Khamis, Oktober 2

Bila Che Nom balas kat IG.....

Saya ni jarang la like atau komen influencer ke selebriti ke....tapi kali ni tertarik pulak nak komen.
Ni saya komen kat post Che Nom yang ni. 

Selalunya mak mak atau yang tengah mencari resipi pasti kenal Che Nom ni sebab beliau suka share resipi kat youtube dan website Che Nom. Selalu juga saya ikut resipi Che Nom. Baru-baru ni nak masak Spaghetti Bolognaise pun ikut resipi Che Nom. Sebelum tu ayam masak daun kari yang Dania bawa bekal tu. 

Credit : IG Che Nom

Ni first time saya nampak anak-anak Che Nom dan saya komen la. Tak sangka komen saya mendapat balasan la. Hehe. 


Saya mula berhati-hati kalau nak komen lepas mendapat komen kat satu chef yang dikenali kat IG. Saya komen wah pandai xxx cakap bahasa inggeris. Atuk saya pun pandai berbahasa inggeris. Dibalas apa tau?. Maknya bukan macam petani-petani yang tak tahu bahasa inggeris. Meleret leret merendahkan petani pulak. Panjang komennya tu. Dia tak baca ke ayat atuk saya pun pandai berbahasa inggeris?. Lagi pun dah salah tanggapannya pada petani sebab petani moden macam Dania dan kawan-kawan satu Fakulti memang dah pandai berbahasa inggeris. Generasi dulu mungkin ya. 

Lepas tu terus malas nak komen takut disalahertikan pulak. Niat kita lain dibalas dengan ayat camtu pulak. Very rude saya rasa. Tak ada pun niat saya nak merendahkan xxx tu. Memang dia pun jenis selamba je. Nak kata apa pun dia kata je. Saya tak reveal namanya kat sini tapi off record sahaja. Mungkin ada yang dapat teka. 

Bab Che Nom ni saya puji. Ayatnya ok je. Terima kasihlah Che Nom....saya dah ikut macam-macam resipinya. Selalunya kalau google....resipi Che Nom selalunya kat rank atas. 

Siapa lagi yang follow resipi Che Nom?....




XOXO,
Ezna

 

4 ulasan:

  1. saya pun peminat che nom, saya suka baca komen namun kurang sekali utk tulis komen. kerana jadi seperti kakEzna jugalah, komen disalahbaca dan disalahertikan.

    BalasPadam
  2. kita mmg follow che nom..ada cuba resepi udang sweet sour che nom sedap..husband kita plak pernh buat sizlling tauhu telur pedas ikut resepi che nom juga...bab komen kt tu kita tk pernh sbb riso di slh tafsir tp kalo update story tagged celebrity ada juga yg diorang repost sronok juga..1st time tgk gmbr ank2 che nom

    BalasPadam
  3. tak pernah follow IG CN ni tapi tiap kali search resepi mesti hasil masakan dia berada di top 3 carian. jadi secara tak langsung ktia guna idea dia.

    kadang2 terfikir juga...apa salahnya humble, itukan lebih baik daripada nak berlagak tak tentu hala. DSN yang dah famous kaya raya pun humble merendah ke bumi gitu

    BalasPadam
  4. Wahhh..Untung ni utuber reply msg...=D

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gift dari 7 negara Eropah

Saya dapat whatsapp pelik. Assalamualaikum Puan. Saya Harraz, nak hantar barang ke rumah puan. Puan ada kat rumah ke?. Macam ala ala kurier ...