Rabu, Oktober 1

Hari terakhir buat apa tu?....

Masa saya ke Parkson awal sikit. Eh eh Dania buat apa tu?. Masa ni tak ada customer yang tengok kat kaunter (jenama) Dania. Ada masa memang sunyi je Parkson, Alamanda ni. Dania sibuk buat Word Search. 😅. Kalau tak bosan la kan....rupanya adik Nik yang perempuan pun sama buat word search jugak. Dia pinjam buku kat kaunter Princess tu. Nik tu pekerja full time sekali dengan Dania. Berdua je yang handle Swiss Polo dan Bethany Roma. Company hanya ambik 2 pekerja je. Ye lah sales kat sini biasa-biasa je. Tenang sahaja. Jadi tu yang hanya 2 orang je handle tapi most of the time seorang je sebab tak ada part time. Time cuti semester universiti baru la ada orang kerja. Memang ramai lepasan SPM, cuti semester IPTA kerja kat sini. Bila IPTA dah buka...seorang....seorang berhenti. Lama-lama sunyi je kat Parkson, Alamanda ni. Pendek kata best la Dania kata kerja kat sini. Kawan-kawan sebaya ramai. Crowd pun tak ramai sangat jadi bila nak makan, nak solat tu tenang je semuanya. 

Dania kata kalau nak solat kat surau IOI City Mall tu nak jalan jauh sikit (dari F.O.S) lepas tu kalau ramai sangat orang dah lambat. Nak makan pun satu hal...barisan beratur panjang...nak ke tempat makan pun jauh sebab IOI City Mall tu luas kan....hari biasa masih ok....hari minggu tudiaaa Dania kata....boleh berlanggar bahu. 😅. Tapi....part paling best Dania kata artis Korea selalu datang IOI City Mall macam Lee Min- ho....Amboiii....


Saya ternampak kasut Bethany Roma dengan harganya takdelah mahal sangat. Manis je design dia. Dania tak boleh pakai muncung tajam ni sebab kaki jenis lebar kat depan. Sama macam umminya jugak. 


Dania hanya jaga kasut brand Bethany Roma. Kalau beg, orang lain yang jaga. Ni saya berkenan satu beg sandang kecik ni. Nak beli untuk Dania sebab bila nak beli kasut Dania tak berminat dengan kasut Swiss Polo atau Bethany Roma ni. Jadi, saya cari beg la pulak. 

Depan ni ada compartment. Tepi keduanya ada tempat letak botol air. Saiznya tak besar sangat compare dengan tangan saya. Ada 3 warna...pink, kuning dan hitam. 


Wristlet ni berharga RM39. 


Beg pink tadi ada banyak juga compartment. Ni kat dalam. Ada tempat berzip. 


Sini pula ada macam poket boleh letak pen dan yang sewaktu dengannya. 


Actually beg ni pun boleh dijadikan sling kat depan juga. Tempat galas tu pun ada compartment berzip juga. Eh kecik je beg ni tapi kemain banyak compartment. Terus berminat nak beli untuk Dania sebab boleh masuk phone, telekung travel, purse, mak nenek bedak bagai. Semester terbaru ni ada kena keluar juga. Senior sebelum ni pergi sampai ke Johor nak melawat tempat perindustrian haiwan ni la. 

Lagi pun nak buat kenang-kenangan la Dania pernah kerja kat Bethany Roma ni. Sales person yang layan pulak Wan. Terkejut dia saya panggil nama Wan. Dania la pernah cerita. Wan kata dia ada bagi coklat kat Dania sempena last day. Terima kasih Wan. Wan ni lelaki....😅. Kecik je orangnya. Lagi rendah pada Dania. Jenis tak tinggi....nak kata selain pada tu tak best juga....faham kan?. 

Bila dapat beg ni Dania kata cantik. Lega Dania suka sampai cakap Dania pun tak perasan beg ni. Hehe. Ye lah Dania jaga kasut bukan jaga beg. Mana la nak perasan. Rupanya Dania nampak saya ada beli something. Amboiii jauh2 pun nampak ya. 

Bila ayah dia balik Dania cerita ummi hadiahkan beg. Saya cakap dengan hubby dah Dania tak nak kasut....beli beg je la. 




XOXO,
Ezna

 

1 ulasan:

  1. tentu gembira anakanda dapat hadiah tu kan.. teringat zaman saya belajar dulu, time cuti pun kerja juga cari duit belanja.. tapi kerja kampung je.. ambik upah tanam sawit, tebas kebun dll hehehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hari terakhir buat apa tu?....

Masa saya ke Parkson awal sikit. Eh eh Dania buat apa tu?. Masa ni tak ada customer yang tengok kat kaunter (jenama) Dania. Ada masa memang ...