Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, February 9

Pandu Puteri mengimbau kenangan lama

Pagi lagi kena hantar Dania ke sekolah. Actually macam hantar ke sekolah hari2 biasa je cuma pagi ni Dania dan kawan-kawan pakai baju Pandu Puteri Renjer. Mereka kena pergi sekolah SMK Saujana Impian untuk program Majlis Pandu Puteri Renjer Daerah Hulu Langat 2020. Saya hantar takat kat sekolah je le sebab mereka semua akan mengikut kereta cikgu. 

Ada 4 orang semuanya dari kiri : Dania, Dina, Fatimah. Zalilah tak tiba lagi masa ni. 



Sibuk saya menanya guru pengiring dan inilah hasilnya gambar-gambar dan video dari cikgu. Hehe. Ada sekali tu Dania kata cikgu Shuraidah kata "saya tak tahu parent mana minta ambik gambar kamu semua". Dania dalam hati cakap mesti ummi punya kerja ni. 😆😆😆

Ada 3 lagu yang dipersembahkan.

1. Lulalalu Lalalulalulale
2. Ging Gang Gooli
3. Umpa Umpa Umpala

Video ni hanya ada lagu Umpa Umpa Umpala ajer. 

Ketiga lagu yang dipersembahankan mereka ni terpahat dalam kepala saya pernah menyanyi juga masa saya di bangku sekolah. 


Kalau ikutkan persembahan yang Dania buat ni mereka tengah nyanyi Heyla oh Heyla Shayla....kena menyanyi dengan memakai pakaian dari suratkhabar. 


Jerry Lost Temper ni projek 'big book'. Mereka punya ni cantik tapi disqualified sebab mereka lipat kad manila ni. Tak boleh lipat untuk projek ni. Ada salah faham mereka kat sini lah. Takpelah...


Dania dan kawan-kawan dengan Cikgu Shuraidah yang bertugas di meja pendaftaran pada hari tersebut. Cikgu Shuraidah ni yang saya minta gambar Dania dan kawan-kawan. 


Cikgu yang pakai baju Pandu Puteri ni namanya Cikgu Hayati yang pernah ajar Dania masa Form 3 subjek Geografi dan Form 4 ni ajar subjek Sejarah. 


Majlis penyampaian hadiah dengan wakilnya kawan baik Dania, Zalilah. 


Tahniah semua mendapat sijil pencapaian No. 3. Kira bertuah juga dari 40 lebih kumpulan yang bertanding dari sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat, sekolah Dania dapat No. 3 untuk action song. Ada juga hadiah untuk 'big book'. Boleh la tambah markah untuk kokurikulum. 


Disudahi dengan gambar ramai-ramai.


Saya sokong je kalau Dania nak pergi untuk bagi pengalaman kan....tambahan pula subjek hari jumaat ni tak la heavy sangat jadi oklah. Kalau ada Matematik Tambahan ke nak kena fikir 2 kali la bagi pergi kan?. 

Ambik gambar mereka dari tempat ummi parking kereta. Alhamdulilah pergi dengan harapan, pulang bawa kejayaan. Saya pun Pandu Puteri juga jadi bila anak pun join Pandu Puteri tu memang mengimbau kenangan saya zaman sekolah dulu. 


Saya Pandu Puteri. Anda??

15 comments:

  1. awa dulu masa sekolah join Puteri Islam.. teringat lagi baju putih kain pink.. hehe.. bestnya zaman sekolah. rinduuuu

    ReplyDelete
  2. tgk dania teringat my yana..dia pun aktif terlibat dengan aktiviti macam ni...heheh

    ReplyDelete
  3. Rindunya zaman Pandu Puteri dulu! Lagu Heyla Oh Heyla Shela ni memang famous lah setiap kali camping je nyanyi. Tahniah team Dania menang no 3, memang tambah pengalaman sampai bila-bila akan berharga.

    ReplyDelete
  4. Alaaa memeori sangat zaman sekolah gini laaa...
    Saya dulu Ranger...mula dulu St John kemudian tukar Ranger..hehehe

    ReplyDelete
  5. Masa zaman ena teringin nak masuk pandu puteri tapi sedih la semua cikgu yang tentukan. Kena ikut. Mane ada pilih sendiri. Comel sgt dania

    ReplyDelete
  6. Bagus mak..sampai suh cikg tangkapkan gambar..hehehe. Anak sis masuk kadet polis, dia jenis yg minta lasak2 ni. Sis pun dulu masuk pandu puteri gak..kenangan betul, rindu masa2 zaman tu

    ReplyDelete
  7. Dulu na dpbsm..memng syok bila ada aktiviti meacm ni..buat budak-budak berfikir, nyanyi..ehhee...Tahniah Dania dan team..menang

    ReplyDelete
  8. Dulu saya puteri islam. Ayu gitu. Haha. Tapi lagu no. 1 dan no. 2 memang marina hafal

    ReplyDelete
  9. Kita dulu Pengakap je.. itu pun dari darjah 4 sampai 6 sahaja.. Masa sekolah menengah, Pengakap sekolah semua Cina... Xtau kenapa xde melayu...

    ReplyDelete
  10. Saya dulu pun pandu puteri hahah tapi lupa dah la haih sebab dah lama sangat tggl sekolah hahaha

    ReplyDelete
  11. Wah, terus teringat zaman kokurikulum dulu. Saya masa sekolah rendah join kadet remaja. Sekolah menengah join pancaragam. :)

    ReplyDelete
  12. dulu2 saya puteri ISlam. teringat pula kenangan zaman kanak-kanak dulu kan.

    ReplyDelete
  13. aida pernah jadik pbsm. tunas puteri. puteri islam.
    tak pernah stay satu persatuan :)
    now, syuhada join pandu puteri. dari sekola rendah. stiap rabu memang beruniform tu la dia ke sekolah :)

    ReplyDelete
  14. Seronok bila parent benarkan timba pengalaman utk join aktiviti pakaian seragam macam ni. Saya dulu Puteri Islam. Mak saya kalau ada kem motivasi, semua dia kasi. Saya pula yang takmo. Hahahaha. Saya masa sekolah rendah shy shy cat. Bila sekolah menengah tukar ke kadet. Hitam kulit ku. Nasib baik bleh cun balik. Hahaha.

    ReplyDelete
  15. Comel sangat dania..teringat zaman kt sek dlu2 ya.. Tapi kita kadet bomba.. Kahkah.. Rasa ganas sgt time tu

    ReplyDelete