Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, November 15

Ride2Farm bersama DYTM Tengku Amir Shah | Universiti Putra Malaysia

Nampak signboard ride2farm ni masa nak ambik dania bawak pergi makan. Lepas tu terus la hubby ke apps Jom Run untuk daftar nama. 


Daftar pun dua hari sebelum event. Nasib baik boleh daftar lagi. Hubby pilih on road sebab basikal tak sesuai untuk masuk ladang. Kalau pilih off road boleh lalu ladang kat UPM, Ladang lembu dan ladang rusa. Jalan tanah merah jadi agak mencabar kalau jalan lecak. 


Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Bertolak 2 kereta dari rumah. Awal juga kami tiba sebelum 7.30 pagi lagi. Flag off pada 7.30 pagi. Ada zumba pagi-pagi ni untuk warm up. 


Ambik gambar kat sini dulu sebelum basikal berkumpul kat sini. 


Pagi yang cerah. 


Penaja ride2farm. 


Masa tiba kat UPM, tak sama jadi mencari-cari juga hubby. Nasib baik jumpa. Senang 2 kereta sebab lepas tu boleh ajak Dania pergi breakfast. Dania tak balik weekend yang ni sebab nak fokus study untuk test. Kalau tak, mesti balik punya. Pantang weekend. Hehehe....


Masa ni ada drone kat atas jadi kena buat apa entah ni. 


Sebelum melepaskan mereka yang pilih off road. 


Nampak la DYTM Tengku Amir kat depan ni. Beliau ride off road. Sebelah beliau mat salleh. 


Kita ambil gambar kat We Love UPM ni. Kat sekolah Dania dulu pun ada We Love JESS. 


Ok ni pelepasan off road ni. Nak ke sana pula kot kot la nampak hubby. 


Menunggu dan terus menunggu. 


Sementara itu, bila hubby lepas (terlepas sebab dah lepas saya baru saya perasan) saya pick up Dania kat kolej. Hmmm punya lama tunggu nak bersiap. 😏. Boleh pulak nampak hubby yang dah patah balik betul2 dekat dengan kolej Dania. Masa tu saya baru nak pergi breakfast. Nampak nau punya lama menunggu Dania. Selfie dululah. Kami breakfast ni kat Line Clear Putrajaya. 


Masa balik UPM, tunggu dengan Dania kot kot Chatime bukak hari ahad sebab Chatime ni baru bukak kat UPM. Hari ni hari kedua. Betul2 kat belakang library kat UPM dan sebab baru bukak Chatime bagi 50% off. Tunggu sampai jam 10 tak bukak lagi. Nasib baik saya tanya kat IG Chatime Malaysia. Rupanya hari ni Chatime tak buka sebab kekurangan bekalan elektrik. Untung Dania ye ummi dia sanggup tunggu tu. 😍


Kita ambik gambar kat belakang library la dulu. Lepas ni terus hantar Dania balik kolej sebab Dania nak sambung balik belajar. 


Dua gambar kat bawah ni saya ambil gambar kat facebook Jom Run. Gambar yang diambil cantik-cantik. Hubby diantara kelompok terawal juga. 

Malangnya kata hubby, masa dekat dengan kubur cina tu tayar basikal bocor. Kalau sesiapa yang familiar UPM ni tahulah kan distance tak la jauh sangat dari kubur cina nak sampai ke Dewan Besar UPM , terpaksalah hubby sorong basikal sampai ke situ. Nama dewan tu Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

Itulah kisah kami pada hari ahad 6 November 2022. Malam tu kami celebrate birthday Dania kat sini. 2 kali la pick up Dania kat UPM. Untung rumah dekat je. Kalau jauh takde la nak ambik sampai berkali-kali. 😅




XOXO,
Ezna

2 comments: