Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 18

How i celebrate my birthday

Semalam, tarikh hari lahir saya iaitu pada 17 Mei 2020. Macamana saya celebrate hari jadi saya kalau bukan zaman PKP dan PKPB ni?, normally saya dan family akan keluar makan bersama. Tak kira la kat mana pun janji makan kat luar. Selalunya akan ada lah 1 slice kek atau kek kecik ke....kami akan makan lepas balik dari makan kat luar. 

Saya dapat whatsapp ni pada 16 Mei 2020 dari seorang kawan saya. Terkejut juga la sebab apa?. Selama ni memang saya ada follow satu IG ni. Kedai kek ni buat kek yang sangat-sangat lawa dan warnanya pun sangat sweet. Tup tup kawan saya suruh pick up kat situ. Macam tau tau je saya suka tengok kek kat kedai tu. 

Alasannya pick kat situ supaya senang la saya nak pick up. Dekat dengan rumah. 



Kebetulan time pick up pada jam 3.30 petang, saya bertolak dari rumah jam 3.30 juga sebab nak bagi masa mereka prepare la kek saya. Hehe. **mode excited**. Dania kata nak ikut jadi dia pun ikut sekali. Hisshhh asyik nak ikut ummi je. 😅😅😅. First time la nak pergi kedai kek ni tapi saya familiar juga la tempatnya sebab area berdekatan saya pernah beli kek butterscotch area situ. Cuma ke exact kedai kek ni je baru first time. Guna google maps akhirnya tiba kat depan kedai. Masa tu hujan turun renyai-renyai. Comel kedai keknya. Takde pulak saya ambik gambar sebab hujan kan. Kena tulis kat kertas kosong then pass ke staff dalam kafe. Kita tak dibenarkan masuk ke dalam. 

Ni gambar saya ambil dari Facebook Rara Kitchy 

Wahhhh comelnya kedai kek ni. Selama ni saya dok follow IG ajer. 

Credit : Rara Kitchy

Double teruja bila tengok half cake saya. Terharu betul saya. Ini betul-betul surprise ni. Dia kata dia tahu saya suka warna purple jadi dia pilih kek yang ada warna purple. Hairan lak saya sebab saya minat warna ni dah lama. Since sekolah menengah rasanya. Hehe. Ni kek dari bahagian atas. Suka sangat warna kek ni lembut ajer warna pastel. 


Kek dari arah belakang. 


Ni kek dari arah hadapan. 


Kotak kek pun agak besar. Cantik pinky warnanya. Dania pun excited tengok kek yang cantik ni. Oh ya ini perisa Chocolate Moist. Sedap. Cream kat luar tu tak manis sangat. 


Lepas pick up cake, saya ke Alamanda sebab nak renew lesen memandu. Kawan saya ada yang kata boleh start renew hari isnin tapi suami saya dah datang renew sini awal lagi. Alhamdulilah sempat ke sini. Last customer sebab Pejabat Pos dalam Alamanda ni tutup jam 4.30 petang. Pejabat Pos dalam Alamanda ni buka hari ahad. Memang ada seorang je kat dalam ni. Tak payah tunggu lama pun. Settle buat lesen memandu, 3 tahun terus saya buat. Specialnya buat masa hari jadi saya 💓💓💓 Lepas tu saya dan Dania beratur kat Tealive pulak. Dah settle beli Tealive baru la bertolak balik. 


Elok je tiba rumah, adik Lalamove kata datang nak hantar kek. Sedang elok sangat la. Ni lah pavlova saya. Specialnya pavlova ni saya tempah dari cikgu sekolah rendah Dania dulu. Pernah juga jadi cikgu kelas Dania masa Darjah 5. Pavlova daripada Meringueliciouss Size dia sangat besar dan berat dalam 1.9++ kg tau. Dipenuhi dengan buah. Haa tengoklah meriah ke tak?. Sedap juga pavlova ni sebab tak manis sangat. Dania kata rasa macam ice cream. Tak habiskan semua. Siap simpan lagi untuk esok. Size 'giant' ok!!!


Alhamdulilah untuk rezeki hari ni. 

Terima kasih saya ucapkan diatas ucapan dan doa yang diterima di facebook, whatsapp, instagram. Ada dari adik beradik, makcik-makcik, sepupu, kawan office lama di Kontena Nasional, kakak kepada kawan, kawan facebook, kawan blogger, kawan contest, kawan-kawan UITM Dungun dan Shah Alam, kawan-kawan AJK KSIB sekolah Dania sekarang, cikgu Dania dan semua yang memberi ucapan dan doa. Saya amat menghargainya. 

Hadiah dari suami?....rahsialah 😉😉😉
Adik saya seorang bagi gold bar PG 1g, seorang lagi bagi tudung Neelofa dan kain berkerawang dari Bandung. Siapa pula yang pergi Bandung ni? Hmmm....
Terima kasih adik-adik 💗💗💗

15 comments:

  1. happy besday... rezeki dapat kek dari kawan.. sedap nampaknya

    ReplyDelete
  2. seronok bila dpt surprise kn..sama la kita thn ni birthday jatuh bln puasa dan musim PKP..mmg kelainana sgt sbb biasa keluar mkn2 or pi holiday kn

    ReplyDelete
  3. Birthday anak Sis 15 Mei. Beberapa hari je dari birthday awak. Dia belanja sate. Mak dia masak nasi ayam. Jadilah.Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday. may Allah ease you always. kita geng mco birthday hehe

    ReplyDelete
  5. Wah!!!!!!! Cantik nyer birthday cake you. Happy Belated Birthday dear. Wish you good.

    ReplyDelete
  6. Salam Hari Lahir sis. Moga dipermudahkan dalam apa jua urusanmu. Cantik la kek u. Nampak simple !

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday kak.. saya pun celebrate bday masa PKP april lepas.. tak rasa lain sbb selama ni mmg celebrate dlm rumah juga..

    ReplyDelete
  8. Seronok kan bila ada somebody close to us yang ingat akan birthday kita kannnn... tahniah kerana memiliki sahabat yang sebegitu Ezna... nevertheless, happy belated birthday, semoga terus berjaya dan bahagian dalam rahmatNya... psssttt, terliur tadi dengan kek chocolate moist cantik tu... hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Happy birthday kak.. Wah kek rara tu cantik beyul.. Warna pun cun.. Syg nak makan tu. .hehehe.. Walaupun pkp tetap sambut birthdag kan

    ReplyDelete
  10. Happy belated day Ezna..nampak sedap nauu kek nyaaa...tahun ni ramai sambut di rumah aje kann...

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday. Cake dia cantik.

    ReplyDelete
  12. wahh.. happy belated birthday semoga usia meningkat ni semakin bertambah banyak takwa dan amalan.. heeee... syok pula tengok kek tu nampak menggiurkan betul.. heeee

    ReplyDelete
  13. epi besday dear ezz...meriah besday u with all the sweet stuff ;)

    ReplyDelete
  14. samala kita MayBaby =) hehe..
    suka kek dari Rara ni tapi tak pernah beli lagi.. sweetnya kawan =D

    ReplyDelete