Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 4

Dangerous Lies

Credit : Google

Berkesempatan lagi untuk review movie Dangerous Lies yang diterajui oleh Camila Mendes sebagai Katie. Eiii comel betul Camila ni. Jessie Usher sebagai Adam. Suami kepada Katie. Ada juga Cam Gigandet sebagai Mickey Hayden. Cam Gigandet ni pernah berlakon watak James dalam Twilight. Jika anda masih ingat movie Twilight la kan. James ni yang ikut Bella sebab Edward Cullen bunuh makwe dia bernama Victoria. Ok habis part Twilight. 

Movie ni mengisahkan seorang wanita muda bernama Katie yang kahwin muda bekerja sebagai penjaga kepada warga tua yang kaya bernama Leonard. Katie ni terpaksa bekerja untuk menolong suaminya membayar bil. Pada suatu hari, Katie meluahkan kepada Leonard yang dia perlukan duit untuk membayar bil tertunggak. Leonard kata dia ingin membantu tetapi Katie kata dia tak nak ambil duit tapi disebabkan Leonard pernah memberitahu yang beliau memerlukan tukang kebun,  Katie minta Leonard tawarkan suaminya Adam bekerja sebagai tukang kebun. Bayangkan rumah yang sangat luas dan kawasan rumahnya dipenuhi pokok-pokok perlukan penjagaan yang rapi. Dulu pernah ada tukang kebun tapi setelah itu tukang kebun tersebut tidak muncul lagi di rumah Leonard. Leonard juga memberitahu Katie yang dia selalu terdengar orang berjalan dalam rumahnya. Katie kata mana mungkin ada orang kerana Leonard tinggal keseorangan. 

Credit : Google

Akhirnya Adam, suami Katie diterima bekerja sebagai tukang kebun di rumah Leonard. Ada satu hari tu Katie pun mendapat bayaran sebab bekerja sebagai penjaga Leonard. Bila tengok cek yang dia dapat, rupanya Leonard bagi lebih. Ingat tak Leonard kata nak tolong bagi duit untuk meringankan beban Katie yang kata perlukan wang untuk membayar bil tertunggak?. Katie nak call balik Leonard tetapi suami dia kata bank in dulu duit tu dan settle apa yang tertunggak dan keesokannya baru la tanya Leonard. Mungkin Leonard tersilap tulis cek. Katie cuba telefon Leonard tapi tidak berjawab. Tak silap saya cek itu tertulis USD 7,000. 

Credit : Google

Keesokannya seperti biasa, Adam dan Katie ke rumah Leonard. Katie membuat sarapan pagi dan mendapati Leonard mati dalam tidur sambil mendengar lagu kesukaannya. Polis pun datang untuk membuat siasatan. Sebelum itu, Adam terjumpa peti harta (treasure chest) yang penuh dengan wang yang bernilai lebih daripada USD 100,000 ++ di dalam bilik berdekatan dengan mayat Leonard ditemui. Duit itu kemudiannya disimpan ke dalam peti simpanan selamat (safe deposit box) sebuah bank. Dalam pada masa yang sama Hayden yang mengaku sebagai agen hartanah mengintip Adam dan Katie di bank.

Seorang polis bernama Detektif Chesler menanyakan Katie siapa yang akan menanggung kos pengkebumian Leonard?. Katie kata Leonard selalu memberitahunya jika beliau mati, beliau ingin dibakar dan abu mayatnya diletakkan di laman rumahnya. Pada hari pengkebumian Leonard, seorang wanita yang mengaku peguam Leonard yang bernama Julia datang dan memberitahu Katie satu hal. Rumah besar milik Leonard telah diwasiatkan kepada Katie. Apa lagi terkejutlah Katie dan suaminya Adam.

Mereka berpindah kepada kehidupan yang lebih baik. Ketua agensi pekerjaan tempat Katie mohon kerja  iaitu Calvern mengesyaki Katie penyebab Leonard mati dan mungkin ada muslihat. Ye lah takkan lah seorang tua yang kaya tiba-tiba menghadiahkan rumah kepada Katie yang baru bekerja 4 bulan?. Tambahan pula Calvern mendapat tahu yang Leonard membayar Katie wang yang lebih daripada gaji yang ditetapkan untuk Katie. 

Agen hartanah Hayden pula datang untuk menawarkan jika Katie mahu menjual rumah Leonard. Katie mengatakan beliau tidak akan menjual rumah tersebut. Hayden mengatakan bahawa kliennya amat berminat dengan rumah Leonard yang sekarang ni menjadi hak milik Katie. 

Nak dijadikan cerita pada suatu hari Katie datang memeriksa bilik tukang kebun dan terkejut kerana mendapati mayat tukang kebun Leonard ada di bilik tersebut. Ini berdasarkan cek yang tertulis nama tukang kebun yang lama. Cek tersebut tidak pernah ditunaikan. Leonard pernah memberitahu Katie nama tukang kebun lamanya yang menghilangkan diri dan tak datang kerja kat rumah Leonard. Apa  yang lebih mengejutkan, satu uncang berisi berlian ada berdekatan mayat tukang kebun tersebut. 

Detektif Chesler ada menyatakan perasaan ragunya terhadap suami Katie iaitu Adam. Dia memberitahu yang manusia mungkin akan berubah jika telah kaya. Katie pula selalu merujuk kepada peguam Leonard bernama Julia. Katanya jika ada apa apa yang meragukan dengan properti Leonard, pihak polis mungkin akan mengeluarkan waran untuk memeriksa properti tersebut dan kemungkinan properti tersebut akan ditarik balik hak miliknya daripada Katie. Adam sentiasa mengulang cakap bahawa dia tidak sanggup untuk kembali kepada kehidupan lamanya. Ye lah kehidupan yang penuh dengan hutang piutang. 

Adakah suami Katie mempunyai niat yang tidak baik?
Siapakah agen hartanah Hayden? 
Dapatkah pihak polis menemui berlian di rumah tersebut? 

Pada akhir cerita, suami Katie....Adam ada mengatakan perkataan 'taman'. Apa maksudnya?

Jalan Cerita : 5.0 / 5.0 Pada mulanya nampak macam tidak ada apa-apa yang istimewa dengan movie ini sehinggalah rumah yang tersergam indah menjadi hak milik Katie yang baru bekerja dengan orang tua kaya Leonard baru 4 bulan. Apa kes pula dengan Hayden yang sentiasa mengekori Katie dan Adam ke bank dan sering ke rumah Leonard untuk membeli properti tersebut membuatkan hati ini terdetik nak tahu apa yang menyebabkan Hayden berminat sangat dengan rumah Leonard. 

Pelakon : 4.0 / 5.0 Watak Adam ni bagai penuh dengan muslihat menyebabkan kita terfikir tentang kemungkinan Adam ada niat yang tidak baik. Watak yang dimainkan oleh Camila Mendes ni lebih kepada watak kesian, penyayang dan bertimbangrasa. Tengok layanannya kepada Leonard penuh dengan keikhlasan dan penuh dengan kasih sayang. 


Keseluruhan : Best la movie ni. Memang kena la dengan taste saya dan suami. Siapa yang jahat sebenarnya akhirnya dapat dirungkaikan pada akhir movie ini. Sangkaan saya ternyata meleset. Saya ingatkan xxxxxxx yang berniat jahat rupanya sangkaan saya meleset. Pandai movie ni twist minda saya ye?. 😏😏😏




22 comments:

  1. Menarik juga cerita ni.
    Nanti nak cuba tengok la. hehe thanks.

    ReplyDelete
  2. wah mesti tonton ni..mcm menarik perjalanan cerita dia :)

    ReplyDelete
  3. Ni kat mana? Netflix ke? Nanti bolehlah tengok, macam best plak cara Ezna review tu...

    ReplyDelete
  4. nanti kesempatan bole la tgk movie yg ezna review ni...ankdara manjang nk tgk drama korea je..mak nk tgk movie pn pyh haha

    ReplyDelete
  5. Bila baca sinopsis cerita ini menarik gak apa agaknya yang terjadi? Adakah suami Katie pembunuh?

    ReplyDelete
  6. based on review ni jalan cerita menarik. nanti boleh la tengok. thanks sharing

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Saya pun suka cerita thriller mcm ni.. baca pun dah rasa suspen.. tq sharing.

    ReplyDelete
  8. Alamak..baca jalan cerita ni buatkan sis nak tengok terus cerita ni, nak tahu kesudahan cite ni, ok malam sikit nk tengok

    ReplyDelete
  9. Banyak cerita best kat netflex. Kita takde.. Huhu.. Baca macam best je. .suspen, punade nak tau apa jadi

    ReplyDelete
  10. all lies are dangerous pun kan. hahah tak pernah lagi tgk citer ni. suspen juga

    ReplyDelete
  11. Macam menarik cerita ini.. Dah lama xlayan movie sejak pkp ni sbb emosi tgh xstabil... Nanti bolehlah layan time bosan2 ke.. Jln cerita pon menarik..

    ReplyDelete
  12. I rasa cerita dia slow.. tapi tunla.ms tgk cerita ni..kita mmg akan byk suspek adam tapi sebenarnya tidak

    ReplyDelete
  13. Nasib takde spoiler. Rawlins dah masuk dalam to watch list dah citer nie. Yes! Suka cerita thriller gini

    ReplyDelete
  14. Macam best lahhh. Nanti nak marathon kat Netflix. Hahaha. Sekarang sibuk dengan drama Korea. hahaha

    ReplyDelete
  15. Wow rating hampir full ye bagi. InsyaAllah ada masa nanti kita tengok juga.

    ReplyDelete
  16. Blm tgk lg tp bila baca sinopsis dia mcm bedt jer

    ReplyDelete
  17. Wahh..da bca jalan cerita dia xsabar nak tau endingnya..sape ekk yg bunuh tukang kebun tue??tertanya2 jugak nie..nanti nk tgok la apa kesudahan citer nie..

    ReplyDelete
  18. Ala.. nak tau ending dia.. takde netflix ni.hahhaha tapi dari segi penceritaan memang best. Dan tak sabar nak tau ending cerita ni. Seronoklah jaga harta orang kaya tu.

    ReplyDelete