My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Dim Sum halal di China Treasures

Pada 23 Feb 2019, Dania kena siapkan kerja berkumpulan forum dekat rumah kawan. Lepas ajer breakfast memang terus hantar la Dania kat rumah kawan. Maknanya hari ni Dania tak dapat la ikut kami lunch dekat Sime Darby Convention Center which saya dah pre booked earlier. 

Lepas dah hantar Dania, saya dan suami balik rumah dulu sebelum jam 11 lebih macam tu keluar balik untuk ke Sime Darby Convention Center. Bila tiba ajer Sime Darby Convention Center, tanya dekat reception mana China Treasures Restaurant sebab tak pernah la sampai Restaurant ni.

Kat atas meja ni ada disediakan list dalam 70 ++ item kot. Ha kauuuu rambang tak mata nak pilihnya? Walaupun ini dim sum lunch buffet, bukan bermakna buffet disediakan macam biasa tu ye tetapi kita kena pilih apa yang kita nak. Kalau nak pilih pun berpada juga la tengok berapa orang yang makan sebab lebihan nanti akan di charge ye. Jangan membazir!. 

Bila tengok list yang diberikan dan kami pula first time jadi agak confuse juga nak merasa yang mana maka kena la panggil staff Chinese Treasures ni. Mustaqim yang tolong bagitahu food yang mana selalu dipilih oleh pelanggan yang makan kat sini. Thank you Mustaqim! 😊😊😊



Ada menu bergambar juga disediakan selain kekacang bersama sos disediakan. Kekacang tu rasanya masin-masin sikit. Rasanya la ni kidney bean. 


Order juga teh cina panas. 


Makanan dah sampai...
Ini adalah steamed rice roll with shrimp dan steamed rice roll with mushroom. Mushroom yang ada hitam-hitam tu. Kuahnya pula sos tiram yang tak berapa masin. Bagi saya kena dengan tekak. 


Baked China Treasures Mini Egg Tart. 


Steamed homemade durian paste bun. 
Saya tak makan yang ni tapi baunya semerbak. Hehe. 


Ini memang saya rekomen la kalau makan kat sini.
Salted egg york bamboo charcoal bun. 


Di dalamnya...nahhhh meleleh telur asin berwarna kuning. 


Ada cara nak makan bun ni. Nak elakkan meleleh tu kena makan cara macam ni. 
Terima kasih la kepada model tangan ni 😅😅😅


Steamed seaweed roll with chicken & crabstick.
Apa nak komen ya dengan ni?. Susah juga saya nak menghabiskannya. Rasanya agak hanyir. Kurangkan hanyir tu dengan makan dengan sos. 


Kami sudahi dengan deep fried vege spring roll. Spring roll ni agak besar juga. Inti kat dalam tu ada mushroom. 


Gambar kami la pulak. Asyik gambar food ajer. 


Sebelum balik ambik gambar kat plak Halal Jakim ni. Jangan risau jangan was was kalau makan kat sini ye. 


Kalau nak tahu info lebih lanjut boleh la ke facebook Sime Darby Convention Center

Buffet lunch ni harga RM72 nett per person tapi kadang-kadang mereka juga ada promosi jadinya boleh check kat link facebook tu ye. 

China Treasures ni untuk lunch buka jam 12 tengahari - 2 petang. Last order jam 1.45 petang. 

Kena plan la masa sampai, order, makan dan order lagi. Pentingnya jangan membazir!. 

Nak try ke makan dim sum? Click je link atas tu...peminat masakan cina memang tak akan rugi la makan kat sini. Sungguh ni.....

Comments

  1. laparr tgk dimsum tu..dh la tgh puasa...suka dimsum kt sini..tp kita mkn time buffet ramadhan tkde la sebanyak ni sbb yg tu just skit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lar puasa ke....buffet ramadhan sikit ye? Yg ni bole pilih semua sekali tapi kalau tak habis kena denda lagi....

      Delete
  2. i suka spring roll tu jer hehhehe

    ReplyDelete
  3. Alamak. 2 jam je ke lunch buffet dia. Nnt x sempat nak rasa macam² haha. Kira bila dah order first round, pastu leh order tambahan la ye kalau dah habis and nak lagi?

    ReplyDelete
  4. Boleh la nnt suggest kat member2 yg suka dim sum nnt..tq tau share info

    ReplyDelete
  5. Sukanya dim sum. Tak pernah lagi try makan kat sini. Sume nampak menarik nak cuba. Nanti nak ajak family makan sini la.

    ReplyDelete
  6. Allahu terliur pulak kita. Pernah makan bun tu kt the emperior dorset subang. Kt sana pun ada restoran cina halal.

    ReplyDelete
  7. Sime Darby Convention Center memang good place for food. I tried this before too. like the many selections from the menu.

    ReplyDelete
  8. Wah nampak menyelerakan. Syira pun tak makan durian hehe tak minat. Tapi dim sum nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  9. salted egg charcoal pao tu nampak sedaaappppnya! Selamat bercuti!

    ReplyDelete
  10. Wahhh nampak menyelerakan betul ya. Sy nie tak adalah minat sangat menu dim sum. Tapi bila dah diperkenalkan tahun lepas, terus jatuh cinta. Susah nk dpt dim sum fresh yg halal, now sy tahu nk cari kt mna

    ReplyDelete
  11. Salah satu tempat makan dim sum yg sis suka sb dia sedap n byk pilihan..makan le sebyk mana nk makan. Selain dim sum kat sini chinese food dia pun not bad.

    ReplyDelete
  12. Kita tak pernah makan dim sum. Tengok orang makan sedap je.
    Teringin nak rasa. Tapi jauh nau nak ke sana. Hehe

    ReplyDelete
  13. TB tak pernah lagi makan Dim Sum.. hahaha.. malunya rasa hebahkan kenyataan ini..,kih3.. belum berpeluang lagi nak rasa Dim Sum ni.. cuma bila tengok gambar macam fishball fishcake je isi dia ye?

    ReplyDelete
  14. Wahhh sedapnya..comel2 pulak dim sum depa..kami dah lama tak makan dim sum..nak kena cari juga laa dim sum sedap di Penang ni..

    ReplyDelete
  15. Good to know that there are dim sum which are halal. This allows the Muslim to enjoy such delicacies as well. :D

    ReplyDelete
  16. Their halal dim sum is very delicious indeed, I pernah makan kat sana with my coleagues.

    ReplyDelete
  17. Kak pun xpernah mkn lagi dengar mcm sedap Jerome..kak suka yg mini egg tart

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts