Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, January 20

Cergas dan sihat bersama Washington Apple & Fitness First

Kempen pemakanan berkhasiat / kecergasa Washington Apple & Fitness First untuk memulakan tahun sihat 2016 telah diadakan di Paradigm Mall pada 12 Januari 2016.

Seawal pagi sudah berada di sini.


Setiap meja dihiasi deko ini. Simple and nice.  


Ada station boleh buat salad apple dengan menggunakan apple yang berbeza jenis ni. Senang ajer buatnya. Potong dadu apple kemudian dicampurkan dengan kismis dan sos seperti mayonaise dan thousand island. Taraaa siap!!!.... 



Barisan snack sihat yang disediakan. 



Dengan tagline kempen Apples Everyday, Fitter Every Way! Ada beberapa jenis apple yang diletakkan di dalam bakul seperti Apple jenis Red Delicious ni. 


Apple hijau ni memang favourite saya. Namanya Granny Smith. Errr untuk nenek nenek je ke? 
Ishhh kebetulan je nama Granny....


Ni bukan buah pear yer...ni buah apple juga. Namanya Aurora. Macam nama Princess Disney gitewww...


Dan.....Cripps Pink Apple. Ada banyak lagi apple yang dipamerkan kat sini. Ini sebahagian ajer. Kepelbagaian jenis ini berbeza dari segi warna dan rasa, juga mempunyai kegunaan khusus yang sesuai untuk salad, membuat pai, membuat sos, membakar, pencuci mulut, menyejuk beku atau sekadar menikmatinya begitu sahaja. 



Ni maskot Washington Apples yang cute. 



Acara persembahan bertenaga oleh jurulatih Fitness First, membuka laluan untuk hari yang hebat.



Washington Apple Commision menaja bahan pendidikan khasiat apple untuk dipaparkan di Kelab Fitness First dan memberikan apple secara percuma kepada pengunjung gimnasium di Fitness First di Paradigm Mall selama seminggu. 


Ada juga pertandingan instagram Apple of my eyes. Kena bergambar dengan props ni kemudian upload ke instagram dan dapatkan sebanyak 'likes' yang mungkin. 


Dah rezeki saya walaupun terpaksa bersaing dengan blogger-blogger yang mempunyai follower yang ramai di IG. Kalau dah rezeki tak ke mana. Saya diantara 5 blogger yang memenangi bantal buah-buahan tajaan MBG. Ok lah...kiwi ni untuk saya. First time masuk contest IG dan menang. 


Tahukah anda sebiji buah epal yang besar menyediakan 20% daripada nilai serat diet harian yang disarankan, 8% antioksida vitamin C dan 7% potasium harian anda. Semuanya hanya 130 kalori tanpa lemak, tanpa sodium dan tanpa kolestrol. 

Pernah dengar tak kata-kata inggeris 'An Apple A Day, Keeps The Doctor Away' ? Jadinya meh la kita makan apple setiap hari kalau tak nak sakit....



Layari www.bestapples.com untuk keterangan lanjut tentang Washington Apples. 

1 comment: