. 


Saya order pulut kuning dengan rendang ayam. Air pun saya sediakan juga. Kenapa pulut kuning?. Bersempena juga dengan Dania khatam Al Quran bulan 1 baru2 ini. Alhamdulilah. Saya cakap dengan Dania supaya kalau boleh khatam sebelum SPM lagi baik. Nak bagi berkat dan alhamdulilah Dania boleh khatam sebelum SPM. Tahun lepas pun khatam juga. Alhamdulilah. Mana tau ada rezeki khatam selepas SPM pulak....


Inilah pulut kuning dan rendang ayam yang saya tempah tu. Sedap rasanya. Dania siap ambik portion saya lagi haa...3 pax memang saya suruh kawan saya tu asingkan sebab beli untuk kami sekeluarga. Lain2 baru bagi kat jemaah surau. 
 

Moga perjalanan SPM 2021 Dania pada Mac 2022 ni dipermudahkan oleh Allah dari awal sampailah ke akhirnya. Aamiin. 



XOXO,
Ezna









2 comments:

  1. Selamat maju jaya utk Dania Aunty doakan :)
    Nampak sedap betul VS cake tu...

    ReplyDelete
  2. all the best dear dania!! moga2 dpt straight As..aamiin

    ReplyDelete