Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 4

Sesekali berdua

Is that time again bila mana Dania kena pergi kem selama 3 hari 2 malam. Kali ni kem Pembimbing Rakan Sebaya. Ummi as usual get ready dengan bag nak bawa dan start la suruh Dania packing itu ini barang nak bawa nanti. Ni ambik gambar hari nak hantar ke kem. 


Apa barang yang dibawa waktu kem?

Ini sangat penting ni tilam yang senang bawa. Tilam ni ringan iaitu tilam foldable khas untuk travel. Muat la size dewasa ni. Baru beli je ni kat Parkson Alamanda Putrajaya. 


Camping bag ni memang serba guna sebab ada banyak compartment. Dah pernah bawa masa bercuti kat Beijing tahun 2009.  Walaupun banyak barang, bila bawa rasa tak berat sangat. 


Haa ni penting ni barang kudapan ni. Mana tahu kot terlapar sebelum hidangan utama disediakan boleh la makan snek yang ni dulu. 


Sleeping bag ni boleh ajer pakai ini ajer tapi since saya beli tilam, sleeping bag ni pakai untuk selimut ajer. Tilam tu sebagai lapik. Kalau tak nak sleeping bag ni pun boleh. Bawak ajer selimut. Tak payah bawa ni. Bawa selimut dan tilam kat atas tu je. 


Dania pergi tu hari jumaat, jadi masa makan tengahari hari sabtu tu saya dan suami makan kat Bawal Power yang baru berapa bulan je buka kat Teras Jernang. Sebelum ni pernah ajer kami makan kat Cyberjaya. Tempat asal kat Cyberjaya tu mereka dah pindah kat Futurise. 

Alamat :

Bawal Power Sempoi
Lot 5939
Jalan Taman Sentosa
Taman Desa Sentosa Fasa 2
Teras Jernang
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Ini yang kami order ni. Nasi tu siap ada kari lagi kemudian kami tambah ikan dan sotong bakar juga ulam-ulaman. Ulam-ulaman dan nasi mereka bagi free ajer. Gambar ulam-ulaman takde sebab tak ambik lagi. 😊😊😊


Boleh tahan ramai juga orang makan kat sini. 


Tapi kan...yang paling saya terkejut rupanya lokasi Bawal Sempoi Power ni kat lokasi Asap Steamboat & Grill. Eh dah tutup Asap ni padahal saya pergi tahun lepas kot. Ni link saya makan dulu. 

Bagi saya la kan, Bawal Power Sempoi yang orang dok viral ni....biasa je. Macam ikan bakar biasa je. Tak banyak pilihan. Air pun masa saya pergi tu ada 2 jenis je. Tak boleh order air lain. Takde tempat pun boleh order air panas kalau nak order air panas la. Air 2 je kalau tak suka dah takde pilihan lain dah. Kalau nak banyak pilihan bukan kat sini ye. Harga yang kami makan untuk 2 orang RM30++. 

Malam pula kami ke Ramal Junction Food Court Sg Ramal. Kat sini banyak pilihan gerai. Saya pilih bihun sup utara since saya rasa nak makan simple ajer malam ini. Line paling panjang beratur dimenangi gerai Willy Satay......


Alamat :

Jalan Ramal 1, 
Taman Ramal Indah,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan 


Ditambah pula takoyaki sotong. Sedap takoyaki kat sini. Disebabkan takoyaki kat sini sedap la saya suka juga makan takoyaki. Idak memang tak reti makan ni. Menggerutu je nampak tu ialah Bonito Flakes / Fish Flakes. 


Kejap ajer 3 hari 2 malam. Ahad dah nak kena ambik Dania kat sekolah. Dalam selambak beg-beg kat sini, saya boleh kenal beg anak saya sekali dengan tilamnya, pencil case dan buku. Haaa complete. Masa tengah bawa beg, tilam bagai ni boleh pulak ada mak tanya saya....eh dah boleh ambik ke?. Tu barang anak you ke?. Eh soalan.....saya jawab saya kenal la barang anak saya. Macamana la tak kenal?. Saya yang beli semua barang anak saya. Idak la saya bagitau....saya yang rearrange semua barang anak saya. Hah amacam?. 😝😝😝.

Bagi saya ada je mak yang lepas ke anak bagi packed semua barang. Saya jenis akan check balik beg anak. Tak kira la umur dia dah 15 tahun ke kan? Selagi saya kat rumah, saya akan check lagi. Bila dah check takkan nak tengok je kan? Tolong la kemas bagi well organised pulak. 


Dania kata kem tu best tapi penat la. Bila ambik je letih je nampak sebab pagi tu Dania tidur pukul 2 pagi sebab ada aktiviti Night Walk. Night Walk ni kena gi padang kemudian ditinggalkan seorang2 ikut satu jarak yang jauh diantara satu pelajar yang lain kemudian kena kacau. Kacau telinga la apa la....😆😆😆 (Senior yang kacau). Kena stay selama 1 jam kot. Dania la yang cerita... 

Bangun jam 5 pagi dan sambung pula aktiviti yang lain pula. Saya bagi je Dania join aktiviti macam ni. Biar bagi pengalaman kat Dania. Ada je mak tak bagi anak tidur kat sekolah. Bila pagi baru hantar. Bagi saya takde la pengalaman manis untuk dikenang mereka. Sesekali bagi la mereka berdikari dan teroka dunia mereka ye tak?. 

Sesambil tu sesekali berdua la kami hubby wifey 😍😍😍. Fuhhh panjangnya cerita hubby nak kena dengar pulak 😅😅😅. Tapi kan....is not easy la berjauhan dengan anak walaupun 3 hari 2 malam. Ye la saya dah jaga Dania tu since 5 bulan. Bayangkan lah.....tapi demi untuk kebaikan saya terpaksa la merelakan walaupun padehal hello.....cuma 8 km lebih je anak tu 😆😆😆.

Berminat nak belajar memasak kuih talam?


Boleh klik sini

20 comments:

  1. Alamak.. TB nampak Bihun Sup.. adoi.. antara kegemaran tu.. lapar pulak tengok.. hahaha.. syoknya dia dating berdua je 3 hari 2 malam.. cewah..

    ReplyDelete
  2. Pengalaman tidur di sekolah tu memang bagus, tapi saya tak pernah pun tidur disekolah, parent tak bagi. Sekarang saya faham perasaan parent saya dulu, bila saya cuma ada satu-satunya anak lelaki didunia ini (sorang baby girl). huhuhuhuhu. pengalaman waktu zaman sekolah itu memang indah, tapi saya tetap risau bila anak jauh dari penjaga.

    ReplyDelete
  3. takoyaki extra fish flake my fav.
    Lamanya tka pergi berkhemah..sejak ada anak tak de buat aktiviti tu pun tunggu budak2 ni besar skit lagi nak ajak la.

    ReplyDelete
  4. Tengok ni terfokus dekat makanan. Kalau dapat sekarang ikan goreng waktu lunch kan best...Hahaha. Tengok Dania tu banyak jugak ya prepare barang.

    ReplyDelete
  5. My Dania dah lepas dah program ni...sedih iolls tinggal bertiga jer ngan mak abah..elok anak- anak kita terdedah dengan aktiviti macam ni..meningkatkan self confident dia kan...

    ReplyDelete
  6. Rawlins tak try lagi yang ikan viral tu. Tapi pernah pergi yang Sg Ramal tu, sampai ke sudah tak dapat makanan sebab banyak yang amat umat masa tu. Terus tak pergi sampai sekarang. Haha

    ReplyDelete
  7. Anak kecik lagi. Tak merasa lagi feeling tu macam mana. Tahun ni baru anak yang pertama masuk playschool. Sunyi rumah tu tak tau la nak cakap macam mana. Belum kene tinggal 3 hari macam ni lagi

    ReplyDelete
  8. Wah Dania ada program camping sekolah ya Best tuh. Ni yang rasa nak masuk zaman sekolah .Hahaha . bila anak tak ada sementara ni bila berdua tuh rasa throwback zaman cintan cintun ye tak .Bebas nak pergi sana sini bedua je .Malam malam tenfgok gambar makan buat lapar laaa

    ReplyDelete
  9. Mak kalau susun memg kemas.. Seronok dia dapt p camping. .Mak ayah berdua kejap. .sedap juga tempat makan tu. .Dah lama tak makan ikan bakar2 ni.. Ooo viral ye.. Nampak snagat nad tak tau. .hahaa

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat pergi kem macam ni teringat lagi zaman sekolah dulu selalu join kem-kem macam ni hehehe dan memang mak kita paling sibuk nak sediakan semua barang-barang dalam beg tu wakakakka..

    ReplyDelete
  11. seronok la dia dapat g camping dengan kawan-kawan.. yg mummy daddy dapat dating berdua kan... hihihi sesekalibagi can lakan..

    ReplyDelete
  12. Teringat zaman sekolah dulu. Join perkhemahan la.. Macam macam la. Tido kat sekolah tu satu pengalaman. Seronok ada macam macam aktiviti yang dah dirancangkan.
    Sesekali dating berdua syok tu. Hehe

    ReplyDelete
  13. Baru nk menghayati pasal gi camping .. Sekali nmpk makanan aduhh lapo.. Hahaha.. Rindu juga nk bercamping zmn sekolah. Seronok sbnrnya kan

    ReplyDelete
  14. Teringat zaman sekolah dulu-dulu kalau pegi camp. Duk 2-3 hari jauh ngan mak, pastu rindu rumah. Zaman tu mana nak ada handphone nak call mak. hehe

    ReplyDelete
  15. hehhehe.... memang pun kekadang kena juga ssesekali berdua. bila anak ada event or aktiviti mcm nih .. apa lagii yer dak!

    ReplyDelete
  16. elok juga anak diberikan peluang dan pengalaman sebegini. satu masa nanti mereka akan membesar dan alami lagi banyak aktiviti mencabar. hehe. cuma satu je saya tak suka aktiviti ni, kalau kene rempuh hutan or sungai dengan lintah dan pacat ooooo my. this is my worst nightmare

    ReplyDelete
  17. wah macam2 mak dia bekalkan ya..hehehe..biasalah perasaan mak2..tapi seronok juga bila kita diberikan masa tinggal berdua.blh catch-up macam hehehe

    ReplyDelete
  18. Kalau berjauhan dengan anak memang akan rasa rindu kan.. walau taklah jauh sangat pun. macam huda anak pergi sekolah pun rasa rindu sebab suri rumah. Diorang balik baru lah ceria rumah dengar suara diorang

    ReplyDelete
  19. Ya mama, nak jauh dgn anak mmg payah. Kadang2 dpt Me Time pun ok jugak. Mama kena sayangi diri jugak utk kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga. Penting tau fungsi sebagai seorang ibu dalam satu famili. Ganbatte mama !

    ReplyDelete
  20. i bagi jer my zharfan ikut kem tido kat sek etc..sbb anak sulung kan..independent jugak
    cuma ariff jenis manja..last year tido kat sek then mlmnya call nangis2 alahai hehehhe

    ReplyDelete