Selasa, Februari 8

Pemetaan Cahaya | Putrajaya Steps

Awal-awal hubby dah cakap nak pergi Putrajaya Steps waktu malam. Nak pergi sebab apa ye?....haaa ni dia....nak [ergi tengok pemetaan cahaya kat Putrajaya Steps ni la. Ia diadakan 3 hari sahaja dari 27 Jan 2022 - 29 Jan 2022. Ianya bersempena dengan sambutan Hari Wilayah pada 1 Feb 2022. Pemetaan cahaya ni berkonsepkan Keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia ni sering disebut oleh Perdana Menteri kita yang baharu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. 

Pada 27 Jan 2021, jumaat malam tu kami ke Putrajaya. Boleh dijangka jalan akan sesak ke sini. Bila kereta kami melepasi jalan nak ke medan selera Laman Perdana yang terletak dekat je dengan pemetaan cahaya tu, penguatkuasa tutup jalan. Ni yang paling tak gemar ni. Nak ajak orang ramai tengok pemetaan cahaya tapi beberapa akses jalan ditutup pula. Bagi kami, sangat la beruntung sebab lepas tu dah tak sesak la arah kami lalu tu. Senang la dapat parking. 

Masa jalan nak ke Putrajaya Steps ni, jalan gelap ajer. nak kena pasang pula lampu dari phone. Dah tiba kat tempat ni boleh dilihat tak ramai la orang berbanding 'Lights' di ambang tahun baru yang diadakan di Istana Kehakiman. Boleh nampak orang ada yang duduk bersila atas jalan. Tu lah sebab kereta tak boleh lalu jalan ni. Kena ikut jalan alternatif. 

Ambik gambar dengan Dania. Hubby ada tapi phone saya ni entah macamana tak fokus kat hubby. Hehe. 


Kali ni baru ada wajah kami bertiga tapi blur la sebab belakang kami ni terang. 


Ambik kesempatan ambil gambar Dania masa formasi cahaya tu. 


Pemetaan cahaya ni seiring dengan lagu yang dipasang. 


Lagi warna-warna yang dipancarkan. 


Meriah juga la pemetaan cahaya kat sini cuma persembahannya tak lama dan sekejap. Kemudian berhenti dan sambung lagi dengan persembahan yang sama. 


Boleh pula berposing tengah jalan. Ye lah boleh la sebab jalan ni dah ditutup. Kami je sempat lalu jalan ni. 


Saya dengan Dania berlatarbelakang Jabatan Perdana Menteri. 


Tau tau dah tiba kedai mamak. Nak minum dulu kat sini. Nak tutup lagi 30 minit tapi boleh order lagi. Kalau kedai melayu selalu dah tak ambik order dah. 


Lepas tu baru bertolak balik. Sempat pula minum air panas malam-malam ni. Masih ada je saya tengok yang siap order nasi lagi. Benda kecik-kecik ni pun boleh buat kami happy. Alhamdulilah. 



XOXO,
Ezna



8 ulasan:

  1. Wah menarik! Kalau ada pelunag nak sangat pergi tengok. Bella teringan video Rewind Indonesia 2021 di YouTube. Cuba Kak Ezna tonton. Dia buat outdoor juga dan lampu2 macam ni.

    BalasPadam
  2. Comel plak formasi dia kan. Rawlins pun sejenis mudah teruja dengan formasi cahaya sekali dengan muzik nie.

    BalasPadam
  3. Nice. Nampak menarik betul formation cahaya tu. Teringat pulak dulu, every year mesti pergi tengok formation cahaya kat Bandar Hilir Melaka. Memang dulu-dulu sangat, dah lama dah tapi memang cantik dan kreatif persembahannya.

    BalasPadam
  4. alaa sayangnya baru tau, kalau tau haritu boleh pi, macam best je, balik2 lepak ayer8 je hahaa

    BalasPadam
  5. best dpt spend masa bersama yg tersayang

    BalasPadam
  6. Wah best, my friend also ajak me to this event but i tak sempat nak pergi.

    BalasPadam
  7. cantekkk nya ezz.. i baru tahi.. nanti boleh ajak my hubby datang sini

    BalasPadam
  8. Sempat juga ye, saya kalu ajak jarang husband nak sebab jem, tapi rasanya saya pun tak larat nak jalan jauh haha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...