Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 4

Bagaimana untuk activate akaun online BSN anda dan pembelian eSSP

Saya terpanggil untuk share post ni bagi anda yang ada pengalaman macam saya yang tak tahu nak activate akaun online Bank Simpanan Nasional anda. Ini terjadi kat saya sendiri 😅. Punyalah buntu macamana la nak beli e-Sijil Simpanan Premium BSN ni secara online.

Ok kena cerita dulu kejadiannya. Masa bulan Mei baru ni to be exact 20 Mei, saya ada pergi Bank Simpanan Nasional. Tujuannya nak beli Sijil Simpanan Premium ni. Masa saya pergi tu tak ramai orang. Saya jual sebahagian simpanan emas Public Gold saya dan tukarkan jadi Sijil Simpanan Premium walaupun sedih terpaksa jual emas tu tapi takpelah kita tukarkan jadi benda yang bermanfaat kan? nak pujuk hati la kengkononnya. Sekarang, Sijil Simpanan Premium kena buat sekali dengan debit kad BSN. I remember dulu tahun 1997 kot masa belajar kat Shah Alam, saya ada beli juga Sijil Simpanan Premium ni tapi masa tu tak diwajibkan untuk ada kad debit BSN. Ok masa berlalu jadi untuk pembelian Sijil Simpanan Premium zaman la ni kena ada debit kad ye dan diberi sekali dengan nombor akaun BSN.

Ok fine lah dapat debit kad juga tapi kena ada RM50 dalam akaun peribadi tu jadi on top of harga Sijil Simpanan Premium, kena pula tambah RM50 ye.  Jadi lepas balik dari bank saya create la akaun online iaitu di portal mybsn.com.my kemudian saya tak buat apa-apa. (Patutnya saya activate akaun ni).

Bila negara dah buat lockdown bulan enam ni, saya lebih suka la kalau buat online ni. Sekali saya surf sana sini macamana nak beli online Sijil Simpanan Premium ni. Boleh beli online rupanya tuan2 dan puan2 semua. ✌

Caranya ialah, bagi yang baru create akaun kenalah activate akaun tu dulu rupanya. Patutlah saya takde tab 'eSSP' ni. Jadi saya pun call lah Contact Centre seperti nombor yang tertera di bawah. Dia tolong saya nak set up kan online banking saya sampai saya bagi customer service consultant BSN tu 5 🌟. Ye la perbualan kita direkodkan. Setelah 5 minit barulah akaun kita diaktifkan dan barulah ada tab eSSP. Oh gitu....👌

Credit : BSN website

Bila kita log in kat akaun kita di mybsn.com.my, inilah tab eSSP yang saya cerita tu. Kalau tak activate, takde pun tab ni. 


  Credit : BSN website

Click lah tab BSN eSSP Savings. Boleh click akaun number kita di situ. Berapa unit yang kita nak beli kena dalam gandaan RM10. Ini bermakna RM10 : 1 unit. Kena tinggalkan sekurang-kurangnya RM10 dalam akaun ye....

  Credit : BSN website

Lepas dah beli mestilah kita nak check kan?. Boleh click di tab Account Overview dan taraaaa.....pembelian tadi pun masuk la dalam BSN Sijil Simpanan Premium ni plus dengan SSP yang anda dah beli sebelum ni. Senang kan? 

Jangan lupa print details pembelian eSSP anda tu untuk rekod kita. 

  Credit : BSN website

Kalau dah boleh online....kenapa nak pergi bank? Unless kita nak juga kena settle kat kaunter itu ye lah kenalah ke bank. Jadi, from the comfort of your home pun boleh membuat pembelian Sijil Simpanan Premium. Ada rezeki boleh la menang cabutan hadiah yang gempak-gempak tu. 

Mudahkan perbankan di hujung jari?.....💪 



XOXO,
Ezna





20 comments:

  1. Replies
    1. Sebab dah terkena kat sis jadi sis share macam mana nak buat.

      Delete
  2. Thank you for sharing. Very useful information for many people now to avoid queueing up at bank.

    ReplyDelete
  3. lebih senang buat online. lagi2 di waktu pandemik ni, nak beratur je dah berjam2 kan..

    ReplyDelete
  4. musim2 sekarang ni semua hujung jari yeaa..

    ReplyDelete
  5. Nice sebab ada information nie. I kena bagitau my parents sebab diorang masih ada akaun BSN lagi. I tak tau adakah I masih ada akaun BSN hahaha

    ReplyDelete
  6. Menarik, tak terfikir pun nak buat macam ni. Boleh saya tahu apa kelebihan tukar emas kepada SSPN ya sis? Nak start plan utk anak-anak

    ReplyDelete
  7. Moga² rezeki menyebelahi sis menang SSP BSN tu tau. Aamiin. Perkongsian yang menarik. Sure ramai yang tercari² info urusan atas talian ni

    ReplyDelete
  8. Oo, sekarang nak beli SSP kena buka akaun, ya. Last saya beli pun 5 tahun lepas kot, masa tu boleh beli je tanpa akaun. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  9. bagusnya kak Ezna buat step by step macam nie. mempermudahkan org2 luar sana utk buat. confirm mesti ramai yg xpandai buat n akan cari dekat internet caranya.

    ReplyDelete
  10. Sis takde akaun BSN, tapi adik Sis ada guna.. kotlah dia nak tau info ni, nanti Sis share kat adik Sis.. tahnks sharing..

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni semuanya mudah dan dihujung jari. Ini pilihan terbaik buat masa ni. Nak beli sijil SSP pun mudah. Tapi syarat terkini kena buka akaun la pula. Perkongsian yang bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya ada system online macam ni, memudahkan semua pihak.. Hopefully more services can be done online too macam ni.. i kena keep up to date la macam ni.. tak sure yang saham boleh buat online ke tak..

    ReplyDelete
  13. Bagusnye info ni. Tak pernah lagi beli sijil premium. Zaman sekolah dulu je guna BSN. keje kena pakai bank lain

    ReplyDelete
  14. Rasa bersyukur sangat zaman sekarang kebanyakan benda boleh buat online. Bayangkan musim pandemik ni nak kena keluar kan.

    ReplyDelete
  15. Wahhhh bagus perkongsian ni kak. Saya tak ada akaun BSN. Dan ni baru saya tau BDN ada onlinr cmni. Heheheh selama ni urusan masukkan duit ke akaun pelajar je. Tq kak

    ReplyDelete
  16. Tq ezz . Now dah tahu cara... Senang nak buat rupanya.. i mmg ada akaun bsn

    ReplyDelete
  17. oh now its so easy and fast to apply account online. Gonna apply one soon too

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing this info, bagus kan now semua boleh dibuat and belin secara online.

    ReplyDelete