Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 20

Tragedi yang memberi kesan

Credit : Malaysiakini

Tentu ramai yang dah tahu pasal tragedi ni kan?. Maybe saya kena brief lagi la insiden ni. Ada tembakan rambang kat 2 masjid di New Zealand iaitu Masjid An Nour dan Masjid Linwood. Salah seorang mangsa kat Masjid An Nour ni pernah bersekolah di SMK Jalan Empat....sekolah Dania sekarang. Saya tahu pun sebab kebetulan ada seorang cikgu yang keluarkan cerita kat IG mengatakan Mohd Haziq ni ex JESS (Jalan Empat Secondary School). Doakan Mohd Haziq. 

Mohd Haziq Tarmizi ni sehingga hari ini tiada khabar berita manakala ayahnya dikhabarkan dah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru di belakang badan. Info ni pun saya tahu daripada sumber yang boleh dipercayai yang bekerja bersama ayah saudara kepada Mohd Haziq. 

Tadi masa kat perhimpunan pagi, Dania bagitahu...selepas baca doa nak exam, Ketua Pengawas sesi pagi (yang pakai songkok duduk tu) announce akan diadakan solat hajat untuk Mohd Haziq (berdiri belakang belah kanan sekali yang pakai cermin mata). 

Gambar kelas ni  diambil kat dalam majalah sekolah tahun 2017. Maknanya sekarang Mohd Haziq dah berumur 17 tahun. Kalau kat Malaysia bakal menduduki peperiksaan SPM lah. Mohd Haziq meninggalkan sekolah ni selepas ambik exam PT3. 



Mohd Haziq nampak macam orang yang baik. 



Moga dipermudahkan misi pencarian Mohd Haziq....
Moga semua yang terlibat dikuatkan hati dan dipermudahkan urusan. Kejadian yang sangat menakutkan....

Emo pulak saya mendengar cerita macam ni. 

Sekarang nak tahu apa2 update saya tanya kawan saya tu. Ye lah macam2 versi cerita kan. Nak sahih kena tanya orang yang betul. 

Sayang betul kawan2 Mohd Haziq ni sampai mengadakan solat hajat walaupun Haziq dah tak bersekolah kat situ. 

Kawan2 yang baca blog ni doakan sama ye?...

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kejam sungguh Si Pelaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan. Nama pelaku saya tak akan sebut kat sini sebab kejam sangat.

      Delete