Rabu, Oktober 1

Hari terakhir VS Hari pertama Part Time

Hari Terakhir

Sedar tak sedar dah 2 bulan dah Dania kerja kat Parkson, Alamanda. 30 September 2025 ni last day dah ni. 


Ni masa beberapa minit sebelum balik dan tak ada customer. Dania buat word search. 


Saya minta Nik bagi kata-kata untuk Dania. sebelum tu dah ucap terima kasih terima Dania kerja dan kalau boleh la Dania part time lagi kat sini. Nik kata boleh...boleh...boleh....boleh....Nik kata kalau Dania cuti macam sekarang ni boleh la kerja. 

Dania ni komited kalau bab kerja. Datang pun ummi selalu hantar awal cuma sehari tu je lewat 2 minit. Kata macam tu dia ikut je. Nik pun takde pernah nak tinggi suara ke apa. Nik tua 3 tahun dari Dania. Jadi ngam jugak la. Dania pun bukan jenis banyak cakap. Nak melawan pun memang tak la. So far tak pernah MC kat sini sebab kerjanya banyak 4 jam jadi ok la tak terbeban sangat. 

Kat sini pun tenang je environment dia. Ramai student yang part time kat sini muda-muda. Adik Nik pun part time sini sementara cuti semester UITM tapi dah berhenti kerja awal beberapa hari dari Dania. 

Paling bestnya Dania dah ada simpanan di KWSP. Company pun ada carum juga. Alhamdulilah. Bertambah dah simpanan KWSP Dania. 


Hari pertama

Hari pertama kena brief dulu dengan Nik. 


Masa ni ummi nak balik dah. Abadikan gambar Dania dulu. 


Malam masa ambik Dania. Senyum sampai telinga dapat sale 3 kasut Bethany Roma tapi lupa nak letak harga kat resit. Alehnya cashier datang cari Dania 😅


4 Julai - Ada tanya2 kat Parkson Alamanda. Dania kata ada orang whatsapp kata minat ke nak kerja kat Bethany Roma dan Swiss Polo. Dania kata minat. Sebenarnya tak tanya pun kat kaunter ni cuma ada bagi nombor telefon kat satu Aunty yang kerja Aranorissa. Dia yang war war dalam group Parkson. Nik approach Dania dulu. 

21 Julai - Nik tanya masih berminat ke nak kerja?. Nik minta sediakan docs spt IC, Muka depan bank. Terus hari yang sama gi fotostat. 

24 Julai -  Dania last paper final exam hari ni. Nik whatsapp suruh datang esok nak isi borang. (tak tunggu dah esoknya. Lepas paper terus Nik whatsapp). 

25 Julai - Isi borang kat Swiss Polo. Sehari lepas habis final exam. Nampak macam betul2 nak hire Dania ni. 

31 Julai - Interview dengan Parkson dan kena rekod thumb print. Kena brief tnc Parkson. Ummi tunggu kat sana dekat 1 jam lebih. 

1 Ogos - Masuk kerja. 

30 September - Berhenti kerja.


Dalam bulan September ni, Dania dapat call dari Lush IOI City Mall kata berminat ke nak part time situ? Sebelum tu krik krik je. 😅 Dania kata dah kerja tempat lain. Ummi suka juga kedai Lush tu sebab bila lalu depan kedai je bau wangi. Kedai sabun kan…..

Saje letak sini sebab nak buat kenang-kenangan. 




XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Eh..dah habis dah...rasa macam baru je lagi dia masuk kerja....

    BalasPadam
  2. Bagus Dania...minat nak kerja...

    BalasPadam
  3. good job dear, sama mcm Ian..dah ada simpanan KWSP awal2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Aunty MA. Bagus ada KWSP awal2 kan....nanti dah kerja betul bertambah lagi duit KWSP Ian dan Dania nanti.

      Padam
  4. pejam celik pejam celik tgk2 setel 2 bulan dania keje kat situ! syabbassss boleh celebrate tuuu

    BalasPadam
  5. Mungkin nanti rezekinya dapat di lush juga 😍. Memang sukaaaa saya kalo masuk lush kak. Macam tak nak kluar. Wangiiiiii 😄😄.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lush sangat wangi kan?....kakak suka lalu depan kedai walau bukan dalam kedai. Bau dia wow.

      Padam
  6. kejap je dh 2 bln berlalu ye dania keje part time

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Meriah pokok betik ni....

Meriahnya buah pokok betik ni tapi kemain tinggi nak capai. Kena naik tangga pulak. Tak tahu nak buat penjarangan macam mana ni sebab buah d...